Malam Sabtu lepas, aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbitku...sebaik menjawab pangillan tersebut,suara adikku menerjah dengan berita yang menggemparkan.Buat kali keduanya...ibu tersayang diserang angin ahmar.
Kali pertama ibu diserang penyakit tersebut ialah sekitar Februari tahun lalu, dan aku hanya diberitahu sebulan selepas itu.Hal ini disebabkan perbedaan pendapat antara aku dan ayah berkenaan ideaologi perjuangan.Manakala pertelingkahan ini sudah berlarutan bertahun lamanya, dan oleh kerana ibu ditimpa musibah sedemikian rupa...makanya buat pertama kali sejak beberapa tahun...aku kembali kerumah yang telah lama aku tinggalkan.
arrghh...biarkan perkara itu, biarkan ayah dengan egonya.Hari ini setelah dua hari koma, ibu kelihatan mula sedar, namun sebaik mendengar taklimat yang diberikan oleh sang Doktor...hancur luluh hati aku."Ibu disahkan LUMPUH sebelah badan!"....................
Salam...
BalasPadamSaya turut bersimpati dengan penderitaan dan masalah yg saudara hadapi. Semoga saudara tidak patah semangat dalam meneruskan perjuangan dan hidup. Hidup kita tidak bermakna jika tidak menghadapi masalah. Percaya bahawa masalah adalah ujian dari yang Maha Esa. Semoga ibu saudara cekal dan tabah menghadapi ujian daripadaNya..ingatlah bahawa setiap sakit yang kita hadapi ada ganjarannya di kemudian hari.
Saya tidak berniat menyentuh tentang hubungan saudara dgn ayah sendiri, tetapi ingin saya petik kata-kata dari blog saudara ini bahawa Tekad Perjuangan saudara adalah 'KALAU TAKUT RISIKO, USAH BICARA SOAL PERJUANGAN'. Hubungan saudara dgn ayah sendiri pd ketika ini adalah risiko pd perjuangan yg saudara tunjangi.
Sekali lagi...kami sepejabat mendoakan ibu saudara panjang umur dan sihat hendaknya..dan sebagai pengikut blog saudara, kami harap saudara cekal teruskan perjuangan.
Saudara sesama islam...
SHANA
Assalamualaikum,
BalasPadamSemoga kau sentiasa tabah.. tapi kami tahu kau tu memang hati kering.. sentiasa tabah..
Ingat,Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.
Bersabar dan bertawakallah,
A+A