Selasa, 17 Mac 2009

TERUSKAN PEREBUTAN ITU WAHAI AHLI POLITIK MALAYSIA!!!

Aku merupakan salah seorang dari jutaan anak muda...yang sedang asyik menikmati pertarungan para politikus Malaysia merebut tempat, semata- mata demi kesinambungan karier politik mereka.

Aku juga sedang merenung nasib rakyat yang seolah dipinggirkan, Apakan daya...kita semua hanya layak dijulang selama sehari yakni dimusim Pilihanraya, selepas itu....?adakalanya aku merasakan alangkah baik jika Pilihanraya diadakan selang sehari...daripada 5 tahun seperti sekarang,dengan itu nasib rakyat akan terus terbela..Malangnya itu adalah suatu perkara karut.

Kerancakkan seluruh politikus Negara ini merebut dan mengejar impian masing-masing, membuatkan aku rasa mual,jelek dan meluat. Perasaan ini akan bertambah kacau pabila mendengar mereka mengunakan nama rakyat selaku senjata dalam pertarungan itu. Gegak gempita laungan kononnya mahu membela nasib rakyat, Maka ramailah yang akan terpesona mendengarnya walaupun sudah tahu akan nasib yang tidak akan kemana sebaik puak tersebut meraih kejayaan. Rakyat seperti aku hanya akan kekal sebagai pasukan sorak....sedang pimpinan tadi sudah mula mencatur strategi untuk menjarah harta kami.

Apalah nasib kita, pepatah melayu ada menyebut "Harapkan Pagar, Pagar makan padi". Pepatah itu walau telah digarap sekian lama, namun ianya masih kekal relevan sehingga kesaat ini.Buat para politikus, silalah berpencak, merobek dan menerkam. Suatu hari nanti pasti kalian akan ketemu suatu kuasa yang lebih hebat dari apa yang kalian kejar sekarang.

Mengimbas peringatan para suciwan dalam empayar kuno China dahulu:-

"Mengendalikan mulut rakyat lebih sulit dibandingkan mengendalikan amukan gunung berapi,Rakyat tidak lagi dapat dikendalikan bila ketidak puasan hati mereka telah meledak."

ps:- Pak Long aku selalu sebut,Kuasa Rakyat Kuasa Keramat!!!!

2 ulasan:

  1. Salam...

    Biarkan mereka. Mereka golongan yang bertenaga sebenarnya. Mereka tidak akan penat melapah wang rakyat, mereka tidak akan penat membohongi rakyat tapi rakyat sebenarnya penat mendengar pembohongan mereka.

    SHANA

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    Sebenarnya rakyat dah muak dengar pembohongan mereka ni.. Rakyat sekarang bukan macam dulu lagi.. main ikut je.. sekarang kami dah pandai tunjuk taring..

    Salam,

    A+A

    BalasPadam