Jumaat, 13 November 2009

Masyarakat melayu harus bangkit dari lena "Ketuanannya"

Semalam aku sempat menghadiri satu jamuan di sebuah perkampungan orang asli, majlis yang dianjurkan oleh sebuah badan NGO turut menyelitkan sesi dialog bersama masyarakat. Aku begitu teruja tatkala mendengar ucapan seorang anak muda dari kalangan masyarakat orang asli yang mampu mengupas isu ekonomi dengan begitu baik.

Beliau mengambil contoh sistem "Kasta" yang menindas hak asasi kemanusiaan, walau sistem tersebut tidak dipraktikan diMalaysia - namun kehadiran sistem tersebut seolah dijalankan secara senyap. Pendekatan kononya atas dasar perihatin dengan penubuhan jabatan khas bagi memenuhi keperluan orang asli kelihatan tidak mencapai objektif sebenarnya.

Sikap menggembar - gemburkan kejayaan diatas inisiatif sendiri dikalangan masyarakat orang asli, hanyalah propaganda penguasa yang mahu menutup kelemahan mentadbir keperluan orang asli selama ini. Hakikatnya keseluruhan masyarakat orang asli masih kekal terpinggir dari arus pembangunan sekitarnya.Inikah 1Malaysia?

Aku juga diberi kesempatan untuk bersama membahaskan isu tersebut, Makanya aku menyentuh Persoalan mengapa perbedaan pendapat sering diraikan dalam emosi marah hanya kerana berlainan warna kulit? Sikap mendewakan bangsa sendiri dengan menggunakan alasan "Tuan asal tanah"semata-mata amatlah jelek. Sedang akhlak dan pemikiran bangsa semakin hari semakin nanar dibuai keasyikkan retorik tersebut.

Masyarakat melayu harus bangkit dari lena "ketuanan" ini, kita harus berdepan dengan cabaran semasa. Kita harus tonjolkan keperibadian serta keluhuran akal budi bangsa melayu yang utuh dan mampu memimpin serta mengutamakan keadilan. Bukannya berdiri diatas ketuanan dan menindas hak orang lain! Sikap berjiwa besar dan berhikmah pabila berdepan dengan perbedaan pendapat mampu membina tamadun besar. Kejayaan Rasullullah SAW juga banyak bergantung diatas sikap baginda yang sering merai sebarang kontradiksi dalam pentadbiran baginda.

Cara ini telah melahirkan persepsi yang baik terhadap Islam, dan persepsi ini bertambah baik bilamana Saidina Umar meneruskannya telah menjadikan zaman baginda digelar zaman emas.Oleh yang demikian, kita seharusnya bangga dipilih oleh Allah SWT untuk menjalani ujian selaku Khalifah dimuka Bumi ini. Panji Islam lebih mulia berbanding Panji Kebangsaan, Semua dari kita samada Melayu, India, Cina, masyarakat orang asli dan yang lain mulai detik ini harus bersama - sama bangun dan runtuhkan tembok dewa kebangsaan itu.

Dengan ini sebarang sistem yang menyerupai kasta tidak akan sesekali mampu mengambil tempat dalam pemikiran masyarakat semuanya. Menyentuh soal ekonomi, jurang diantara masyarakat kaya dan miskin detik ini dirasakan terlalu melebar. Seringkali diMalaysia, penguasa gemar mencorak dasar tapi gagal mengatur kaedah perlaksanaanya. Akibatnya dasar itu tempang dan masyarakat khususnya yang dibawah gagal mendapat manfaat hasil dari Dasar tersebut.

Burung lelayang tewaskan Naga
Tikus boleh robohkan kota
Tak akan senang hidup orang Kaya
Kalau simiskin dibiar Papa


Diakhir pertemuan semalam aku juga sempat menjamah nasi yang dimasak menggunakan buluh.Waduh pak enak sekali!

1 ulasan:

  1. BAYANG KAN ORG SEPERTI KAMIK PON PAHAM.. TAPI GOV PULAK BUAT2 TAK PAHAM.. HAMPAS BETUL

    BalasPadam