Kelmarin terjadinya suatu peristiwa besar buat aku. Walaupun ianya dibatalkan disaat akhir oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, namun ianya cukup mengesankan.
Peristiwa itu lantas mengingatkan aku pesanan imam Abu Hanifah kepada anak muridnya yang bernama Yaakub, katanya: "Hendaklah engkau taat dan muliakan raja-raja.Jangan sekali engkau berdusta dihadapannya.Jangan engkau mengadapnya setiap waktu melainkan raja itu memangil engkau untuk berbincang berhubung dengan ilmu pengetahuan, kerana kerap kali mengadap raja boleh jadi engkau akan hina dan rendah disinya dan raja akan memandang rendah kepada kamu."
Nasihat tersebut aku pegang sebagai pedoman, Sebab itu aku suka mengelak dari menonjolkan diri dihadapan para pimpinan tanpa sebab. Kebanyakkan majlis-majlis yang aku hadir, sekiranya melibatkan tokoh besar, aku lebih senang memencilkan diri dan bertindak selaku pemerhati.
Dengan cara ini, aku berasa lebih bebas untuk merenung dan berfikir tentang sesuatu isu yang diutarakan tanpa ada ikatan dengan mana-mana pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan