Khamis, 30 Julai 2009

Serangan keatas BLOG ANWAR IBRAHIM!


Buat kali kedua berturut-turut, blog Anwar Ibrahim diserang virus. Serangan ini menyebabkan blog beliau gagal diakses oleh semua...baik Anwar sendiri sehinggalah kepada orang ramai. Serangan seperti ini pernah berlaku keatas blog Tun M suatu ketika dahulu. Mengikut dakwaan Tun, blognya diserang ekoran dari penguasa yang bimbang beliau mendedahkan lebih banyak kepincangan UMNO sekarang.

Mungkinkah serangan yang sama juga berlaku terhadap Anwar? apapun jika diteliti sikap beberapa pimpinan UMNO mutakhir ini, terutama diSelangor...kelihatan jelas juak mereka untuk kembali berkuasa. Pengakuan terbuka oleh seorang tokoh UMNO melalui kenyataannya sewaktu ditemubual oleh wartawan tempoh hari, beliau mengakui 'pelan untuk merampas sudah mula digerakkan. Selangor juga dikatakan amat penting untuk menyelamatkan UMNO, ini kerana Selangor merupakan negeri terkaya diMalaysia. Justeru memerlukan dana untuk menampung keperluan elitis UMNO serta menutup terus lubang-lubang rasuahnya dari terus terdedah, Selangor wajib dirampas!

Ramai taukey-taukey besar terduduk tatkala UMNO tumbang diSelangor, tanah-tanah yang menjadi tempat kediaman setinggan sebelum ini telah dijanjikan pada mereka.Namun kemenangan Pakatan Rakyat telah memusnahkan impian mereka untuk menjarah harta tersebut.

Kini pelan yang dipanggil PINTAS sudahpun digerakkan oleh Tuan-tuan UMNO, Matlamatnya ialah merampas Selangor dan menyelamatkan Pimpinan UMNO dari terus diserang oleh PR melalui kes-kes mereka sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan