Rabu, 22 Julai 2009

Mengapa ISA itu Zalim?


"ISA" itu bukan nama orang,tapi itu nama akta.Akta ini diperkenalkan sekitar tahun 1960, tujuannya untuk mengekang gerakan komunis pada masa itu.Pada tahun itu juga, British masih belum keluar sepenuhnya dari tanah melayu.Jadinya akta ini merupakan sentuhan terakhir bangsa penjajah tersebut untuk tanah melayu yang bakal ditinggalkannya.



Akta ini mirip dengan kem Guantanamao binaan Amerika, bagusnya kem tersebut sudah mula ditutup oleh Presiden baru Amerika atas dasar kemanusiaan.Apa yang tidak baiknya akta ini? akta ini memperuntukkan bahawa Kementerian Dalam Negeri boleh menahan mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan gerakan bawah tanah menentang kerajaan.Hmm...ianya dikatakan sebagai satu langkah pencegahan.



Tetapi, tidakkah ianya ZALIM? Seseorang tidak akan dikatakan bersalah sebelum dibuktikan dimahkamah,itu asas dalam mana-mana perundangan negara yang mengamalkan sistem demokrasi.Dan ianya juga adalah tuntutan ISLAM. Dalam kes ISA, Tahanan atau sitertuduh tidak punya ruang untuk membela diri.Bahkan cara penahanannya juga kelihatan sulit, Biasanya keluarga tahanan tidak akan diberitahu dengan tepat kemana mahu dibawa ahli keluarga mereka yang ditahan tersebut.



Sudahnya,ia akan merunsingkan keluarga tahanan tatkala mengenangkan nasib ahli keluarganya itu.Ahli keluarga akan dimaklumkan sebaik keputusan KDN menghantar tahanan ke kem tahanan Kemunting.Tentang pertuduhan juga tidak jelas, keluarga akan dimaklumkan dengan versi lain,manakala tahanan dimaklumkan dengan versi yang lain.Perkara ini berlaku kerana,tahanan tidak akan sesekali mampu membela diri memandangkan mereka tidak akan diheret kemahkamah bagi menghadapi pertuduhan.



Disinilah timbulnya keZALIMan itu tadi, bayangkanlah dengan nasib isteri dan anak-anak tahanan selepas itu? Tahanan ditahan mengikut selera Menteri yang bertanggungjawab (Menteri Dalam Negeri) tempoh maksimum ialah 2 tahun,tetapi Menteri boleh melanjutkannya selama 2 tahun lagi jika ianya mahu berbuat demikian.



Berbalik tentang pertuduhan, biasanya mereka yang ditahan akan dituduh sebagai Subversif. Persoalannya, benarkah begitu? atau tahanan hanyalah seorang ahli politik atau NGO yang berbeda pandangan dengan pemerintah? jika berbeda pendapat,sepatutnya itu dibenarkan,kerana Negara mengamalkan sistem Demokrasi dan bukannya Monarki.



Jika benarlah mereka itu Subversif dan menjadi ancaman keselamatan negara, Heret mereka kemuka pengadilan dan bicarakan mereka.Jika terbukti mereka bersalah,maka hukumlah setimpal dengan kesalahan mereka.Dalam hal ini, ISA tidak punya keperluan tersebut (bicarakan tahanan),walaupun terdapat lembaga penasihat dalam akta tersebut,ianya seolah tidak berfungsi dengan sebaiknya.Lembaga penasihat hanya bertindak menasihat Menteri dan keputusan pembebasan tetap ditangan Menteri! Lagipun,tidak adil pada tahanan yang tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi terpaksa merayu seolah mereka benar-benar bersalah.



Disinilah terpamer kepincangan akta keselamatan dalam negeri atau ISA.Tiada jaminan ianya tidak disalahguna oleh mereka yang berkepentingan politik.Pemerinta boleh menggunakannya untuk memusnahkan pesaing politiknya hanya dengan melakar pertuduhan dan menahan mereka selama mungkin.Pertuduhan itu pula tidak akan dibicarakan dan rakyat tidak akan tahu samada ianya benar bersalah atau tidak.Media perdana pula akan menjadi Platform pemerintah untuk menjalankana propaganda mereka.Rakyat akan dimomokan saban hari,kononnya sitahanan sememangnya seorang yang ganas.Adilkah itu?



Ada suara-suara yang mahu akta ini dikekalkan tetapi dipinda agar ianya relevan.Hmm...apakah jenis pindaan itu? apakah pindaan itu nanti akan diperuntukkan kepada tahanan bahawa mereka akan diberi ruang untuk dibicarakan? jika begitu apa perlu lagi Kem Tahanan Kemunting? bukankah sudah ada Penjara?



Ada juga yang cuba mengaitkan akta ini dengan isu ketuanan Melayu.Persoalannya,apakah Bangsa Melayu itu akan jadi hebat hanya dengan menahan tahanan tanpa diberi ruang keadilan padanya? ataupun bahasa mudahnya ialah menzalimi sesiapapun samada bangsa sendiri mahupun bangsa lain akan dapat menobatkan melayu itu menjadi Tuan? Jika itulah yang dimaksudkan oleh mereka yang menyokong akta ini, percayalah...Melayu akan dipandang hina dan dianggap bangsa paling zalim oleh bangsa sendiri dan bangsa asing.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan