Arakian bertebaranlah suatu berita yang mengatakan bahawa akan ada satu upacara khas bakal berlangsung diBalai Rong Seri Istana Negara, sekitar jumaat ini. Adapun kesahihannya masih belum dapat dipastikan, ini kerana mereka yang dikatakan telah diundang kemajlis tersebut, tampak enggan untuk mengesahkan apatah lagi membicarakannya.
Pada pihak aku secara peribadinya, bermula dari ketika, waktu dan saat ini, aku telahpun membuat persediaan bagi "mengubah gaya hidup" demi menyambut suatu kuasa baru tetapi cara lama dalam mentadbir negara yang tercinta ini. Memandangkan, cara dan pendekatan yang telah diambil oleh bakal penguasa baru itu dewasa ini, Aku sesungguhnya langsung tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyesuaikan diridengan polisi tersebut.Ini kerana, aku sudah punya pengalaman selama 22 tahun ditadbir oleh sang penguasa "apa nama " itu.
Cuma dalam aku sibuk menyiapkan diri bagi menjadi "melayu Glokal", terdetik sedikit simpati dalam naluri aku yang serba kerdil ini. Perasaan ini hadhir, tatkala terkenang akan Tok Imam Hadhari yang bakal dipinggirkan selepas ini.Alahai, apakan daya....Tok Imam tidaklah seberani seperti mana yang kusangka selama ini.
Aku harap beliau selamat dalam tempoh persaraannya, serta tiada anasir-anasir yang cuba menggugah ketenangan Tok Imam Hadhari kelak.
Pak long:- oit nala on the way ptg td ke bkt.gantang n bkt.selambau, hangpa jgn lupa pi dengaq ceramah dia. konpom hangpa gelak punya!! kah kah kah
DULU AKU MAKAN NASI 3 KALI SEHARI, PASTU PETROL NAIK REGA, NAJIB SURUH TUKAR GAYA HIDUP. AKU DENGAR JUGAK SARANAN PAKAR EKONOMI YANG SURUH MAKAN UBI KALAU BERAS NAIK HARGA. LEPAS TU PAKAR KENDERAAN CAKAP INJIN TAK PAYAH WARM-UP, START TERUS JALAN JER.
BalasPadamKALAU NAJIB KOMPOM JADI PM DI MASA EKONOMI MERUDUM DAN RAKYAT BANYAK DIBUANG BERKERJA, NTAH APA LAH YANG DISURUH KITA TUKAR GAYA IDUP LAGI.
KALU TAKDE NASI KITA MAKAN UBI KAYU, KALU TAKDE UBI KAYU KITA MAKAN LA RUMPUT..