Sebaik gedung kartun mempamer juadahnya yang berbentuk satira untuk langganan khalayak, satu serbuan telah dilakukan terhadap gedung tersebut.Kesalahan kukira hanya kerana satu watak yang terkhilaf mengangkat bendera barangkali, menjadi penyebab utama juadah itu dirampas.
Kepantasan pasukan yang menjalankan serbuan sebaik menghidu juadah gedung kartun amatlah membanggakan.Namun kiranya difikir sejenak, ada ketikanya serbuan itu kelihatan suatu bentuk lelucon baru dibulan mulia ini. Alangkah molek sekiranya serbuan tersebut juga berlaku keatas kes PKFZ, MAHLIGAI 24 Juta dan banyak lagi juadah-juadah sumbang yang lain. Juadah sumbang ini sudah sekian lama menjadi barah kepada khalayak Malaysia, bahkan ianya juga menerjah ruang keangkasa dan mengakibatkan Negara dunia mula menjauhi Malaysia tercinta ini.
Apapun tanggapan, jika benar disebabkan juadah tersebut sumbang mengangkat bendera diharap siempunya resepi tidak lagi mengulangi kesalahan tersebut.Ini kerana kesalahan itu akan mengundang bahana berbentuk publisiti meluas untuk juadah satira tersebut.Dengan demikian juadah itu akan menjadi rebutan khalayak serta dibimbangi akan hilang upaya untuk memenuhi permintaan pasaran.
Selamat berkarya wahai gedung kartun,semuga gedung akan membiak melahirkan gudang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan