Sementara banyak parti-parti politik sibuk mengemas rumah masing-masing, aku lebih tertarik dengan satu konvensyen parti pembangkang diMalaysia. Konvensyen ini begitu mencabar lanskap politik tanahair yang telah sekian lama dihiasi garisan sempadan. Ianya juga menarik kerana konvensyen itu melibatkan parti-parti yang memperjuangkan penutupan garisan sempadan itu dalam keadaan rumah mereka maseh bingit dengan kerja-kerja mengemas. Ini kerana dalam rumah parti-parti itu pun juga kadangkala terdapat garisan kecil sempadan yang menyerupai garisan sempadan besar.
Oleh yang demikian, kesediaan untuk berkonvensyen amatlah dipuji.Keputusan PRU-12 harus dijana sebaik mungkin, walau kita semua tahu bahawa rakyat membuat keputusan tersebut berdasarkan emosi amarah mereka terhadap penguasa. Makanya suatu usaha bersungguh untuk menyakinkan rakyat terhadap parti pembangkang hendaklah ditonjolkan.
Dalam konvensyen ini, sudah tentu terdapat isu panas yang akan dibincangkan. Mungkin tidak keterlaluan jika aku kata bahawa makna perubahan itu sendiri tidaklah dihadam secara serius oleh semua parti tersebut. Apatah lagi "Ketuanan Rakyat!", ini kerana maseh ada segelintir wakil rakyat yang gemar diangkat dan dirai selaku YANG BERHORMAT dari menjadi YANG BERKHIDMAT!
Lantaran itulah aku menyokong penuh diadakan konvensyen terbuka bagi kita semua mencari titik temu dalam merungkai semua kontrakdiksi yang sekian lama membelenggu kita semua. Konsep Pakatan Rakyat harus digarap sebaik mungkin agar ianya benar-benar rakyat!! Semuga usaha keras ini akan menjadi pemangkin kewujudan negara bangsa dan musnahlah tembok pemisah antara kita.Terutama sekali tembok atau tunggul mati yang sering mengelilingi YB, mereka ini cukup menyesakkan.Mantera Waampu sana waampu sini jika tidak ditangani sebaik mungkin ianya bisa meruntuhkan impian rakyat!
Akhir kalam, selamat berkonvensyen wahai orang orang politik sekalian!
saudara eddie putra,
BalasPadammenyoong tu apa?
"menyokong" maaf sdr kerana kesilapan ejaan tersebut. ini semua kerana cuba menyaingi masa dengan menaip laju.
BalasPadammaaf sekali lagi.
Akum,
BalasPadamkan dah kena ngan cikgu tatabahasa....
Konvensyen ari tu tak dapt pegipun...kena balik kampung nenek sakit....
Tapi aku tau apa ucapan DSAI ari tu....
Salam
A+A
padai ckp-pandai mengarah-mcm sekuriti gat je
BalasPadam