Jumaat, 31 Julai 2009

Takziah Permatang Pasir.


"Dari Allah kita datang,kepada Allah kita kembali.." Takziah buat keluarga serta seluruh penduduk Dun Permatang Pasir, diatas kembalinya wakil mereka YB Mohd Hamdan Abdul Rahman keRahmatullah jam 6:30 minit pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya dikatil Institut jantung Negara (IJN) setelah mengalami kesukaran bernafas akibat sakit jantung. Manakala sebaik mendapat berita mengejut ini, Anwar Ibrahim dan isterinya telahpun bergegas ke Pulau Pinang bagi melakukan kunjungan hormat kepada keluarga Allahyarham.

Sementara itu,pihak SPR telahpun bersiap untuk mengumumkan satu lagi Pilihanraya Kecil diDUN Permatang Pasir sebaik dimaklumkan oleh Speaker Dewan Rakyat Pulau Pinang. Disini aku sekali lagi ingin mengucapkan Takziah pada keluarga Allahyarham serta seluruh rakan-rakan pejuang PAS diatas perginya seorang Pejuang Rakyat mengadap penciptanya.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan