Sabtu, 7 Mac 2009

FASAL DALAM PERLEMBAGAAN UMNO!!

3.5-MENJAMIN KEDUDUKAN BAHASA KEBANGSAAN (BAHASA MELAYU) SEBAGAI BAHASA RASMI YANG TUNGGAL DAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN YANG BERTERASKAN KEBUDAYAAN MELAYU????

Benarkah begitu?

respon bekas Setiausaha Parlimen (Zainudin maidin) pada waktu itu yang bermatian mempertahankan perlaksanaan pengajaran Bahasa Inggeris dalam Sains & Matematik.

Hujah beliau:
(i) Rakyat Malaysia tidak berkeupayaan untuk mengejar kepantasan perkembangan bahasa dalam sains & teknologi(ii) Rakyat Malaysia bermasalah untuk menimba ilmu S&T dalam Bahasa Melayu kerana DBP gagal dan tidak berupaya untuk menterjemah setiap buku yang terbit di Amerika dan Jepun

Jika benar tidak berkeupayaan, untuk apa ditubuhkan DBP seawal tahun 1960-an? Ungku Abdul Aziz, Prof Shahrir Md Zain, Prof Emeritus Nik Safiah Karim bermati-matian menyanggah hujah kerajaan untuk melaksanakan dasar ini, tetapi pandangan intelektual tak bisa melangkaui kehendak politikus.

Kini apa yang jadi?

Dianggarkan, peratusan yang lulus dana subjek sains dan matematik begitu lemah.Peratusan lulus dalam peperiksaan PMR, SPM memang baik, tetapi maklumat tidak rasmi yang saya perolehi, hanya 5% sahaja daripada kalangan pelajar yang menjawab menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa jawapan, selebihnya masih menggunakan Bahasa Melayu memandangkan masih ada konsep jawapan pilihan antara dwi-bahasa - Bahasa Melayu & Inggeris.

Sekarang lihat, betapa sukarnya, bukan sahaja pelajar malahan guru sendiri sebagai ‘enjin’ kepada perlaksanaan dasar ini. Pada hemat saya, dasar ini telah gagal sebelum ia dilaksanakan lagi, cuma kini selepas hampir 5 tahun perlaksanaannya, kegagalan itu kian terserlah sehingga membawa kepada satu usul dalam Perhimpunan Agung Umno baru - baru ini agar ada pertimbangan kerajaan untuk mengembalikan sains dan matematik dalam Bahasa Melayu.

Hujah kedua Zam, ialah DBP gagal untuk menterjemahkan setiap buku yang keluar daripada Jepun dan Amerika. Saya fikir, Zam patut membaca akhbar Siasah 3 keluaran yang lepas yang mengungkap permasalahan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM), yang kini hanya menjadi gajah putih.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Masa hantar memorandum ari 2, mak and ayah pegi, diorang kata teruk sangat masa tu, rasa macam reformasi dulu.. Kesian anak-anak kecil yang ikut mak bapak dia pegi shooping kat KL kena bom asap... mungkin diaorang tak tahu ari tu keadaan akan jadi macam tu kot...

    Apa-apahal FRU memang jahat dan zalim macam dulu....

    A+A

    BalasPadam