Khamis, 20 Ogos 2009

Al-fatihah buat adik Nurul

Setelah berhempas pulas selama 3 tahun 2 bulan usianya menahan derita penyakit jantung, akhirnya adik Nurul dijemput pencipta sekitar jam 9 malam tadi dikatil ICU IJN. Ketika adik Nurul bertarung dengan sakaratul maut, ayah dan ibunya turut berada disamping anak kecil dengan debaran sambil berdoa memohon perlindungan dari yang maha esa.Namun sudah ketentuan ilahi...Allah lebih sayangkan anak kecil itu.

Penyakit yang ditanggung semenjak lahir dan telah menghadapi 3 pembedahan begitu sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Sang ayah yang merupakan buruh dibengkel, adakalanya buntu memikirkan kos perubatan anaknya yang cukup tinggi berbanding pendapatan mereka yang tidak seberapa.Ibu tidak bekerja, tetapi tetap berusaha menjaja kuih demi meringankan beban yang dipikul suami tercinta.

Sesekali Nazrul berasa seakan putus asa, mengenangkan kerenah kehidupan.Tiap kali terdengar ada bantuan yang disediakan untuk marhean sepertinya, maka berusunglah segala fail berkaitan anaknya kepremis atau penguasa bagi merayu sedikit bantuan.Malangnya walau mengemis dan melutut sekalipun masih belum ketemu bantuan yang digembar-gemburkan,semuanya hanya janji retorik penyedap semata. kebiasaanya Nazrul setelah melalui proses birokrasi serta sikap agensi mahupun penguasa....mereka sekeluarga akan tetap merasa kehampaan....sudahnya.

Semuga roh adik Nurul dicucuri rahmat Allah SWT, Manakala takziah buat Nazrul Ismail sekeluarga pastinya ada hikmah disebalik ujian ini. Sebagai Marhaen, penderitaan sebegini apakah ianya merupakan perkara biasa.....?

Al-Fatihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan