Semenjak perbualan terakhir hari itu, hatiku berasa gundah. Bermacam persoalan menjengah fikiran,apakah aku sudah membuat silap?Tidak! dia bukan pendendam.
Kiriman surat terakhir dari aku kepadanya dijawab seolah perkara serius,sedang aku hanya mengarang untuk menghiburkan hatinya. Apakah dia bosan terhadapku? Tidak! dia setiakawan... atau adakah dia terguris perasaan dek kerana kata-kataku? Tidak! dia punya kekentalan jiwa.
Lalu mengapa ia terlalu serius? Tidak sedikitpun ada maksud dihatiku untuk menpermainkannya atau mengikat dalam ketidak pastian.
Tapi aku benar-benar rasa bersalah bila benar yang tidak ku maksud justeru berupa kenyataan.Rasa ingin aku datang padanya menjelas fikiran-fikiranku. Mungkin selama ini aku kurang bersikap jelas.
Tapi,yang jelas belum tentu baik?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan