Paparan Utusan milik UMNO hari ini menukilkan keluhan bekas Pengarah BPR ( SPRM) Negeri Sembilan, keluhan itu berhubung larangan Mahkamah kepada SPRM agar proses penyiasatan hanya dibenarkan diwaktu pejabat sahaja. Beliau mendakwa SPRM akan lemah jika hanya dibenarkan menjalankan siasatan diwaktu pejabat. Tambahnya lagi, saksi atau tertuduh akan mempunyai masa untuk memalsukan segala dokumen berkaitan dan mungkin juga lari dari penyiasatan. Alahai...
Alasan bekas Pengarah tersebut amat dangkal sekali, apatah lagi beliau merupakan penjawat awam. Malang sungguh Kerajaan! Pada hemat aku sebagai orang awam yang tidak punya kedudukan serta cetek ilmu ini, untuk menaikkan imej dan intergriti SPRM, Suruhanjaya itu haruslah benar-benar bebas. Meletakkan SPRM langsung dibawah kendalian Parlimen adalah jalan sebaiknya.
Keyakinan masyarakat terhadap SPRM akan pulih jika tiada lagi campur tangan dari JPM mahupun KDN. Panel khas juga haruslah seimbang dari segi pemilihanya manakala kuasa mereka hendaklah mencerminkan tahap profesional terhadap kepentingan awam.
Jika ini dapat dilakukan, tiada sebab untuk SPRM mengeluh tentang waktu soal siasat yang terbatas. SPRM harus faham akan tuntutan hak asasi kemanusiaan. Menyiasat dengan menyoal suspek semalaman boleh menyebabkan trauma dan paling buruk kesannya ialah suspek mungkin hilang pertimbangan akal. Dinilah timbul persoalan dan keraguan berhubung pengakuan suspek dalam sesuatu kes. Ianya mungkin dibuat dalam keadaan separuh sedar atau suspek terdesak kerana tidak tahan dengan deraan mental sedemikian.
SPRM juga harus faham makna "suspek" dan "saksi" tatkala melakukan penyiasatan. Mereka ini tidak boleh dilayan selaku pesalah sesuai dengan ungkapan "seseorang tidak dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah oleh Mahkamah".
Jika cadangan aku ini dipraktikkan, aku jamin lambang harimau itu akan digeruni, berbanding sekarang harimau itu hanya dipandang laksana seekor kucing Parsi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan