Beberapa hari lagi seluruh rakyat Malaysia bakal menyambut hari keMerdekaan. Telah dikhabarkan bahawa sambutan tahun ini amatlah sederhana temasyanya.Alasanya ialah menghormati bulan Ramadhan disamping bahana penyakit H1N1.
Merdeka bererti bebas! lebih 52 tahun lalu, seluruh rakyat Malaysia mengejar kemerdekaan. Mereka mahu bebas dari belenggu penjajahan, mereka mahu bebas menentu halatuju negara.Mereka mahu segala hasil mahsul negara diagihkan dengan adil serta menyeluruh tanpa campur tangan penguasa penjajah.Ketuanan yang dilaungkan ialah kerajaan rakyat yang bisa membela sekaligus mengangkat martabat rakyat marhaen.Itulah antara penyebab utama yang menjadikan seluruh umat tanah melayu begitu bernafsu mahu MERDEKA!
Ketika itu seluruh umat tanah melayu begitu impikan sebuah negara yang dapat menjadi payung buat mereka berlindung.Ketuanan yang didominasi oleh bangsawan telah menjadikan rakyat begitu jelek dan mual.Makanya Inggeris yang selama ratusan tahun menjadi Tuan dimuka bumi tanah Melayu ditolak dengan tekad.
Selesai kejayaan tuntutan tersebut, 52 tahun berlalu...rakyat dialaf baru mula menyemak kembali hak mereka yang terkandung didalam perlembagaan.Timbul sedikit keinsafan tatkala menyedari ada antara hak mereka yang jelas terpampang disitu telahpun dilitupi oleh undang-undang.Kebebasan bersuara dikekang kemudiannya oleh pelbagai akta yang menyesakkan seperti ISA,OSA dan berbagai lagi.
Terkenang masing-masing sewaktu Inggeris melepaskan Tanah Melayu dahulu, kebanyakkan orang melayu masih tinggal dan punya tanah.Ini diperkuatkan lagi oleh British bilamana penjajah itu sempat menitipkan suatu akta berkaitan tanah rezab melayu.Akta ini mempastikan tanah-tanah milik masyarakat Melayu tidak akan sesekali mampu digugat oleh sesiapapun.Melalui akta ini jugalah yang memperuntukkan bahawa setiap inci tanah yang terpaksa diambil wajiblah diganti.
Malangnya semua rezab melayu mula berkurangan sebaik penjajah beredar,Mengapa begitu? bukankah sepatutnya ia lebih terperlihara memandangkan kita sudah MERDEKA? Persoalan-persoalan itu mula bermain diminda rakyat sambil menyaksikan kehilangan kampung abdullah hukum yang bertukar menjadi mid Valley, kampung kerinchi menjadi kerinchi link dan banyak lagi penempatan melayu hilang ditelan arus retorik pembangunan.
Dasar ekonomi baru yang digarap bagi mengangkat martabat melayu marhaen telah bertukar menjadi sebaliknya.Dasar yang murni itu telah mencipta sekumpulan bangsawan baru. Bangsawan yang baru lahir ini hanya tertumpu disebuah daerah parti elit, hanya bersandarkan kemampuan bermain kata-kata manis maka mereka telahpun menjadi begitu kaya meninggalkan bangsa yang semakin hari semakin layu.
Kejayaan serta kemewahan yang dikecapi kelompok ini adalah dengan meminggirkan masyarakat yang lemah.Segala yang sepatutnya menjadi hak masyarakat diratah dengan rakus tanpa segan.Rakyat yang membuka tanah untuk membina pondok agar menjadi tempat berteduh sekeluarga dituduh penceroboh, manakala sebuah syarikat konglemerat merampas tanah tersebut digelar pemaju.
Kesemua yang berlaku itu telah mematangkan rakyat, zaman penjajah telah tamat - rakyat punya hak untuk menentukan siapa yang layak meneraju negara.Kini lambakan kain pelikat mahupun sekampit beras tidak lagi membutakan rakyat terhadap tuntutan perubahan.Taburan wang juga tidak lagi menjamin sesuatu pihak untuk terus berkuasa, Rakyat kini tidak mudah disogok barangkali.Seolah sikap ini menunjukan bahawa rakyat mahukan perubahan! rakyat mahu merdeka dari penindasan, rakyat mahukan ekonomi yang membela nasib dan mampu mengangkat martabat marhaen!
pak long:Merdeka!
Merdeka!
Reformasi!
salam,
BalasPadamawk pun tau juga pasal cerita kampung haji abdullah hukum? saya besar kat situ. mak ayah masa tu muda lagi (baru kahwin kot)...duduk kat tepi sungai n rail kereta api. bila tgh malam je kereta api lalu (bising). masa umur 5 atau 6 pindah di flat sri putra-flat dbkl (itulah tapak mid valley sekarang). teringat kenangan lama duduk situ. masa dbkl suruh pindah, ada yg bantah. jd penduduk sri putra pecah kepada 2 - 1 nak pindah dan 2 tak nak pindah. bukan nye mereka tak nak pindah tp rumah kos rendah (appt dlm bahasa standart) yg mereka offer tu mahal dan berlaku kenaikan harga. jadi penduduk yg setuju beli sudah berpindah dan tinggal lah keluarga yg tidak berpindah lagi (rasa2 adalah dlm puluhan famili). rumah kami dipangkah x (macam cerita ali baba la plk). dan akhirnya semua pindah dengan selamat...kampung hj abdullah hukum hanya tinggal nama sahaja.
kebetulan saya pernah punya hubungan dengan orang kampung tersebut, sayang tiada jodoh.Pun demikian, kesempatan hubungan singkat itu menyebabkan saya begitu merasai rintihan orang kampung.
BalasPadam