Rabu, 5 Ogos 2009

PENGKHIANAT!


Dihujani air kimia dan taburan gas pemedih mata, telah menjadikan 1 Ogos bukanlah hujung minggu yang enak. Namun kehadiran puluhan ribu warga Malaysia ke tengah bandaraya Kuala Lumpur hari itu dengan membawa satu niat, menyerahkan memorandum agar dimansuhkan ISA.

Kehadiran akta ini jauh lebih sakit dari tembakkan gas pemedih mata dan air kimia. Pukulan belantan FRU tidak sama peritnya dengan kezaliman akta ini. Akta yang sekian lama menggunakan alasan pencegahan, telah menyumbat ribuan warga dan kebanyakkannya melayu.Apa salah mereka? tuduhan demi tuduhan yang dicatatkan diatas batang tubuh sitahanan, hanya mampu ditelan walaupun ianya tidak benar!

ISA tidak langsung menyediakan ruang untuk membela diri, Bahkan pembebasan tahanan hanya terletak dijari sang Menteri, Nasib tahanan akan menjadi lebih buruk jika Menteri enggan menurunkan tandatangan pembebasan tetapi menurunkan tandatangan lanjutan tahanan lagi. Makanya tinggallah sitahanan dikem pasungan sambil kehilangan nikmat hidup selaku manusia.
Tidakkah itu ZALIM? Bukankah itu perbuatan khianat? sewajarnya setiap tahanan hendaklah dibawa kemuka pengadilan. Tidak kira apa sahaja tuduhan, samada subversif, gerakan Komunis bahkan teroris sekalipun...mereka tetap manusia yang punya hak. Justeru merasakan punya bukti yang cukup untuk menuduh, mengapa kerajaan tidak mendakwa mereka semua? Mengapa harus dikurung sedemikian rupa? apakah kerajaan juga kurang percaya pada sistem Mahkamah?

DiMalaysia terlalu banyak dengan akta kekangan, seperti akta mesin cetak,Akta rahsia rasmi, Akta universiti dan kolej universiti serta akta hasutan. Kesemua akta ini digubal khas untuk mencegah apa sahaja kegiatan subversif dikalangan rakyat. Oleh yang demikian, Penguasa boleh mendakwa mengikut mana-mana akta tadi dimahkamah, manakala tertuduh akan membela diri dari semua tuduhan tersebut. Proses ini akan menimbulkan kebenaran samada penguasa betul dalam tuduhannya atau sitertuduh sememangnya tidak bersalah.

Melabel rakyat yang turun protes sebagai pengkhianat adalah sangat keterlaluan, pada hemat aku....orang yang cuba menegakkan akta zalim ISA tanpa mengetahui kesan dan kepedihannya...adalah merupakan pengkhianat besar. Mereka khianat pada Allah SWT yang secara jelas melarang keras aktiviti zalim dimuka buminya, mereka khianat pada keluarga tahanan terutama anak kecil yang dahagakan kasih sayang kaum keluarganya. Mereka juga khianat pada bangsa Melayu dengan mengurung dan menyeksa bangsa sendiri hanya kerana percanggahan pendapat!

2 ulasan:

  1. SALAM..

    Lama juga tak link dgn blog saudara. Ia bermula apabila setiap kali saya memberi komen, komputer saya akan padam serta merta..niat di hati nak bertanya adakah blog saudara juga sedang diperhatikan sekarang sehingga saya tidak dapat menitipkan sebarang komen??/
    Apapun saya dan rakan-rakan masih mengikuti blog ini. Teruskan perjuangan.

    SHANA

    BalasPadam
  2. Bengong,
    Pergi la kumpul kat stadium..
    Org nak berniaga pun susah...

    Tengok 95% MELAYU....ee.. Cina DAP kat mana?

    Kat Bukit bintang Minum2 tengok melayu kat TV jd bodoh...Tak caye? Tunggu!!!
    Ini bukan kemajuan ini kehancuran.
    Anak sapa la ni.

    BalasPadam