Isnin, 18 Ogos 2008

TERIMA KASIH EZAM!!

Dalam setiap ceramah Ezam sejak dinobatkan selaku ahli UMNO mutakhir ini, tampak menyakinkan rakyat untuk terus menjulang PAKATAN RAKYAT ke putrajaya sekaligus menghantar UMNO-BN ke "Penjara".

Keyakinan ini disebabkan dakwaan ezam yang bersungguh mengatakan bahawasanya beliau "Pernah nampak! fail yang mengandungi bukti kekotoran UMNO yakni rasuah para pemimpin duat tersebut, tersimpan rapi dan sedia untuk didedahkan oleh Anwar."

Ini bermakna Anwar tidak omong kosong selama ini. Pastinya berita ini amat menggusarkan sang penguasa, justeru mereka menggelijat bilamana terbayang Anwar Ibrahim dimasyurkan menjadi PM, dan mereka akan diiring ke PENJARA! Lantas direncana pelbagai perencanaan demi mengagalkan Anwar.

Apapun amat wajar diberikan ucapan terima kasih pada Ezam, sungguhpun Ezam sudah melutut kepada UMNO. Namun masih berani nyatakan kebenaran tentang kerakusan penguasa memunggah khazanah Negara demi kepentingan perut dan tengkuk mereka.

Marilah kita panjatkan doa kepada ilahi agar beri kemenangan pada Anwar. Kiranya Anwar dinobatkan selaku PM ke-6, maka 6 kotak tersebut sudah boleh dibuka.Ini janji Ezam yang bukan saja pernah nampak tapi pernah memikul kotak-kotak tersebut.


1 ulasan:

  1. Sememangnya perlu sangat2 ezam buktikan tentang kotak2 tersebut, mula terfikir adakah kemasukan ezam ke dalam UMNO umpama duri dalam daging untuk UMNO?

    Mcm mana nak dapatkan buku KERAJAAN PAKATAN RAKYAT dari Group Pemikir Muda?

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam