Isnin, 13 Julai 2009

HADIAH 100 HARI DARI AKU!!! PM RAKYAT!!!!

HADIAH HARIJADI 100 HARI!.....meneliti taburan hadiah Pie eiM tempoh hari sempena genap berkuasa agak menjengkelkan. Hadiah tersebut bukan milik rakyat sepenuhnya...tetapi lebih kepada ahli UMNO terutama para Ketua Bahagiannya yang kian terdesak. Pinjaman TEKUN jelas diketahui hanya layak dinikmati majoritinya adalah dari kalangan pengampu tegar UMNO,Manakala orang biasa akan terpaksa menjadi penagih ataupun pengemis dengan merayu bantuan itu daripada Ketua Bahagian UMNO ataupun JKKP.Hal ini menjadi perkara biasa walaupun sebilangan besar rakyat tahu bahawa wang tersebut diambil dari mereka sendiri melalui pembayaran pelbagai cukai.Oleh itu,sukar sekali untuk aku berasa bangga ataupun dihargai tatkala mendengar pengumuman Pie eiM itu.

Lebih menggusarkan lagi bila diberitahu, akan diwujudkan satu saham amanah yang digelar AMANAH SAHAM 1MALAYSIA....hati berasa gusar dan resah kerana melihat ASB masih terkial-kial menguruskan dana awam tersebut.KWSP dan LTAT juga kelihatan merangkak...dividen tahunannya masih rendah,yang pastinya kesemua tabung amanah ini menjadi tabung kecemasan penguasa tatkala berdepan dengan defisit belanjawan tahunan negara akibat kerakusan penguasa menjalankan projek mega tanpa perancangan rapi.

Berkenaan dengan kenaikkan indeks jenayah negara, aku agak hairan dengan langkah yang bakal diambil sipenguasa. Ini kerana, cadangan IPMC telahpun dibakul sampahkan oleh mereka.Justeru gagal meneliti dan melaksanakan cadangan suruhanjaya penambahbaikkan pasukan POLIS...apa lagi cara yang ada untuk memastikan indeks tersebut mampu mencatat penurunan? Hmmm...mungkin mereka akan menumpukan lebih banyak operasi barangkali.

Potongan memiliki kad Touch n Go dilihat hanya memperkayakan suku sakat kroni lebuhraya, dan harus diingat TOL masih kekal serta berkemungkinan dinaikkan lagi.3000 permit teksi diluluskan,hmm...satu lagi projek tanpa perancangan UMNO-BN...ketika ini lambakan teksi disekitar Kuala Lumpur telah mencecah hampir 9000 teksi.Kini ditambah lagi 3000...pergh... jenuhlah mereka bersaing.Walhal rintihan pemandu teksi yang memohon tambang dinaikkan sesuai dengan kehendak semasa tidak diendahkan.Hahaha...mana mungkin Pie eiM begitu berani menaikkan tambang perkhidmatan awam...jika dinaikkan sudah tentu kakitangan awam juga menuntuk kenaikkan gaji bagi menyesuaikan dengan kos sara hidup yang baru ini.Err...bagaimana dengan kakitangan swasta yang masih belum ditetapkan kadar gaji pokok mereka? huh....fahamlah aku mengapa Pie eiM mendakwa tidak cukup tempoh 24jam.

Pengumuman Pie eim berkenaan hadiahnya tidak boleh dikatakan mengejar populis,setuju! kerana hadiah itu kebanyakkannya untuk kroni sebaik beliau berjaya menghuni SRI PERDANA selama 100 hari tanpa gangguan sesiapa waimma dari Al-T**T**A sekalipun.Mungkin yang benar benar diberi kepada kita semua ialah penurunan caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang.Itu sahajalah hadiah untuk rakyat....Namun ianya tidak mengapa...kerana bukan rakyat yang memilih Najib menjawat jawatan penguasa tetapi perwakilan UMNO!

Justeru menghargai jasa dan pengorbanan para kroni yang berhempas pulas menurunkan Tok Imam hadhari..makanya hadiah ini berupa upah buat mereka semua...hahaha...itu semua perkara biasa... hmm...jikalau aku yang menjadi PM...tak sampai 100 hari aku sudahpun mengumumkan bukan hadiah tetapi tanggungjawab pemerintah yang amanah terhadap tanggungjawabnya..

pengumuman aku ialah

1- Mansuhkan ISA serta menutup kem tahanan Kamunting,manakala kesemua tahanan dibicarakan.

2.Menstruktur semula PDRM.

3-menetapkan gaji asas bagi kakitangan swasta sebanyak RM900 sebagai permulaan.

4-siasat kesemua laporan yang terperam,antaranya kes Memali,Video VK.Linggam dan banyak lagi.

5-Dakwat kekal digunakan dalam Pilihanraya.

6- Tol didalam bandaraya dimansuhkan.

7-PPSMI DIMANSUH SERTA-MERTA

8-Bantuan sekolah agama rakyat dikembalikan semula serta dinaikkan mengikut keadaan semasa.

9-mansuhkan AUKU bagi memberi ruang kepada mahasiswa menyuarakan pendapat.

10- Royalti minyak dinaikkan kepada 20% kepada setiap negeri yang mempunyai hasil tersebut.

11-segala perbadanan urus kemudahan asas seperti AIR,ELEKTRIK dan sektor perkhidmatan kesihatan serta pengangkutan diambil alih oleh kerajaan sepenuhnya.Hal ini bagi menjamin kebajikan rakyat 1 MALAYSIA terus terbela tanpa mengira kaum dan kedudukan.

cukuplah 11 dulu...haaaa....bila genap setahun mungkin lebih banyak lagi akan diberikan kepada kesemua rakyat Malaysia...hahaha itupun kalau aku jadi PM..apapun kita semua harus ingat...NEGARA INI BUKAN UMNO-BN PUNYA,INI NEGARA KITA,NEGARA RAKYAT!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan