Selasa, 18 Ogos 2009

kemaskan SPRM


Ramai yang memberi nasihat kepada SPRM agar terus jalankan siasatan tanpa mengira siapa.Nasihat yang boleh diibaratkan "mencurah air didaun keladi", sewajarnya nasihat tersebut ditujukan pada Perdana Menteri.

Untuk memberi jaminan agar SPRM menjalankan tugas dengan berkesan, adalah amat penting membebaskan suruhanjaya itu secara total dari telunjuk Jabatan Perdana Menteri. Jadikan ia benar-benar bebas dari cengkaman politikus. Jika ini berlaku, sudah tentu imej SPRM akan kembali gah diMalaysia, bahkan mereka boleh menyiasat dengan lapang dada kes-kes berprofil tinggi seperti PKFZ, BALQIS,KEDIAMAN MEWAH KHIR TOYO,PECAH AMANAH KOPERASI PEKEBUN GETAH dan berbagai lagi kes yang melibatkan kepentingan awam.

Dilaporkan tunggakkan kes SPRM juga mencecah beribu fail sejak dari zaman BPR lagi, jadi mengapa tidak diselesaikan kesemuanya demi keadilan pada semua pihak? mengapa SPRM cukup teruja untuk menyiasat dan menyerbu ahli politik pembangkang?

Jawapannya ialah masih ada JPM diatas SPRM! Kalaulah benar PM mahukan RAKYAT DIDAHULUKAN makanya 1MALAYSIA mahu lihat SPRM dibebaskan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan