Hudud sekiranya diperhalusi cara melihatnya, ia merupakan satu bentuk panduan dalam mengawal sifat manusia yang sering melampaui batas. Bagi orang yang punya nafsu besar, Hudud merupakan hukuman ngeri, sedang yang punya ketaqwaan,serta mementingkan keadilan dan keamanan.. Hudud merupakan penyelamat daripada menerima celaan.
Memandang Hudud hanya melalui hukuman-hukuman mandatorinya yang keras adalah sikap yang tidak objektif. Seharusnya kita melihat dari segi perjalanan perbicaraannya hinggalah kepada perlaksanaan hukumannya,itu baru tepat.
Allah tidak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia, setiap apa yang ada dibumi serta langit ini merupakan suatu kitaran yang saling memerlukan. Manusia pula dijadikan oleh Allah untuk menjadi Khalifah, maka untuk menuju kearah itu, Allah menyediakan panduan yakni Al-quran. Didalam Al-quran terkandung segala bentuk panduan untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang sementara ini.
Didalam Al-quran jugalah terkandungnya hukum Hudud. Mengapa Allah mencipta hukuman keras ini? Persoalan ini boleh dijawab dengan contoh berikut: Ketika kita mahu membeli sebuah kereta, sudah tentu pembuat mahupun pencipta kereta tersebut akan mengajar kita tentang cara-cara kendaliannya. Tidak cukup dengan itu, sipembuat akan menyisipkan naskhah manual penyelenggaraan kenderaan tersebut bagi memudahkan kita untuk membuat rujukkan.
Bolehkah kita dengan terus menolak secara total nasihat serta panduan dari sipembuat kereta tersebut? sudah tentu tidak! Mengapa? kerana sipembuat sudah tentu lebih arif dengan barang ciptaannya bukan? justeru menolak nasihat serta panduan penggunaan kereta dari sipembuat kereta adalah suatu sikap yang menempah kesusahan.
Demikianlah juga dengan hal menolak Hudud, Allah maha mengetahui, sudah tentu ia kenal dengan ciptaannya.
Sebagai seorang muslim yang punya keimanan, sewajibnya kita merangka program bagi merealisasikan hudud. Kita harus berani tampil kehadapan dan berdialog dengan semua lapisan masyarakat berkaitan hukum ini. Sebaiknya usaha ini digerakkan melalui organisasi islam samada Parti politik ataupun NGO Islam. Tidak perlu gusar akan kewujudan penentang-penentangnya, anggaplah kehadiran mereka itu selaku kemanisan dalam perjuangan.Pandang dan ajarkan mereka dengan penuh kasih- ibarat mendidik bayi yang baru lahir.Mendesak ataupun garang bukanlah tindakkan yang bijak dalam langkah awal menggerakkan keperluan hukum Allah swt ini kepada golongan jahil.
Keberanian berhujah adalah jalan yang sebaiknya, Pendekatan melalui penulisan juga merupakan medium yang terbaik dalam menjawap sekaligus membentuk satu ruang diskusi ilmu berkaitan Hudud. Bagi mereka yang arif tentang Hudud sewajarnya memperbanyakkan coretan-coretan perihal undang-undang hudud setiap kali menulis bagi mempermudahkan masyarakat merujuk,membanding serta menilai yang mana lebih benar, samada hukuman buatan manusia ataupun hukuman dari Allah pencipta sekalian alam.
Perbanyakkan juga kelas-kelas yang mengkhususkan jurusan Hudud, Kewujudan kelas-kelas ini akan melahirkan pakar dalam perundangan Hudud.
sokong!
BalasPadamsalam...
BalasPadamPelik tapi benar, kenapa negara Islam seperti Malaysia yang begitu bangga mewar-warkan kepada dunia bahawa masyarakat kebanyakan dan Islam sebagai agama rasmi di negara ini begitu negatif terhadap hukum Hudud..kalau kita yang beragama islam ini takut pada hudud, bagaimana penganut lain di negara ini hendak melihat keindahan islam sebenarnya???sepatutnya kita sebagai melayu dan islam melihat hudud sebagai anugerah Allah swt.
salam..
BalasPadamBangga sebagai islam, tapi takut melaksanakan hukum islam..
mengaku sebagai orang islam, tapi takut hukuman Allah swt..
Inilah yang dikata sebagai didikan sekular, yang begitu mengagung-agungkan barat...
SHANA