Selesailah sudah bakal Presiden UMNO membentangkan "bajet ransangan mini" diParlimen, Manakala Ketua Pembangkang juga telah membahaskan usul tersebut dengan menyentuh integriti penguasa dalam perlaksanaan bajet yang mencecah RM60 bilion membabitkan wang rakyat tersebut.
Jika diteliti bajet tersebut, sudah tentulah wang sebanyak RM60Bilion itu diambil dari kantung dana Negara(Perbendaharaan), Kantung dimana terletaknya kesemua hasil mahsum dari Perlis hingga keJohor serta merentasi lautan hingga keSabah dan Sarawak. Maknanya wang ini kepunyaan rakyat Malaysia keseluruhannya,Makanya bajet tersebut harus dibelanjakan secara seimbang, mencakupi kesemua tempat,kawasan dan negeri dalam negara ini.
Malangnya, tiap kali bajet dibentangkan...sepertimana Kelantan, bumi kenyalang dan negeri dibawah bayu dilihat teramatlah kurang pengagihannya.Merenung keupayaan ekonomi negeri Sabah dan Sarawak, ia jelas memperlihatkan bahaw mereka merupakan penyumbang peratusan hasil yang agak tinggi melalui hasil buminya, Walaupun begitu mereka masih kekal selaku antara negeri termiskin.Kita pastinya membayangkan Sabah sebuah negeri sehebat bandar minyak dunia seperti Dubai, manakala Sarawak pastilah kepesatan pembangunannya setaraf Bandar raya Hong Kong dek kerana hasil buminya seperti kayu kayan dan sebagainya.
Namun itu semua menjadi ilusi semata, hakikatnya negeri tersebut masih berkeadaan seperti sebelum Merdeka, jalan rayanya masih berdebu, kita juga akan melalui pengalaman terpaksa bermalam didalam hutan sekiranya mahu melawat rakan yang tinggal jauh di pedalaman.
Mengapa begitu? kemana hasil mahsum bumi bertuah ini disalurkan? Melihat kepada kemewahan yang dinikmati oleh anggota KERAjaan UMNO-BN disana, sukar untuk kita menerima bahawa mereka dari sebuah negeri miskin.Tetapi sebaik melihat serta berkenalan dengan sahabat dari Sabah dan Sarawak, kita akan sendirinya berasa terkejut serta insaf diri tatkala melihat derita kepayahan mereka mengharungi kehidupan.
Apakan daya wahai sahabat, kita hanya golongan marhaen, mana mungkin suara kita dipedulikan oleh Penguasa. Angka yang mencecah ratusan malah Bilion itu hanya sedap didengar, tetapi jauh sekali untuk kita merasa. Nasib rakan diSabah dan Sarawak tidak jauh beza dengan kami di Semenanjung.Walaupun kami melalui jalanraya yang baik, tetapi kami terpaksa membayar dengan harga yang tinggi.kadang terdetik dihati,apa guna jalan raya bertingkat sedang keringat kita terpaksa diperah saban tahun untuk melaluinya.

Buat semua rakan serta saudara dari Sabah dan Sarawak, bersabarlah...suatu hari nanti siPenguasa serta Politikus ini semua pasti tersentak bila menyedari dan menyaksikan bahawa "SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!"
salam...
BalasPadamSebenarnya, gambar di teluk likas tu bukannya gambar setinggan yang di huni pendatang tanpa izin, tetapi warganegara malaysia. Itulah sebahagian nasib masyarakat sabah di sekitar kota kinabalu. Memang rasa tidak adil, sedih dan marah tetapi masyarakat tidak mempunyai peluang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. PR belum lagi kuat di Sabah.
Saya berdoa, semoga satu hari nanti, rakyat Sabah berani menyuarakan hak mereka, saya tahu dan mereka juga tahu bahawa sabah kaya dengan hasil bumi tetapi kenapa masyarakatnya masih terpinggir.
Kenapa saya tahu? sebab...
saya dari sabah.
SHANA