Isnin, 23 November 2009

Pengakuan Bala: UMNO cuba memendam berita


Kenyataan yang dibuat oleh PI Bala berhubung kes pembunuhan Altantuya, nampaknya langsung tidak disentuh oleh media tempatan. Pengakuan Bala bahawa beliau disogok dengan wang oleh adik Najib merupakan satu isu besar. Kenyataan tersebut sudah cukup untuk membicarakan semula kes tersebut diMahkamah, disamping itu juga SPRM harus menyiasat unsur rasuah dalam kes itu.


Malang sungguh bagi masyarakat bawahan yang tidak berupaya mendapat capaian internet, mereka ini sebenarnya amat dahagakan maklumat. Sebab itulah baru-baru ini ceramah Anwar dihalang oleh pihak Polis hanya kerana bantahan 30 orang pemuda UMNO!


Sebetulnya perkara sebegini telah menjadi lumrah diMalaysia. Lazimnya berita yang mampu menggugat penguasaan UMNO akan ditutup rapat, Manakala kes yang membabitkan pembangkang walau hanya melibatkan kehilangan sebiji telur ayam akan dicanang seolah kesalahan itu sudah tidak boleh diampun. Lihatlah kes yang membabitkan Anwar dewasa ini, tuduhan tersebut mendapat liputan cukup meluas dikalangan media tempatan. Gambaran diberi seolah Anwar sudah didapati bersalah! itu belum lagi serangan yang mengaitkan Anwar selaku agen negara asing.


Inilah cara UMNO semenjak 52 tahun mengamalkan politik pecah perintah dengan jayanya. Rakyat dimomokkan bahawa hanya UMNO lah satu-satunya yang mampu menjadi pembela. Sogokkan berita-berita propaganda dan retorik demi memberi gambaran bahawa UMNO adalah kerajaan dan kerajaan adalah UMNO! Sebab itulah rakyat kurang memahami hak mereka yang termaktub didalam perlembagaan. Pelbagai akta digunakan adakalanya telah menutup perlembagaan tersebut seterusnya undang-undang menjadi lebih tinggi dari perlembagaan.


Rujuk kepada kes mata lebam Anwar satu detik waktu dahulu. Berita tersebut cuba dipendamkan pada mulanya, tetapi percaturan itu silap bilamana Malaysia ketika itu telah dikerumuni wartawan asing. Akibatnya kredibiliti media tempatan jatuh merudum, dan bermula detik itulah rakyat mula mencari alternatif lain untuk mendapatkan berita sebenar.


Kini nyata UMNO tidak serik dengan taktik memendam berita, mungkin juga mereka ketandusan ilham bagi mencari jalan keluar. Aku punya keyakinan bahawa kes ini antara penyebab putaran ekonomi Malaysia lembab.Selain itu imej negara kini persepsinya begitu negatif sekali, selagi kes ini dipendam, selagi itulah indeks persepsi negatif tersebut akan melonjak.

1 ulasan:

  1. kalau lu nak cerita lakonan semula sila tunggu tayangannyer di Hong Kong..
    dalam siaran drama bersiri...
    hahhahahahah..

    BalasPadam