Angin kencang bertiup membawa segumpal berita dari Putrajaya dan ianya cukup menggusarkan para pembesar negara. Disana - sini sudah mula ada kelompok yang bersidang mengomel akan perihal kesahihan berita angin tersebut.
Petang semalam aku berkesempatan minum teh dengan seorang rakan disekitar ibukota. Minum petang ini sengaja diatur bagi membolehkan rakanku ini menceritakan padaku akan perihal yang bakal berlaku dalam masa terdekat ini. Menurut rakanku ini yang mempunyai akses mudah kedalam pemerintahan penguasa masa kini, akan berlaku rombakan kabinet dalam waktu terdekat ini.
Sulaiman anak kepada Taib Mahmud akan dihantar pulang ke Sarawak bagi mempersiapkan dirinya bertanding kerusi DUN sekaligus menggantikan ayahandanya selaku Ketua Menteri Sarawak. Sementara itu, Khairy Jamaludin akan diangkat menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Hishammudin sepupu kepada Najib bakal dinobatkan selaku Menteri Belia dan Sukan.
Menteri Dalam Negeri akan disandang oleh Idris Jala dan ini akan menamatkan era termenungnya selama ini ekoran beliau telah lama menjadi Menteri yang tidak berportfolio.Mukhriz juga khabarnya akan diturunkan di Kota Siputeh bagi menjadikannya Menteri Besar Kedah seandainya BN merampas negeri jelapang padi itu dari Pakatan Rakyat.
Manakala hadiah untuk Muhyiddin dari Najib ialah melantik Syed Hamid Albar menggantikan Hassan Merican di Petronas.Hmm... nampaknya Muhyiddin perlu kerja lebih keras selepas ini. Bagi semua percaturan yang digembar - gemburkan ini, rakanku lantas bertanya samada aku nampak sesuatu dalam percaturan baru Najib ini. Sambil menghirup teh pudina, rakanku itu sempat menjeling melalui anak matanya menanti jawapan dari aku yang sedari tadi berkerut dahi memikirkan akan makna disebalik soalannya tadi.
Hmmm....apa muslihat ini semua? benarkah akan berlaku rombakan sedemikian? hoooo.....pening!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan