Ahad, 21 Disember 2008

Panas!! Bilik Sulit Hishamudin


Sebentar tadi aku baru sahaja menikmati karya seorang pejuang rakyat. Karya berbentuk teater komedi yang menyentuh rahsia disebalik kisah benar di"Bilik Sulit".


Teater ini kusaksikan bersama Shaikh Al-Bakistani yang merupakan salah seorang tahanan soal siasat bagi kes JI.Sungguhpun ianya digarap dengan unsur komedi, namun bagi seorang yang punya pengalaman seperti Al-Bakistani cukup mengesankan.

"Itulah yang berlaku kepada aku 6 tahun lalu...", ucap Al- bakistani padaku. Cerita yang mengisahkan bagaimana tahanan tanpa bicara disoal siasat. Mereka diherdik, dihina, dibogelkan dan diseksa cukup mengambarkan makna ISA= "Itu Seksaan Aku".

ISA merupakan akta ZALIM! mangsanya ditahan tanpa bukti, mereka diseksa tanpa mampu membela diri. Sekiranya mereka punya kesalahan dan penguasa punya bukti, maka sewajarnya mereka ini diheret kemahkamah. Untuk apa dikurung mereka? bagaimana nasib keluarga mereka? adakah penahanan ini dibenarkan oleh islam?

Kesemua persoalan tersebut terlihat sulit untuk dijawab oleh sang penguasa.Setuju dengan pendapat bahawa kita perlukan pencegahan, namun pencegahan itu mestilah berpaksikan keadilan. Tidak boleh menggunakan alasan bahawa perbuatan curang tersebut lahir dari golongan minoriti, maka ianya halal disebabkan suara majoriti mahukannya.

Sewajarnya baik siapapun,samada golongan minoriti mahupun majoriti, mereka tetap punya hak sebagai manusia. Justeru sekiranya sang penguasa punyai bukti yang kukuh, maka heret sahaja mereka ini kemahkamah untuk dibicarakan.Biar mereka melalui perbicaraan yang membenarkan mereka membela diri.Seandainya penguasa dipihak yang benar,mereka yang dituduh pasti menerima hukuman begitu juga sebaliknya, jika sitertuduh mempunyai bukti dimana pertuduhan terhadapnya tidak berasas,maka dia sepatutnya dibebaskan.

Sekiranya pihak kerajaan berhajat melakukan perubahan, Akta inilah yang sepatutnya dimansuhkan! Tetapi sekiranya perubahan yang dilakukan tanpa mempedulikan malah akta ini masih gah dipertahankan,aku kira itu merupakan perubahan yang tempang.

Oleh yang demikian,berhati-hatilah wahai rakyat Malaysia, kamu boleh ditahan kerana memakai seluar dalam warna kuning, kamu boleh ditahan kerana menyikat rambut belah tepi. Bukti?? tak perlu... kerana akta kartun ini adalah Ikut Suka Aku!!!!!

2 ulasan:

  1. Salam,
    Pendapat saya..yang ini penat rakyat komplen, nampak sangat ISA digunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu dan bukannya kepentingan negara..

    Kalau mereka mansuhkan..senanglah pembangkang dan rakyat membangkang setiap perbuatan salah mereka. So..sampai ke sudah pun ISA takkan dimansuhkan.

    SHANA

    BalasPadam
  2. Saya orang baru di sini..saya setuju dengan pendapat saudara.

    Salam Takzim.

    Azmi

    BalasPadam