Jumaat, 3 April 2009

Syukur...Najib akhirnya jd PM ke-6!!!


Pertamanya aku memanjat syukur kehadrat Allah SWT kerana mengizinkan aku hidup sehingga saat ini.Sesungguhnya aku berasa cukup bertuah hari ini, persoalan yang menghantui kehidupanku telahpun terjawab.

Mengimbau kenangan sewaktu menuntut diSekolah Rendah Agama sekitar tahun 90an dahulu. Aku punya seorang Ustazah yang cukup berminat membuat ramalan terhadap dunia politik, tidak dapat aku pastikan samada ustazah aku itu pendukung parti mana....samada PAS atau UMNO. Namun melihat caranya,mungkin sahaja beliau pendukung idealogi PAS.

Pernah suatu hari ustazah menyatakan pandangannya terhadap teori RAHMAN, dan pada waktu itu aku juga buat pertama kalinya mendengar teori tersebut. Katanya RAHMAN adalah cantuman nama-nama Perdana Menteri Malaysia, ianya bermula dengan nama PM yang pertama yakni Tunku Abdul RAHMAN diikuti Abdul Razak, Hussein On dan Mahathir. Pada ketika itu Mahathir masih menjawat jawatan Perdana Menteri, makanya huruf A itu cukup kuat dikaitkan dengan Timbalannya yang waktu itu ialah ANWAR IBRAHIM, manakala NAJIB juga disebut sebagai pelengkap teori tersebut.

Begitulah hujah ustazah ku berkenaan teori RAHMAN tersebut, melihat ianya sekadar terhenti setakat huruf N itu, lantas aku bertanya....siapa dan apakah yang akan terjadi bila teori tersebut lengkap diisi? Ustazah kelihatan kebingungan untuk memberi jawapannya, mungkin beliau juga buntu memikirkannya. Seorang rakanku yang turut sama mendengar akan teori tersebut, bingkas bangkit bagi menyatakan pandangannya. Rakanku berpendapat adalah kemungkinan waktu itu dunia akan kiamat, dan berakhirlah segala penghidupan dialam dunia ini.Aku pada waktu itu bersetuju dengan pandangan rakanku itu, almaklumlah pada masa itu umur kami baru sahaja mencecah sekitar 8 tahun, oleh itu... kecetekkan membuat ramalan disebabkan belum mendapat pendedahan politik.Bahkan saat itu kami belum faham makna perkataan politik.

Pada tahun 98, aku mula merasakan teori itu sudah tersasar, ekoran dari pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatannya.Tetapi sebaik melihat nama Abdullah diumumkan selaku pengganti Mahathir seterusnya,aku kembali mempercayai teori tersebut. Kepercayaan ini bertambah teguh tatkala nama Najib disebut selaku bakal pengganti kepada Abdullah. Oleh yang demikian, aku secara peribadinya berasa gembira apabila melihat teori RAHMAN kembali "on track".

Kegembiraan terhadap teori tersebut adalah kerana, pada hemat aku waktu ini ialah.....ia lengkapnya teori tersebut bukanlah petanda kiamat kepada dunia ini. Ianya adalah berupa petanda berakhirnya pemerintahan dinasti UMNO. N dewasa ini, juga disebut oleh tulisan-tulisan nakal dengan ejaan eNd,...yang membawa maksud habis, tamat atau akhir.Oleh itu, aku amat berharap bahawa aku sempat melihat kemunculan huruf terakhir dalam teori RAHMAeNd itu!! dengan kemunculan huruf tersebut, maka jawapan kepada persoalan yang aku bangkitkan kepada ustazahku belasan tahun lalu,berkemungkinan telah terjawap. Dan teori rakanku yang mengaitkan penghujung nama tersebut dengan berakhirnya dunia ini tidak tepat sama sekali.

Justeru menyaksikan perlantikkan Najib selaku Perdana Menteri yang ke 6 saat ini, pendapatku secara peribadinya ialah....petanda dinasti ketuanan UMNO sudah sampai kepenghujungnya. Aku dapat rasakan bahawa, Ustazah dan rakanku itu juga berpendapat seperti ku. Oleh itu, sekali lagi aku mengucap syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi petunjuk jelas selama ini.Manakala kepada kepada Dato Seri Najib, aku mengucapkan sekalung TAHNIAH diatas perlantikkan selaku Perdana Menteri,Dato Seri telahpun melengkapkan teori misteri tersebut. Selepas ini sudah tiada lagi huruf yang menjadi misteri lagi, Kerana huruf N ataupun eNd itu merupakan yang terakhir.

Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui," Kita merancang dan Allah jua merancang. Dan hanya rancangan Allah yang akan berjaya".

Allahhuakhbar!!



Pak Long:- takdak kenduri ka bila dah naik ni?

Along :- Dengaqnya depa nak buat korban kambing hitam lepaih ni.

Pak Long:- baguihla tu, lama dah tak pekena ni.kihkihkih

1 ulasan: