Diakhir pertemuan dengan beberapa rakan penting Group sebentar tadi bagi membincangkan tentang program "Mencerap Bulan", kami sempat berdiskusi tentang Pilihan raya kecil K.Terengganu.
Diskusi tersebut lebih memfokus tentang calon yang bakal diletakkan oleh sahabat seperjuangan PAS dalam merebut kerusi Parlimen tersebut. Seorang teman yang merupakan ahli PAS menyatakan setuju dengan pilihan peribadi Tuan Guru Nik Aziz iaitu Mat Sabu.
Secara peribadi aku juga bersetuju dengan pendapat tersebut, ini kerana seolah tidak lengkap kemenangan Pakatan Rakyat bilamana Mat Sabu tidak ada didewan yang mulia itu.Hal ini juga diakui oleh seorang teman berbangsa cina yang aku temui sewaktu PRU-12 lalu, Sebaik diketahui Mat Sabu tewas digelanggang Parlimen K.Terengganu. Kata teman tersebut "aiya ini olang tarak dalam parlimen aa.. tarak syok ooo."
Seperkenalan aku dengan tokoh ini, Mat Sabu merupakan antara tokoh pejuang yang amat komited dengan perjuangannya. Satu hal yang tidak dapat dinafikan tentang tokoh ini, beliau cukup hebat berpidato.Setiap isu yang ingin dibawa dalam setiap ceramahnya, Mat Sabu mampu mengupasnya secara mendalam. Istilah-istilah yang digunapakai oleh beliau juga sering memberi kesan kepada audiennya.
Disebabkan kepetahan serta gaya yang bersahaja dalam berceramah, tidak hairanlah tokoh ini mudah mendapat tempat dihati para penyokong dan peminatnya. Buktinya apabila mahu diadakan kutipan derma jemputlah tokoh ini, Hasil kutipan pasti lumayan.
Walaubagaimanapun aku yakin dan percaya, PAS sudah tentu punya rangka strategi menarik untuk menawan kembali Parlimen tersebut. Seandainya Mat Sabu menjadi pilihan, Pilihanraya kecil K.Terengganu sudah pasti menggegarkan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan