Baru-baru ini aku berkesempatan ketemu dengan seorang rakan yang bertugas selaku wartawan akhbar tempatan. Beliau menunjukkan aku salinan kenyataan media yang dibuat oleh Anwar Ibrahim-berkenaan siasatan kes mata lebamnya yang terjadi sekitar 98.
Sememangnya aku amat kepingin sekali untuk mengetahui situasi sebenar yang dilalui oleh Anwar pada malam gelita tersebut. Ikutkan hati kecil, ingin sahaja aku bertanya kepada Anwar sendiri.Malangnya aku hanyalah orang biasa, hendak dekat pun payah apatah lagi nak bertanya. Oleh itu, kesempatan melihat salinan laporan tersebut merupakan suatu peluang yang amat aku nantikan.Sebaik menatap laporan tersebut, aku tergamam seketika....agak sukar untuk aku membayangkan apa lagi menerima kenyataan itu. Ini kerana didalam laporan itu ada dikepilkan salinan laporan polis yang dibuat oleh Anwar..dan didalamnya menceritakan kisah bagaimana beliau dilanyak setengah mati.
Berikut adalah kenyataan Anwar Ibrahim ,sewaktu mula ditahan pada malam dimana beliau diperlakukan seperti binatang:-
"Pada malam itu, saya dibawa kesebuah bilik dan seterusnya mata saya diikat menggunakan tuala kecil, manakala tangan digari kebelakang.
Dengan tak semena-mena seseorang telah meluru masuk kedalam bilik tersebut, lalu terus menumbuk saya bertubi-tubi. Saat itu saya menjerit dengan menanyakan mengapa saya dipukul? Akibat dari henyakkan tersebut, saya jatuh dan terus tidak sedarkan diri.
Pada keesokkan hari, saya mula sedar dan merasakan kesakitan yang amat sangat.Makanya saya merayu untuk diberikan rawatan."
( sebaik ditahan)
Demikianlah serba sedikit laporan yang sempat aku baca, bayangkan Anwar yang baru 2 minggu dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri boleh dilanyak sedemikian rupa. Sewaktu kejadian tersebut, Anwar berusia 52 tahun. Implikasi dari penyeksaan malam itu, telah membuatkan Anwar menanggung derita bilamana terpaksa berkerusi roda selama 6 tahun. Aku tidak dapat membayangkan, sekiranya peristiwa itu terjadi pada masa sekarang dimana usianya telahpun mencecah 63 tahun....
Oleh yang demikian,ketika ini Anwar telah menfailkan kembali kes tersebut bagi menuntut keadilan keatas dirinya.Persoalannya, Apakah Anwar Ibrahim akan mendapat keadilan tersebut??? sama-samalah kita lihat kesudahannya nanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan