Rabu, 8 April 2009

APAKAH UMNO TERKHILAF????

Terjawablah sudah segala telahan, apa lagi yang nak dikata....rakyat sudahpun membuat pilihan. Makanya kemenangan didua bukit seharusnya menjadi petunjuk kepada UMNO-BN yang kini mempunyai nakhoda barunya.

Ini kerana, Pilihanraya kecil kali ini dianggap selaku pungutan suara terhadap kepimpinan baru UMNO.Dengan diselubungi isu yang agak keras, yang mana ia menyentuh isu Sultan,kebangsaan dan agama.Namun melihat jumlah majoriti yang dimiliki Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini, nyata sebahagian besar rakyat masih tetap bersama Pakatan Rakyat. Tewas diBatang Ai sememangnya sudah dijangka ramai pihak, ini kerana keberhasilan politik sekatan oleh BN Sarawak yang dikenakan demi menyekat kemaraan arus tsunami yang dibawa Pakatan Rakyat. Umum mengetahui bahawa, kebelakangan ini ramai pimpinan Pakatan Rakyat telah disekat dari memasuki negeri tersebut.Tahniah aku ucapkan kepada Ketua Menteri tersebut, dan suka aku mengingatkan kepada BN Sarawak...Pakatan Rakyat will never surrender!

Namun keputusan 2-1 dalam keseluruhan PRK kali ini, ianya jelas menunjukkan bahawa momentum rakyat - masih tetap menolak UMNO-BN.Jika diperhalusi secara hati yang dingin, aku melihat, kesemua PRK yang dijalankan semenjak Permatang Pauh lalu.Ia merupakan satu petanda yang rakyat telah lama menolak pimpinan baru UMNO. Merenung kembali setiap PRK selama ini, kesemuanya diterajui oleh Najib sendiri.Aku secara peribadinya menganggap bahawa UMNO mungkin sahaja telah terkhilaf dengan menuduh bekas Presidennyalah yang menjadi penyebab utama kekalahan umno dalam setiap PRK kebelakangan ini.

Lihat sahaja kali ini, walaupun Tun Mahathir sendiri yang kononnya punya pengaruh besar dikalangan rakyat, telah turun berkempen untuk calon UMNO-BN. Namun badi kekalahan masih tetap kuat melekat ditubuh parti bernama Inggeris ini,malah ianya seolah bertambah buruk...tatkala melihat peningkatan majoriti yang diperolehi Pakatan Rakyat.

Menyingkap setiap sejarah kejatuhan empayar zalim terdahulu, kebiasaannya sang penguasa tersebut akan lebih "menggila" tatkala berdepan situasi mendesak.Pun begitu, kerajaan tersebut tetap gagal bertahan ekoran meledaknya kebangkitan rakyat masing-masing.Justeru melihat situasi terkini politik negara dewasa ini, apakah kerajaan UMNO-BN akan menggunakan pendekatan yang sama??? hmm...kita tunggu babak yang seterusnya.

4 ulasan:

  1. http://aaaaadoii.blogspot.com/

    baca tentu tahu siapa?

    BalasPadam
  2. Salam...
    syukur, PR menang..harap-harap ia akan berkekalan.

    SHANA

    BalasPadam
  3. UMNO & BN..Pemimpinnya harus sedar bahawa kebangkitan fahaman sekular /PR semakin berani mencerca sultan dan pemimpin....Idealisma ini akan menjadi 1 titik sejarah baru dalam hidup umat melayu bahawa orang melayu sudah tidak memerlukan orang melayu lagi....Orang melayu mahukan PAS yang didalamnya ada Cina dan India, Orang melayu mahukan President yang diterajui oleh Orang Melayu dan Tokey besarnya Cina & India....Tidak mustahil jika orang melayu menolak UMNO & BN satu hari nanti orang melayu akan memilih PAS/DAP/PKR/MCA/MIC disebabkan orang melayu PAS hanya mengagungkan DUNIA dan Akhirat...Itu sebab di kelantan Negeri yang ditadbir PAS banyak berlaku Sumbang Mahram/ muhrim. Kalau negeri lain tu lain cerita la...Orang melayu akhir zaman akan menolak UMNO disebabkan UMNO Banyak menolong orang Melayu dan Islam manakala segelintir mereka lebih suka kepada PR kerana mahukan diri mereka diperintah oleh orang islam yang bernama AHMAD CHEEN LUI PUNG BIN ABDULLAH bukanya MOHAMMAD BIN ABDULLAH. Orang melayu kena sedar bahawa jatuh bangunya bangsa melayu adalah bergantung kapada bangsa melayu itu sendiri......KALAU ORANG MELAYU SUDAH MENOLAK MELAYU.....SAYA FIKIR MEREKA KENA FIKIR PASAL ANAK CUCU-CICIT BUKAN DIRI SENDIRI LAGI....KENA TAU KITA HIDUP PALING LAMA 60 TAHUN....LEPAS TU ANAK-CUCU PULA YANG SAMBUNG..LEPAS TU TERPULANG LAH PADA DEPA NAK BUAT MACAM MANA...SEBAB DUNIA DEPA, YANG PENTING ANAK DAN CUCU KITA TAK KENCING ATAS KUBUR KITA SEBAB MASALAH YANG KITA TIMBULKAN..........KEPADA ORANG MELAYU YANG SUKAN ORANG MELAYU HANCUR SAYA MENDOAKAN KEHADRAT ILLAHI AGAR MEREKA TIDAK DIKURNIAKAN ZURIAT SEBAB APA TAKUT NANTI ANAK CUCU DEPA KENCING ATAS KUBUR DEPA.......

    BalasPadam
  4. kepada orang diatas aku ni, kalau dengan fahaman politik perkauman sempit ni la ko harap orang melayu berubah, sampai bila-bila ko xkan dapat sokongan. bumi ini Allah swt anugerahkan untuk orang Islam, bukan untuk MELAYU yang makin layu! aku lebih sanggup memilih pemimpin cina yang melaksanakan hukum Allah swt berbanding Melayu haprak yang makan harta rakyat.

    BalasPadam