Setelah memerhati perkembangan politik malaysia, Malaysia tetap Malaysia. Ahli Politik Malaysia semuanya sama. Yang beza cuma cara mereka. Senang kata HAMPIR keSEMUANYA HAPRAK!. PAS ke, PKR ke, DAP ke, UMNO ke, MCA, GERAKAN, MIC ka, SEMUA BOLEH PEGI MAMPUS! Terutamanya DAP, separuh PKR dan UMNO.
PR dok kata orang FITNAH sedangkan mereka sendiri sama ada penyokong atau Pemimpin, sama pemfitnah. Saya mula ingatkan PR nih betui bagus, rupa2nya sama-sama PEMBOHONG dan BODOH macam UMNO-BN. Banyak pendapat yang di keluarkan oleh Pemimpin PR sama ada kurang tepat, tidak relevan atau Karut. Macam ni ke kononnya nak Tadbir Malaysia? Seteruk-teruk UMNO saya rasa PR ambil alih lagi teruk jadi. Pembangunan = 0. Yang tahu nak berpolitik.
Yang Rakyat pun sama tidak celik, kena suntik propaganda oleh PR, jadi fanatik. Sampaikan UNDANG-UNDANG NEGARA tidak Hormat. PENJENAYAH DI SANJUNG, POLIS diHINA. Walaupun polis tuh memang ada buat bnyk salah dan silap dalam menyekat pegerakkan politik pembangkang, tak boleh kita memaki/hina atau menyekat Polis dalam melaksanakan tugas menumpaskan Jenayah. Selain itu, Angkatan TENTERA di lupakan dari segi pembangunan dan pemodenan. Disebabkan bloggers dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab, TUDM terus mengoperasikan helikopter yang usang. Adakah mereka sudah lupa Tentera telah bnyk membantu Malaysia baik dari musuh Negara dan juga dalam Bencana Alam?. Ini baru saya sebut helikopter. Belum lagi keperluan-keperluan lain Angkatan Tentera kita yang jauh ketinggalan.
Selagi kebanyakkan Rakyat dan Pemimpin Malaysia berperangai macam ni, sampai tu lah MALAYSIA sentiasa di gadai, sentiasa Ketinggalan. Amat sedih saya sebagai seorang Patriot, melihat negara saya menjadi medan percurian, permainan dan jenaka Golongan-golongan RAKUS baik dari PR atau BN!
Amat kesal dan malu saya bantu PR di waktu Plihan Raya 2008. Harapkan pagar, pagar makan Padi. Masuk Angin Keluar Asap. Dari berapi menjadi Asap. Harap-harap dalam hidup saya ni, dapat saya melihat MALAYSIA di pimpin oleh golongan yang benar2 ingin membangunkan Malaysia demi NEGARA, AGama dan BANGSA. Bukan untuk Populariti, Duit, perkauman atau dendam. Saya Amat Dukacita dengan Keadaan Malaysia.
Tersenyum aku tatkala mendapat email sebegini, aku bangga kerana beliau sudah mula menampakkan minda kritisnya.Setuju! dengan pendapatnya bahawa ahli politik Malaysia adakalanya kelihatan HAPRAK! Ini kerana mereka adalah ahli Politik, dalam politik wajib bijak bermain kata-kata, jika tidak mereka tidak layak bergelar"Ahli Politik" tetapi "Pejuang".Seorang pejuang sememangnya tidak sesekali bermain dengan kata-katanya, Pejuang kebiasaannya berpegang teguh dengan matlamat perjuangan, mereka berusaha meraih kejayaan tanpa memikirkan habuan peribadi, bagi seorang pejuang, kejayaan perjuangannya adalah merupakan habuan paling bermakna daripada habuan dunia iaitu jawatan, pangkat serta kebendaan.Semua itu melalaikan, godaan duniawi tersebut merupakan cabaran serta kemanisan dalam diri pejuang.Jikalau berjaya melepasinya, maka sebelah kaki sudahpun berada dipintu kejayaan!
Anak muda ini juga menyentuh sikap pemimpin PR yang padanya agak keterlaluan, pada hematnya, benturan-benturan idea yang datang dari pemikiran pimpinan PR dangkal. Benar, adakalanya cadangan mereka nampak karut dan aneh, ini kerana minda kita masih dibelenggu dengan ketakutan, takut untuk menerima kenyataan bahawa Allah menjadikan bumi ini untuk semua makhluk.Tidak ada satupun ayat yang terkandung didalam Al Quran menyatakan bumi atau wilayah ini milik hanya pada sesuatu kabilah ataupun Bangsa. Allah SWT jelas menyatakan bumi ini hanyalah berupa pinjaman, surah al Hujurat juga memperjelaskan lagi mengapa Allah SWT menjadikan manusia itu terdiri dari kabilah-kabilah, etnik dan bangsa yang pelbagai.Tujuannya untuk kenal-mengenal, jika kita menolak ataupun menafikan hak sesuatu bangsa, makanya secara langsung kita telah menyisihkan ciptaan Allah serta memperlekehkan ciptaan dan kehendaknya,Subhanallah! Allah itu Maha Mengetahui.
Jika diteliti laporan media arus perdana, sudah tentulah kita langsung tidak akan jumpa waima satupun pembangunan yang telah dijalankan oleh PR.Hal sebegini adalah sudah menjadi asam garam demokrasi ala Malaysia.Berkenaan Undang-undang,PR berpegang teguh dengan kedaulatannya, didalam undang-undang Malaysia tidak termaktub bahawa jika kita ditangkap maka kita boleh diperlakukan dengan sewenangnya.Adalah silap mengatakan melabelkan seseorang itu adalah penjenayah selagi belum dibuktikan kesalahannya diMahkamah.Ini jelas! dalam Islam sendiri juga menegah sikap menuduh melulu tersebut.Islam hanya menerima sesorang itu bersalah sekiranya ia dapat dibuktikan.Polis Malaysia masih mempunyai sebahagian besar anggota yang menjalankan tanggungjawab secara berhikmah,Namun sikap segelintir anggota yang meletakkan undang-undang ditangan sendiri seterusnya bertindak sesuka hati, telah menyebabkan imej pasukan Polis tercemar.
Aku masih menyanjung tinggi kecekapan Polis menjalankan amanah dan tangungjawabnya,justeru tidak adil kita menolak serta menghina mereka hanya kerana sikap segelintir yang sememangnya melampau.(Tabik Hormat pada anggota PDRM). Begitu juga Angkatan Tentera Malaysia. Tidak pernah sama sekali pimpinan PR memperlekahkan kemampuan mereka, malah jika disingkap kesemua gesaan yang dibuat oleh ahli Parlimen PR, Jelas menunjukkan bahawa mereka mahu martabat ATM diangkat seGah mungkin! Cuma UMNO-BN gemar mengambil kesempatan menghabiskan wang rakyat kononnya untuk mempertingkatkan keberkesanan ATM.Hakikatnya lihatlah dibelakang pengkalan TUDM Sungai Petani, lambakkan Jet pejuang yang layak digelar besi buruk.TLDM juga hanya mendapat Kapal Selam lusuh, Wang berjuta malah mencecah berbilion hanya untuk membeli besi buruk? Kes Heli NURI yang rakyat keseluruhannya tahu akan keuzuran pesawat tersebut, mengapa tidak ditukar? Hahaha....ya pasti akan ditukar, cumanya harga sebuah heli yang baru itu akan mencecah bilion wang rakyat, sedang negara lain 10 buah heli yang sama dengan harga sebuah yang kita beli,kok aneh.
Kesal bantu PR dalam PRU? jangan begitu....kita harus merenung sistem demokrasi di Malaysia...barulah kita boleh pertimbangkan samada kesal ataupun tidak. Lihat sahaja segala sekatan dan tohmahan media milik penguasa.Sewajarnya semangat kita tidak seharusnya melonggar lemah, benar masih ada juga segelintir ahli politik PR yang gemar bermain kayu tiga..."siang jadi orang, malam jadi ular".Mereka ini pasti akan menerima padahnya nanti, ini kerana aku yakin dan percaya rakyat sudah mula celik,pencerahan sudah melanda...sikap mahu mendewa-dewakan pimpinan sudahpun dilontar sejauh mungkin. Pada Rakyat ketika ini ialah, wakil rakyat adalah budak suruhan, jika gagal mendengar arahan dari rakyat! makanya bersedialah untuk diterajang keluar!
ya betul tu, politik kita masih berada dalam keadaan lama. sebab itu bila ada perubahan pemikiran pihak konservatif akan cuba menyekatnya. Jika pengirim e-mail menyatakan penyesalan tidak salah kerana itu hak anda. Namun di ingat apa yg berlaku sekarang adalah permulaan kepada masa depan yg lebih gemilang. Yg penting di sini di mana pendirian kita, adakah lalang atau bakau tegap berdiri?
BalasPadambetul artikel tu... saya sokong....lebih baik kita kembalikan sokongan kepada barisan nasional dan UMNo...lagipun sekarang Najib dah banyak berubah...kepentingan rakyat mula diambil kira....saya tersilap buat pilhan kerana memangkah pakatan rakyat...syabas artikel yg berani...izinkan saya ambil artikel ini utk sebarkan kat pejabat saya...diorang cakap kali ni kita mesti beri undi kat UMNo semula...PR dah terpesong
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamApa yang pengirim e-mail tu tulis dah banyak kali aku dengar.. tapi itu adalah perasaan dan pendapat orang yang memerhati..
Apa yang pasti kita mesti tepuk dada tanyalah akal..
Mak kau dah ok ke... ari tu kau datang aku tak ada... Salam buat mak kau ya.. semoga pulih dan sihat selalu... Sebagai anak.. jangan bataskan masa dengan mak.. Aku pun terkilan kurang masa dengan mak aku sebab berjauhan......
Salam,
A+A