Isnin, 30 November 2009

Sekitar kembara kesebuah perkampungan


Melalui lorong yang sempit dibelakang Hospital Sungai Buloh, sambil dikiri kanannya dipenuhi deretan kedai bunga dan pasu sehinggalah Dipenghujung lorong adalah panorama yang menarik,sebaik tiba dihujung jalan tersebut,kelihatan berdiri megahnya pencawang elektrik, disitulah kita harus membelok kekanan untuk melalui pengalaman seterusnya.

Awas bagi kenderaan mewah! jalan itu tidak bertar sebaliknya sebatang lorong tanah merah.Jika hujan tayar kenderaan bisa sahaja terbenam. Sebaik selesai melalui lorong sempit yang tidak bertar itu, dipenghujungnya akan terdapat sebuah perkampungan. Kenderaan boleh diletakkan diperkarangan surau kecil dan dhaif dari segi kelengkapannya.Disitu terdapat sebatang sungai yang mengalir tenang, untuk pengetahuan air sungai itulah digunakan oleh penduduk kampung untuk memenuhi tuntutan keperluan asas mereka.

Perkampungan yang kelihatan seolah diawal kemerdekaan 52 tahun yang lalu itu, dihuni seramai 20 keluarga. Dan mereka itu adalah masyarakat orang asli. Sayu mengenangkan nasib mereka yang begitu terpinggir sedangkan dikeliling kampung itu sedang pesat membangun. Timbul persoalan, apakah mereka menolak pembangunan?

Pertanyaan itu terjawab tatkala mendengar rintihan mereka semua berhubung nasib mereka yang selama ini dianggap sebagai isu terpencil. Layanan keatas mereka hanyalah sekadar melepas batuk ditangga oleh orang atasan.Mana mungkin mereka menolak pembangunan! permohonan untuk mendapatkan keperluan asas seperti air dan elektrik sudah berlanjutan beberapa tahun, tetapi sehingga kini ianya tidak dipenuhi diatas pelbagai alasan dangkal.

Menariknya selama kampung itu wujud, tidak ada seorang wakil rakyat yang mahu turun menjenguk kesusahan mereka. Mujur juga JAIS turun menjalankan tanggungjawab dengan mendatangkan agama suci islam, namun ianya masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan saudara baru itu.

Pertanyaan yang dianjurkan kepada aku oleh wakil masyarakat disitu cukup mengesankan. "Apakah saudara boleh membantu kami untuk menjalani kehidupan seperti saudara? hah! tersentak dengan pertanyaan itu lalu aku terus bertanya kepada orang tua separuh umr itu akan maksud pertanyaannya tadi.

Beliau lantas menjawap," kami orang asli juga punya keinginan untuk merasai kemodenan dunia masa kini. Kami juga mahu lihat kampung dan seluruh masyarakat orang asli maju sepertimana masyarakat yang berada diluar."

Tambahnya lagi," kami mungkin tidak upaya untuk membangun sepantas saudara, tetapi yakinlah asal sahaja adat dan tradisi kami tidak tergugat, kami sanggup buat perubahan demi kelansungan dan masa depan anak cucu kami."

Aku menyatakan padanya bahawa aku juga punya keupayaan yang terbatas, tetapi bak kata orang "dimana ada usaha,disitu ada jalannya", Aku yakin dan percaya bahawa cukup ramai masyarakat perihatin diluar sana yang sanggup membantu.Alang kan mangsa tragedi diluar negara lagi dibantu inikan pula saudara terdekat.

Kepada YB.Elizabeth ADUN merangkap Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga diucap setinggi tahniah diatas keprihatinan yang ditunjukan oleh YB. Kesanggupan YB mengadakan kenduri dengan menumbangkan seekor lembu semalam, cukup membuatkan masyarakat perkampungan asli berasa begitu dihargai. Harap pihak YB dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dapat menghulurkan bantuan sedikit sebanyak kepada masyarakat disitu bersesuaian dengan Tema "Selangor Negeri Berkebajikan" selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan