Selasa, 28 Julai 2009

Nasib anak muda yang berani part 1

Aku tinggal dipersekitaran kampung diSungai Buloh, jarak waktu ke Kuala Lumpur melalui lebuhraya hanyalah sekitar 30 minit.Kawasan ini tidak terpencil,malah Hospital Sungai Buloh telah menjadikan kawasan ini agak terkenal.

Penduduk kampung ini kebanyakannya datang dari runtuhan setinggan pada lewat 80an dahulu.Tanah lot diberikan oleh pemerintah dulu bagi menggantikan penempatan kami yang diroboh bagi tujuan pembangunan.Namun ianya tidak bergeran, selama hampir 20 tahun masyarakat disitu dihimpit dilema samada tanah ini akan dirampas semula ekoran pembangunan rancak yang berlaku disekeliling kampung tersebut.

Pada tahun 98,kampung ini juga terkesan dengan peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim.Makanya diatas rasa keinginan untuk berubah,masyarakat kampung menyahut agenda Reformasi dengan memilih untuk menubuh cawangan PAS disini.Disaat itu ahli UMNO hanya tinggal 3-4 orang sahaja,yang lain semua tekad berhijrah dan menuntut perubahan.

Masih segar dalam ingatan aku,tatkala surau kampung ini rancak dengan aktiviti kuliah dan tazkirah waktu itu.Pada masa itu ketua masyarakat kelihatan begitu tawadhu dengan perjuangan sehingga saban minggu menyediakan van untuk digunakan bagi mengangkut beberapa rakan untuk kemana-mana majlis ceramah PAS,PKR dan DAP.Ketua ini juga sanggup memarahi anak saudaranya pada praya umum bilamana anak saudaranya cuba menggantung bendera UMNO.Beliau menyifatkan perbuatan menaikkan bendera UMNO seolah menyokong kezaliman pemerintah terhadap rakyat bawahan sepertinya.

Ingatan bahawa kampung itu tidak bergeran adalah bukti UMNO gagal membela nasib orang melayu! teguran keras ini menjadikan anak saudaranya terkedu.Walaupun begitu, pepatah yang mengatakan "langit tidak selalunya cerah" benar-benar sesuai dengan masyarakat kampung ini.Dek kerana gagal memahami peri pentingnya bersikap sabar dalam perjuangan.Akhirnya mereka tewas ditengah jalan...setahun awal sebelum berlangsungnya praya umum ke-12, mereka telah mengambil keputusan keluar PAS dan menubuhkan cawangan UMNO.Yang menariknya ialah,disaat memuncaknya nafsu mereka untuk menyertai UMNO,Beberapa ahli UMNO sejati dikampung itu pula bertindak keluar dengan menyertai PKR.

Anak muda kampung ini hanyalah sekadar pak turut,al maklumlah kurangnya maklumat disamping kurang memahami erti politik,telah menyebabkan mereka juga turut serta menyertai UMNO dengan menubuhkan cawangan Pemuda. Bagi mereka,dengan adanya cawangan pemuda UMNO tersebut,dapatlah mereka memperolehi Jersi Bola bagi pasukan bola sepak kampung itu.Hmm...dengan adanya cawangan inilah mereka dapat memujuk YB UMNO untuk bersimpati menghulurkan beberapa helai jersi dengan tanpa disedari oleh mereka, bahawa jersi dan segala kelengkapan dan keperluan bagi membangunkan Belia telahpun disediakan peruntukkannya.Oleh yang demikian,adalah menjadi kewajipan YB UMNO itu menyerah dan menyampaikan kepada semua belia tidak kira apa fahaman sekalipun dikawasannya itu.

8mac benar-benar menggemparkan, keputusan pilihanraya umum itu amatlah tidak terduga akal kita semua.Kejatuhan UMNO BN diSelangor telah menyebabkan masyarakat kampung aku juga gempar! siapa sangka pembangkang mampu mara sejauh ini? Anak-anak muda dikampung mula ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku, mereka yang dahulu ditegah agar jangan mendekati aku sudah mula berani melanggar perintah tersebut.Itupun setelah 2 tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri tersohor ini, Mereka mula belajar mengenai hak yang sepatutnya menjadi milik mereka.Hmm...Bertambah menarik lagi ialah umur mereka ini sekitar 18-23 tahun, maknanya mereka ini adalah dikalangan Putera UMNO.

Keberanian menyuarakan pandangan adalah suatu sikap yang aku cukup kagum dengan mereka.Pada mereka waktu ini, mereka sudah tidak mahu lagi mengikut telunjuk samada Pemuda mahupun cawangan UMNO lagi. Mereka mahukan perubahan! mereka tidak mahu diperbodohkan oleh picisan propaganda mainan UMNO!

Lantas tanpa diduga, setelah yakin bahawa kita harus berani berubah! mereka membuat keputusan mengistyiharkan keluar beramai-ramai dan menyertai PKR! Walaupun mereka tahu bahawa risiko berbuat demikian besar,antaranya ialah pemulauan ahli UMNO kepada mereka,namun berpegang kepada kata-kata"jika takut dengan risiko,usah bicara soal perjuangan" telah menjadikan jiwa mereka kental.

bersambung.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan