Dato Onn Jaafar adalah anak tempatan yang begitu berjaya dalam sejarah penyatuan umat melayu.Pada tarikh 11 Mei 1946 bertempat diistana besar Johor bharu, impian umat melayu untuk bersatu menjadi kenyataan sebaik UMNO ditubuhkan dengan jayanya.
Namun pada tanggal 26 Ogos 1951, tokoh ini bertindak drastik dengan melepaskan jawatan YDP (Presiden) parti melayu tersebut.Pengumuman tergempar ini dibuat dalam persidangan UMNO ke-6 yang berlangsung selama 2 hari bermula 25 Ogos 1951. Keputusan Dato Onn tika itu ekoran dari kegagalannya mendidik UMNO kearah "Meruntuhkan tembok pemisah kaum". Dalam persidangan terakhir itu, beliau telah mencadangkan agar keahlian UMNO dibuka kepada semua kaum manakala UMNO ditukar kepada "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu".Antara alasan Dato Onn ialah "Kita tidak boleh mengamalkan dasar - dasar perkauman semata-mata.Sebaliknya kita harus melihat dengan skop yang lebih besar, Hanya dengan penyatuan seluruh bangsa akan menjadikan Tanah Melayu (Malaysia) lebih kukuh dan kuat untuk berdiri setanding bukan sahaja dengan Negara Eropah malah British!"
Malangnya sikap perkauman tampak kukuh dalam sanubari perwakilan UMNO saat itu. Mereka kelihatan gagal untuk menghadam dengan baik gesaan Dato Onn, Oleh yang demikian bagi menyatakan kekesalannya, Dato Onn memberi peringatan bahawa "Peta Tanah Melayu yang tuan-tuan saksikan pada hari ini tidaklah sama dengan apa yang saya lihat.Malangnya mulut saya terkunci untuk nyatakan perbedaan itu."
Itulah serba sedikit tentang sejarah "kearah meruntuhkan tembok pemisah antara kaum", Ianya telahpun cuba digerakkan oleh Dato Onn yang juga pengasas parti tersebut.Hari ini seperti tahun-tahun yang sudah, setiap PM akan menghamburkan kata-kata penyatuan ataupun perpaduan. Dikala itu mereka seolah terlupa bahawa mereka sendiri sedang mengetuai "Tembok Pemisah" tersebut.
Dan pada aku secara logiknya ialah, jika kita gagal melepasi tembok tinggi, maka adalah molek jika berganding bahu memecah dan menghancurkan tembok sialan itu! Dengan cara itu sudah pasti kita dapat menyeberang dengan selesa seterusnya mendepani era gemilang yang sekian lama menjadi harapan rakyat!
Tembok pemisah antara UMNO,MCA,MIC dan semua komponen BN haruslah diruntuhkan bagi menyahut seruan PM! Kesemua parti ini haruslah bertindak segera dengan menyatukan semua Parti itu menjadi Sesuailah ia dengan konsep Pm 1 Malaysia dewasa ini, Jika gagal berbuat demikian dan mahu mengekalkan konsep 1 Tembok tidak mengapa,Teruskanlah menjaga ketuanan tembok itu.
Kisah Tsunami 8 Mac 2008 mungkin menjadi igauan ngeri sipenjaga tembok, namun tidak buat marhaen yang sudah sekian lama mual dengan kepungan tembok tersebut.Gesaan PM sudah disambut rakyat sejak dari Mac 2008, sudah tentu rakyat tidak sabar untuk meruntuhkan Tembok-tembok itu sekali lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan