Sabtu, 23 Ogos 2008

PPAUH:harapan baru untuk Merdeka!

Walaupun mengkudakan beberapa kerat bekas oportunis keADILan dalam kempennya, nampak UMNO semakin terdesak. Cubaan mengheret dan menunggang Ezam tidak berhasil menarik pengundi PPauh masuk keperkarangan ceramah UMNO.

Lalu menjadi kebiasaan UMNO menghadapi situasi mendesak, serangan peribadi keatas Anwar mula diperhebatkan. Media arus perdana mula meningkatkan serangan, sesuai dengan kapasitinya selaku kuda tunggangan UMNO-BN. Digambarkan seolah persaingan antara Anwar dan Omar Shah semakin sengit dan ada kemungkinan UMNO akan menang dengan majoriti tipis diPPauh.Alahai...

Sebenarnya apa yang dikatakan sengit ialah taktik kotor UMNO dalam mengharungi tempoh berkempen. Sengaja dicipta propaganda kononnya ikatan Pakatan Rakyat mulai goyah agar menutup kelemahan sebenar UMNO-BN, tidak cukup dengan itu dikerah UTK dan Komando 69 berkawal bagi tujuan menampakkan keganasan penyokong Pakatan terutama keADILan.(kononnya)

Kesemua taktik ini diguna bertujuan menggagalkan langkah Anwar bersama Pakatan ke Putrajaya,sememangnya setiap penguasa Zalim tidak akan melepaskan kuasa dengan begitu mudah.

Oleh yang demikian marilah kita anjurkan sembahyang hajat diseluruh negara bagi memohon perlindungan dan permudahkan perjalanan perjuangan ini.

Buat rakyat PPauh, kami meletakkan harapan baru untuk Malaysia kepada anda, Kami amat berharap anak jati PPauh(cherok to'kun) yang telah banyak berkorban bagi membela nasib rakyat selama ini,kembali menerajui pemerintahan negara yang kian parah .

Jadikanlah sambutan 31 ogos kali ini MERDEKA dalam erti kata bebas yang sebenar!

1 ulasan:

  1. Betul tue, harapan begitu mengunung di harapkan dan disandarkan ke rakyat di Permatang Pauh. Biarkan mereka menyerang peribadi tetapi kita tetap bercakap tentang perjuangan dan matlamat kita, biarkan mereka gunakan segala jentera media mereka, tetapi mereka terlupa salah satu sebab kekekalahan mereka di PRU 12 sebab kesombongan media dalam berkempen....

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam