Khamis, 21 Ogos 2008

tetap terus berjuang!


Rasa terharu bila membaca komen pengunjung yang memberikan respon pada artikel "rintihan seorang pejuang...", Artikel tersebut merupakan luahan rasa seorang teman yang ada persamaan dengan perasaan aku terhadap perjuangan ini.Persoalannya adakah aku akan "berhenti berjuang?" jawapannya TIDAK!.


Aku sama sekali tidak bermaksud untuk berhenti dari perjuangan ini, mana mungkin setelah berhempas pulas selama 10 tahun sampai dihalau keluar oleh ayah yang bermazhabkan UMNO mahu berhenti begitu sahaja. Aku hanya mahukan kebebasan dalam perjuangan, Langkah awal aku dalam menuntut keADILan bermula dengan gerakkan AKTIVIS, Maka bila aku diangkat kepentas politik, aku mula lemas.


Perjuangan dalam kerangka politik cukup menyesakkan aku, terlalu banyak protokol yang perlu dipatuhi, adakalanya protokol itu hampir tak masuk akal. Dalam politik juga aku harus memilih untuk menjadi "orang kem" samada kem A atau kem B, Sedangkan aku punya pendapat kedua kem tersebut sama hebatnya.


Lantas aku membuat keputusan untuk berhenti, maksudnya berhenti dari jawatan parti bukannya "perjuangan", keputusan ini ditentang oleh semua teman seperjuangan, mereka mahu aku fikir semula,hmm...


Dalam proses "fikir semula" ini, aku ada mendapatkan pandangan dari tokoh-tokoh pimpinan atasan. Mereka juga mahu aku "fikir semula", Baiklah aku fikir semula..Dalam tempoh aku "fikir semula",timbul ilham dalam kepala aku untuk menubuhkan satu gagasan pemikir.

Memandangkan Dato Seri Anwar amat pentingkan ilmu dalam melayari bahtera perjuangan, Maka aku asaskan satu kumpulan yang pada mulanya digelar kumpulan pemikir, tujuannya untuk menggerakkan satu pemikiran baru untuk anak muda malaysia bagi membantu memacu negara kearah kegemilangan.


Kumpulan ini menarik minat salah seorang AJK Dewan Ulama PAS Negeri Selangor untuk bersama-sama dalam perjuangan ini. Memandangkan ilmu beliau yang tinggi, aku memberi laluan kepadanya untuk menerajui kumpulan ini sedang aku bertindak selaku timbalannya.


Hasil diskusi bersama, aku menukarkan nama kumpulan ini kepada "Group Pemikir Muda" agar ianya melambangkan suara anak muda. Sebaik ia ditubuhkan, kami banyak berdialog tentang isu semasa,Walhasil lahirlah satu buku dari pemikiran kami yang cetek ini hasil nukilan Ustaz Wanji Al-Bakistani:-KERAJAAN PAKATAN RAKYAT dari kacamata siasah syariah.


Buku ini kami lancarkan di Muktamar Pas diIpoh baru-baru ini, Selain dari Y.A.B ir.Nizar,Dr.Dzul, dan ramai pimpinan Pas Pusat yang memiliki hasil kerja kami ini, Dato Seri Anwar Ibrahim juga antara tokoh yang telah memiliki buku ini.


Buku ini merupakan langkah awal dalam menggerakkan pemikiran anak muda kearah ilmiah. Mungkin selepas ini buku aku akan dilancarkan pula siapa tahu. Justeru itu aku menyeru semua anak muda Malaysia agar menyertai wadah perjuangan ini, Group pemikir muda memerlukan idea segar saudara sekalian demi mengharungi perjuangan yang tidak berkesudahan ini.




8 ulasan:

  1. SAUDARA...

    Alhamdulillah...saudara tidak akan berhenti dari perjuangan. Mungkin saya salah faham dengan artikel yang saudara tulis bagi tajuk 'rintihan seorang pejuang". Jika saudara 10 tahun dalam perjuangan bermakna saya dalam lingkungan saudara semasa era reformasi dahulu. Mungkin juga saudara adalah siswa yang turut sama melaungkan reformasi, maka samalah dengan saya pada masa itu, cuma mungkin langkah saudara lebih berani...oleh itu, teruskan perjuangan saudara, laungkan reformasi..susah senang biar golongan kita menentukan hala tuju negara ini..teruskan memberi info!!!!!!

    TERIMA KASIH BANYAK SAUDARAKU!!!!

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum...

    Bila baca blog ni pagi tadi saya sangat suka artikel anda..Bila saya baca artikel di bawah seperti artikel Ezam, mungkin saya dah terlewat memberi komen tetapi saya sangat suka kerana banyak-banyak blogger, artikel dari blog anda berlainan sedikit. Lebih santai serta menggunakan bahasa mudah dan tidak meleret-leret..mungkin anda reformis sebagaimana apa yg anda tulis tetapi kerana saya baru membaca 4 dari beberapa artikel anda saya boleh bagi anda 5 bintang.

    Teruskan menulis..dan bagi info kerana artikel anda yang terbaik setakat ini berbanding artikel mana-mana blogger yang saya baca.Banyak info baru dan yang paling logik di terima akal.

    Kalau boleh tumpukan dengan kes Ezam, kerana selain blog Sjankan chedet_unlimited yg menyentuh bekas orang kuat DSAI ni (cuma satu artikel sahaja selebihnya menyentuh Tun M), anda orang kedua yang memberi info tentang beliau dan sehingga kini orang ramai tertanya-tanya kenapa Ezam keluar dari Parti Kedilan dan berhenti menyokong DSAI sedangkan beliau sanggup berkorban dan orang terawal yang membela DSAI sejak kes pemecatan pd tahun 1998.

    Saya percaya jika saudara berterusan dengan gaya dan konsep penulisan dan info yang orang lain jarang dan tidak terfikir untuk sentuh, sudah pasti saudara boleh menarik orang ramai melayari blog saudara sekaligus menyebarkan maklumat-maklumat yang disembunyikan pihak tertentu selama ini.

    SHANA

    BalasPadam
  3. Kat mana boleh dapatkan buku ini? berapa harganya? kat kedai buku, senang x dapatinya?

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam
  4. Salam saudara Eddieputra,

    Tahniah atas perluncuran buka tersebut.

    Saya turut berasa bangga atas perjuangan saudara. Catatan saudara dalam posting pertama saudara telah beberapa kali ulangbaca, lantaran tercuit dengan sentuhan jiwa kental nan murni yang saudara punyai.

    Semoga ALLAH swt merahmati saudara serta keluarga.

    Salam takzim.

    BalasPadam
  5. salam...
    Saudara...ada tak artikel baru? tak sabar nak baca..masuk ni dah lima kali saya buka blog saudara..tak sabar nak baca artikel baru..tahu tak kes Najib di Port Dickson? saya baca ura-ura ni dalam blog Sjankan..tapi sehingga kini tak dapat dipastikan kesahiannya...yelah DSAI kata jika Najib tak berhenti memfitnahnya dia akan buka kes Najib di Port Dickson..

    SHANA

    BalasPadam
  6. Salam perjuangan !

    Bagus, gaya bahasa yang simple. Mudah difahami.

    Alhamdulillah, rupanya ramai pelapis pejuang yang kita ada.

    Perjuangan belum selesai !

    fairuzhafeez

    BalasPadam
  7. terima kasih teman-teman sekalian..

    BalasPadam
  8. Eddie,

    Tahniah untuk Blog yang hebat,
    Teruskan.

    Atie/abot

    BalasPadam