Selasa, 9 Disember 2008

ANWAR OH ANWAR,APALAH NASIB...


Merujuk gambar diatas, masihkah kita kenal dan ingat lagi padanya? Walaupun Mahathir kata kita mudah lupa, tapi aku percaya tak mungkin kita boleh lupa siapa didalam gambar tersebut.

Aku tidaklah kenal rapat dengan orang ini, sekadar tahu yang namanya ialah Anwar Ibrahim. Berasal dari P.Pinang, tarikh lahir 10 ogos 1947 dan nombor kad pengenalannya 470810-07-50?? (dua nombor akhir itu biarlah rahsia, takut ada orang tikam ekor pulak nanti)

Semenjak dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 98, sering sahaja cerita yang buruk berkenaan Anwar kita dengar. Bagi aku ianya bukanlah aneh bilamana pelbagai tuduhan dilemparkan pada beliau.

Ini kerana, Anwar punya aura yang kuat. Kepetahannya berpidato juga tidak boleh dipertikaikan.Kupasan yang mendalam tatkala berhujah sesuatu isu, membuatkan beliau sering menjadi perhatian. Disebabkan itu jugalah, buat pertama kalinya pada tahun 74- beliau disumbat diKem Tahanan Kamunting. Yang menariknya waktu itu, Penguasa juga menyatakan punya bukti Anwar Agen Libya.

Pada tahun 82, Agen Libya ini dijemput dengan secara hormatnya kedalam UMNO, dimana sebuah parti poltik penguasa yang pernah melabelkan Anwar teroris.

Bila didalam UMNO, semua cerita berkaitan agen itu- agen ini tidak lagi kedengaran. Anwar disanjung tinggi,malah berebut orang UMNO mencium tangannya.

Sebaik dipecat, Anwar kembali dicop selaku agen.Cuma kali ini negaranya bertukar, kalau dulu agen Libya kini agen CIA. Malah hubungan baiknya dengan tokoh-tokoh barat mula dipertikaikan. Selama ini, segala pertuduhan yang dilempar terhadap Anwar, tak pernah kita semua ambil pusing.

Sebab itulah sewaktu Anwar merengkok dalam penjara, kita arak gambar diatas untuk raih sokongan. Hasilnya Terengganu berjaya kita tawan,Kedah hampir tumbang ketangan kita. Kemenangan itu tak lama, sebaik Mahathir turun dan Pak Lah naik- kemenangan kita juga turun keparas maksimum.

Takdir Allah, Anwar dibebaskan tak lama selepas itu. Dengan berkerusi roda, beliau langsung terbang ke German untuk mendapatkan rawatan sekaligus menamatkan penderitaan menanggung sakit selama 6 tahun.Alhamdullilah..semuanya berjalan lancar, Anwar sudah boleh berjalan tanpa mengunakan kerusi roda yang menjadi teman setianya selama dipenjara.

Anwar sememangnya tidak serik, beliau kembali menyusun langkah untuk kembali berperang. Pada waktu itu kita dimomokkan oleh penguasa bahawa "kununnya" Anwar ditaja yahudi. Seperti biasa, kita tidak percaya langsung dengan dakwaan tersebut.

Berkat usahasama,serta kegigihan Anwar mengharung segala onak duri politik Malaysia. Kita berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN diParlimen. Kita juga berjaya menawan 4 negeri termasuk 1 wilayah, dan Kelantan negeri tradisi berjaya kita pertahan.

Anehnya sekarang, disaat kita diambang kejayaan- kita seolah mula percaya dengan dakwaan penguasa terhadap Anwar. Kita mula persoalkan kepercayaan kita terhadapnya yang kita beri selama ini. Setelah beliau kehulu-hilir berkempen demi memastikan semua calon pembangkang (sampai nak lekang badan) menang, kita dengan sewenangnya membiarkan beliau terkapai menghadapi serangan bahkan adakalanya kita seolah menambah peluru membantu menembaknya.

Mengapa? Pernahkah kita terfikir, ketika semua ADUN dan MP kita menyambut kemenangan, Anwar menyambut Fitnah baru. Disaat para exco dan MB diarak dan disanjung, Anwar diburu polis. Sewaktu semua MP,ADUN, EXCO dan MB lena dibuai mimpi diatas tilam empuk bertemankan suami dan isteri masing-masing, Anwar bermalam dilokap berlapikkan simen tanpa ditemani sesiapa melainkan Polis. Dikala semua rakan-rakan politiknya berbaju kemas segak bergaya,Anwar dilondeh dan dibogelkan.

Pernahkah kita berfikir semua itu? nahi kabi nahi...yang kita fikir ialah tentang kesilapan lampaunya, Menagapakah tidak kita mengatakan bahawa Anwar telahpun menerima kifarahnya (mungkin) sewaktu beliau berkerusi roda dan lebam mata kirinya akibat dilanyak setengah mampus dulu?

Cukuplah penguasa menekan Anwar, jangan kita menambah deritanya lagi. Takkanlah tiada langsung jasanya yang mampu kita kenang? kalaupun benci sangat, kasihanlah pada keluarganya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan