Menswastakan atau lebih tepat menjual kemudahan asas negara bagi aku "kerja gila". Alasan: "rakyat harus belajar berdikari tanpa mengharap subsidi dari kerajaan" bagi aku dangkal.
Segala kemudahan asas dalam negara merupakan kepentingan negara.Ianya juga merupakan tanggungjawab pihak yang dilantik menjadi kerajaan. Menyediakan kemudahan asas adalah wajib bagi pihak yang bergelar "Pemerintah".Atas alasan apa sekalipun, ia tidak halal untuk dijual.
Segala kemudahan tersebut,merupakan kepentingan awam. Segala perbelanjaan operasinya ditanggung oleh rakyat melalui pembayaran cukai. Kerajaan pula hanyalah bertindak mengawal selia perjalanan operasinya.
Jangan menjadikan alasan bahawa kerajaan terlalu berat menanggung "Subsidi" maka halal untuk menjual hak rakyat. Adakah kerajaan merasa ringan pabila dipaksa membeli semula kemudahan awam dengan harga yang cukup tinggi? Lihat tragedi MAS, sampai hari ini kerajaan umpama menanggung biawak hidup. Ratusan juta yang sepatutnya mampu diSubsidikan pada rakyat telah di"insentifkan" hanya kepada MAS.
Untuk mendidik rakyat berdikari, kerajaan sepatutnya merangka program ekonomi rakyat! bukannya merencana strtegi ekonomi dua tiga kerat koporat.Dalam menjana ekonomi sebuah negara membangun,sewajarnya segala kepentingan awam dipertahankan. Tindakkan ini bagi menyelamatkan negara dari dijajah semula melalui ekonomi.
Selain itu ,kerajaan juga harus menyediakan pelan bagi menyelamatkan para usahawan IKS agar tidak mati. Dengan cara ini, mereka mampu bertahan sekaligus dapat membesar selaku usahawan koporat dan mampu berdaya saing. Mereka juga mampu membantu mewujudkan peluang pekerjaan yang baru sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi, serta dapat mengatasi masalah pengangguran yang menjurus kepada meningkatnya gejala sosial.
Itu baru cara mengajar rakyat berdikari! Kepentingan awam merupakan amanah yang diberikan rakyat kepada pihak bergelar kerajaan. justeru menjaga serta mempertahankannya adalah tugas pemerintah. Penswastaan adalah pengkhianatan kepada amanah rakyat.Sikaptersebut ibarat "harapkan pagar,pagar makan padi", sampai negara ini mencecah taraf negara maju sekalipun-ia tetap tanggungjawab kerajaan.seandainya pihak yang memerintah berasa terlalu beban menanggung amanah rakyat ini, maka berhenti dari menjadi kerajaan adalah jalan yang sebaiknya.
Berhenti daripada menjadi kerajaan adalah jalan sebaiknya.....ya..saya setuju, kalau dah tak sanggup pikul beban, bagi parti lain memerintah..kan..senang kalau begitu.
BalasPadamSHANA