Khamis, 9 April 2009

KEMANA NAZRI AZIZ SELEPAS INI????


Ramai yang meramal bahawa Khairy tidak akan tersenarai dalam kabinet baru Perdana Menteri.Ramalan dan telahan ini dibuat,berdasarkan kebencian bekas Perdana Menteri yang "apa nama itu" terhadap anak muda ini.Oleh yang demikian, sekiranya benar Khairy tidak terpilih menjadi menteri, ...maka kabinet baru tersebut bakal mencatat sejarah, dimana ianya tidak disertai oleh sayap pemuda parti pemerintah itu.

Sementara para penganalisis politik sibuk mengusik isu Khairy, Fikiran aku saat ini lebih tertumpu kepada nasib Nazri Aziz. Umum mengetahui, Nazri juga senasib dengan Khairy....iaitu menjadi orang yang paling dibenci Mahathir. Oleh yang demikian, apakah Nazri tersenarai semula?

Jika tidak....ianya merupakan satu kerugian besar buat si pemerintah baru itu. Pada aku,walaupun Nazri adalah orang yang merupakan paling lantang menghentam pembangkang selama ini. Namun sikap profesional yang ditunjukkan sewaktu berurusan dengan para ahli Parlimen Pembangkang...amat wajar dipuji.

Sesungguhnya, aku agak kagum dengan cara dan kemampuan beliau dalam menangani sesuatu isu.Kebijakkan mengawal emosi pada tiap kali diasak oleh pembangkang, menunjukkan bahawa politik Nazri cukup matang.Kepetahannya mematahkan setiap hujah pihak lawan juga, menjadikan Nazri antara yang dihormati dalam Dewan Rakyat.

Melihat "track " politik Nazri selama ini, beliau kelihatan tidak berminat untuk turut bertanding merebut sebarang jawatan tertinggi partinya.Barangkali Nazri amat kedekut untuk menabur wangnya kepada para perwakilan parti,hanya kerana untuk mendapatkan jawatan.Tambahan pula, para perwakilan kebiasaannya akan bertukar menjadi "hantu raya" bila tiba pemilihan parti tersebut.Hmm...Jika silap percaturan iaitu terkurang memberi makan, bersedialah untuk dicekik mereka nanti.

Justeru melihat kepada pembentukkan kabinet baru jumaat ini, aku mendoakan kesejahteraan keatas Dato Seri Nazri Aziz.Aku yakin bahawa beliau juga sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.Jika dilantik semula,TAHNIAH aku ucapkan...manakala jika tidak...kamu tetap akan dikenang selaku yang terbaik dalam arena politik Malaysia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan