Pada tiap kali Pilihanraya samada umum atau kecil, pernahkah kita sedar bahawa calon - calon itu akan bertandang kerumah kita bagi merayu undi itu sebenarnya sedang memohon ihsan kita?
Hmm... merenung kembali wajah mereka yang berseri sambil mempamerkan sikap rendah diri, tentunya sukar kita bayangkan sikap ini akan berubah sama sekali tatkala kepercayaan kita diberikan pada mereka. Inilah hakikat...kita akan dikenang selaku tuan pabila tiba musim pemilihan...mereka akan merayu dan mengemis undi bagi survival politik mereka.Ketika itu kita begitu bebas menemubual para politikus ini, sudah tentu pelbagai janji akan dilontarkan mereka pada kita sehingga kita menjadi begitu teruja.
Proses merayu undi ini samalah dengan proses memohon kerja,dikala itu rakyat adalah bos atau majikan manakala calon tersebut merupakan pekerja yang akan melunaskan sebarang permintaan kita.Tetapi malangnya ialah, peristiwa ini akan berubah sekelip mata sebaik mereka diumum selaku wakil rakyat baru! kalau dulu mereka merayu tetapi kali ini rakyat terpaksa mengemis dan adakalanya melutut memohon pertolongan. Apakah kita sedar akan hal ini?
Inilah yang telah berlaku selama 51 tahun!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan