Perihal najis "ARAK" jenis "Bir" yang seolah mengundang polemik diSelangor, khabarnya sudah reda. Kedua-dua pihak nampak bersemangat untuk memperkukuhkan persefahaman disamping mencari mekanisme baru dalam isu hangat tersebut.
Aku tidak mahu mengulas sewaktu diperingkat awal isu ini meletus. Ini kerana, hati aku begitu gembira tatkala isu ini mula berkumandang.Mengapa? Aku pernah menulis mengenai kebimbangan melihat penglibatan anak-anak islam terlibat dalam jual beli arak. Mereka ini kebanyakkannya adalah lepasan sekolah yang cuba mencari rezeki dengan bekerja dikedai serbaneka 24jam bagi menanti panggilan ke Universiti.
Hal ini juga banyak dibincangkan oleh NGO-NGO islam tentang bahaya arak bukan sahaja kepada Muslim tetapi pada semua termasuk Non Muslim. Isu penglibatan anak-anak muslim juga banyak dibicarakan, sayangnya hal tersebut tidak pernah waimma sekalipun diberi perhatian oleh penguasa serta media seperti sekarang.
Percanggahan diantara Dr.Hassan Ali dengan Ronnie Liu berkenaan penjualan arak, cukup menyenangkan aku. Jika sebelum ini isu tersebut tidak pernah dipandang, kini ada yang sanggup berdemo! Malah penguasa terdahulu juga amat berminat dengan polemik ini, mereka seolah terlupa bahawa...bukan sahaja penjualan arak malah kilang arak juga dibenarkan beroperasi sewaktu pemerintahan mereka. Shah Alam adalah ibu negeri Selangor, 80% penduduknya adalah Melayu dan beragama Islam... mana mungkin penguasa ahulu terlepas pandang bahana kilang dan penjualan arak ini? Bahkan pusat penyembelihan Babi juga terletak didalam kawasan Shah Alam! kok aneh!
Tidak mengapalah, mungkin kini penguasa dulu mula insaf...Alhamdullilah, percanggahan Dr.Hassan dengan Ronnie merupakan langkah awal kepada isu ini. Sebab itulah aku tidak mahu ulas, aku percaya bahawa kedua mereka ikhlas dan ingin memberi yang terbaik buat rakyat. Mungkin juga Ronnie bingung memikirkan sebelum PR berkuasa, beliau langsung tidak mendengar apa-apa rintihan dari kawasan melayu tersebut.Tetapi kini sampai berdemo dengan sepanduk memaki hamun, dan setelah 51 tahun merdeka serta negara mengutip cukai yang banyak melalui urus niaga arak ini, baru kini pihak tersebut sedar bahawa arak TIDAK boleh didagangkan dikawasan melayu islam.Alahai...
Tabik juga buat Dr.Hassan kerana bersungguh menyedarkan peri pentingnya hukum Allah agar menjauhi arak. Melihat kepada kata sepakat yang dicapai diantara muslim yang diwakili Dr.Hassan dengan masyarakat non muslim diwakili Ronnie, bahawa perlu dialog dan mencari mekanisme secara bersama bagi menagani isu arak ini, aku begitu gembira sekali. Sudah tentu ianya permulaan yang baik dalam menyelesaikan najis arak tersebut. Aku amat yakin bahawa tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan menjadi negara bebas arak yang selama ini menjadi antara penyumbang kepada gejala sosial Negara.
Syabas buat pakatan rakyat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan