Sabtu, 13 Disember 2008

Mahu Bogel? SILAKANLAH

Heboh sana-sini media menyiarkan berita berkenaan sekumpulan lelaki yang mengelarkan pasukannya "pejuang berani bogel".Mulanya malas aku ingin melayani isu ini,tetapi melihat juaknya mereka yang mahu meraih populariti dengan menggadai harga diri membuatkan aku tertarik.

Anehnya para pejuang ini, sejak ugutan berbogel mereka disiarkan sehingga kini-masih belum kelihatan kemunculannya. Tiba-tiba wujud laporan pecat-memecat antara sang ketua dan anak buahnya. Terbaru dalam menghayati perjuangan telanjang itu, sang ketua mengulangi ugutannya.

Kali ini serangan akan dihalakan kepada Anwar selain Khalid. Aku setuju dengan pendapat siketua bogel, bahawa kita harus berani dalam perjuangan. Cumanya mungkin siketua telanjang terlupa ataupun langsung tidak tahu yang perjuangan harus punya kebijaksanaan.

Dalam mengharungi perjuangan yang tidak berkesudahan ini, seharusnya kita bertindak secara bijak agar perjuangan tidak terjerumus kelembah kehancuran. Janganlah kita merencana strategi dengan mengunakan otak, sebaliknya gunakanlah akal agar kita nampak berbeza dengan lembu ataupun binatang yang sama taraf dengannya.

Berbogel merupakan suatu sikap yang sama sekali tidak bertamadun, andai diteruskan juga dibimbangi keluarga kita akan terpalit dengan kebodohan itu. Janganlah sampai kita mahu menjadi hero, maruah kita lemparkan ketepi.

Apa guna kita menjatuhkan maruah diri, dengan berbogel dikhalayak demi memalukan pihak tertentu? kalau diamati kesan dari perbuatan hilang akal itu, sebenarnya perbuatan tersebut lebih memberi impak besar kepada keluarga siempunya diri yang berbogel. Seluruh keluarganya akan mendapat malu besar dengan tindakkan gila itu tadi.

Para keluarga "Pasukan berani bogel" sudah pasti akan dipandang sinis oleh masyarakat.Manakala anaknya yang masih bersekolah akan diajuk oleh rakan-rakan sekelasnya.Sedang pihak yang ingin dimalukan belum tentu tercuit. Justeru, kiranya pasukan mahu meneruskan perjuangan bogelnya. Aku sama sekali mempersilakannya!

Seandainya keluarga kamu wahai "Pejuang Berani Bogel" mendapat penghinaan masyarakat akibat dari publisiti murahan kamu, jangan bilang aku tidak mengingatkannya. Silalah berbogel, aku tidak sabar menanti kemunculanmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan