Isnin, 16 November 2009

KETUA UMUM UMNO MULA BERSUARA


Keputusan Kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat untuk melantik Ketua Umum PKR sebagai Penasihat Ekonominya telah mencuit perasaan Ketua Umum UMNO untuk bersuara. Seolah gagal menahan dendamnya, Mahathir memperlekehkan perlantikan Anwar Ibrahim dengan menyamakan tokoh itu dengan nilai RM1 yang merupakan elaun tetap jawatan tersebut.


Modal Mahathir masih sama iaitu mengulang kononnya Anwar mahu menerima pakej IMF sewaktu krisis ekonomi 97 dahulu.alahai... Anwar sudahpun menjawap isu tersebut diawal kehadirannya diParlimen tahun lalu. sila rujuk you tube berkaitan hal tersebut.


Pada aku, Mahathir yang merupakan ketua umum UMNO dewasa ini adalah merupakan Penasihat Bankrup yang sebenarnya. Jika Anwar dikatan bernilai seringgit, Mahathir pada aku langsung tidak bernilai. Melantik Mahathir menjadi penasihat ekonomi adalah merupakan perkara yang sia-sia. Ini kerana rekod bail outnya sudah cukup membuktikan, itu belum lagi dihitung beberapa syarikat GLC yang terpaksa bernafas dalam lumpur. Malah kebanyakannya sudah gulung tikar! Tentu rakyat masih belum lupa sepertimana Mahathir akan perihal muflisnya PERWAJA STEEL dahulu. Muflisnya PERWAJA dengan penuh misteri, ianya sehingga kini seolah sudah mati mengekori Eric Chia SELAKU PENGERUSINYA.


MAS,PROTON dan beberapa lagi syarikat GLC, Kini menunggu masa untuk menghembuskan nafas terakhirnya.MAS khabarnya hanya tinggal duit tunai yang mampu bertahan sehingga tahun depan sahaja untuk meneruskan operasinya. Almaklumlah MAS sudah tidak punya sebarang aset, Kapal yang adapun disewa dari syarikat lain sepertimana MAS terpaksa menyewa bangunannya sendiri.


Akibat dasar penswastaan yang sembrono dilakukan Mahathir 20 tahun lalu, kini kesannya mula dirasai generasi seperti aku. Aduhai....agaknya apalah khabar KTMB dan TNB? belumpun reda kegawatan GLC, Satu lagi syarikat yakni BERNAS tergadai! Katanya PM mahu merampas kembali syarikat beras nasional tersebut, malangnya bajet yang dibentangkan tidak menyebut langsung akan hal ini.


Bajet untuk pertanian dan industri makanan negara masih kecil berbanding cita-cita penguasa, bukti bahawa kata-kata semangat kononya rakyat didahulukan jelas merupakan retorik semata-mata tatkala mendengar Bajet F1 lebih tinggi berbanding Pertanian,makanan dan IKS. Inilah PM harapan Mahathir siKetua UMUM UMNO!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan