Isnin, 25 Ogos 2008

SYABAS IMAM RAMLANG!

Aku terima satu sms jam 11 malam semalam, bunyinya "sori eddie,betulla apa ko cakap."Ramlang x salah!" aku salut kat die skang". Begitulah antara sms dari teman-teman seperjuangan.

Seawal tragedi sumpah diMasjid Wilayah yang lalu, aku langsung tidak punya prasangka terhadap imam disebelah Saiful. Tumpuanku lebih kepada ungkapan sumpah Saiful dalam acara "Mubahalah" tersebut.Pada aku Imam Ramlang hanyalah merupakan watak tambahan dalam plot drama tersebut, laksana rencah masakkan, Kehadiran imam Ramlang sekadar menjadi bahan penyedap drama agar nampak menarik ditonton seisi keluarga. Jadi tidak perlu diulas panjang akan hal tersebut.

Aku hampir bertekak dengan seorang teman tentang hal imam Ramlang,Temanku langsung tidak boleh menerima kelibat Imam Ramlang dalam Drama "Mubahalah" tersebut. Aku nyatakan pendirian aku terhadap imam Ramlang, bagi aku beliau "teraniaya" dengan mainan politik bankrup UMNO-BN.Hanya kerana beliau duduk disebelah Saiful dan membetulkan kalimah sumpah "LAKNAT" itu, segala hal yang berkaitan dengan Imam Ramlang dicungkil keluar. Ini tidak adil untuk Imam kesembilan Masjid Wilayah tersebut.

Sebaik sahaja peristiwa "Mubahalah" selesai,Imam Ramlang langsung tidak membuat sebarang kenyataan berhubung sumpah LAKNAT itu.Malah aku tertarik dengan kenyataan awal Imam Ramlang bersabit cemuhan yang dilempar terhadapnya melalui internet,-"Saya memang ahli UMNO, Saya masuk sekitar 2003 atas sebab-sebab terdesak".Walaupun kenyataan tersebut biasa kita dengar BAHAWA lazimnya ahli UMNO akan diutamakan bilamana mahu memohon bantuan atau pekerjaan dijabatan kerajaan, tapi bila diungkap oleh seorang Imam yang masih dibayar upahnya oleh penguasa gila,ianya menggemparkan aku, seolah ada sesuatu yang tidak kena dengan Imam Ramlang,seolah ada sesuatu yang disembunyikan.

Persoalan yang bermain dibenak fikiran mula terungkai malam tadi, Imam Ramlang bangkit dan melaungkan kebenaran dihadapan rakyat P.Pauh. Beliau nyatakan "Pembantu khas Najib merupakan orang yang mengatur adegan Sumpah tersebut, Malah kehadiran Imam Ramlang didalam Drama LAKNAT itu atas paksaan majikannya yakni "orang atasan".

Imam Ramlang juga dengan berani menyanggah sumpah Saiful dengan mengatakan ianya TIDAK SAH!. Imam muda yang dikatakan antara ahli pergerakkan Pemuda UMNO ini juga memohon maaf terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz diatas penglibatannya dalam majlis LAKNAT yang tidak direlakan oleh hati dan perasaannya.

Untungnya aku menjadi antara puluhan ribu rakyat yang menyaksikan keberanian Imam Ramlang diP.Pauh, ianya cukup bersejarah. Kejadian ini tentunya mengundang perasaan gelisah dihati penguasa, media karut tungangan UMNO-BN nampak enggan melaporkan peristiwa kebenaran ini. Dengan pengakuan terbuka Imam Ramlang berkenaan drama tahyul "Mubahalah" anjuran penguasa UMNO, laluan kePutrajaya semakin luas.

Semoga seluruh Imam-imam,ustaz-ustaz dan ulama-ulama yang masih dibawah telunjuk UMNO bangkit menentang kezaliman! bangkit menegakkan kebenaran!

Allahhuakbar!

3 ulasan:

  1. salam...

    Orang sabah macam tu la...sekejap dia jadi mcm tu sekejap jadi mcm ni...tp dalam kes ni, inilah orang yg takut akan kekuasaan Allah swt...dosa kita di dunia bakal di hitung nanti...hanya mereka yg rasa boleh hidup 10 tahun lagi yg tak takut kuasa Allah swt..apapun saudara, tahniah sebab pendedahan ini..kira berita bagus bg saya yang tiga hari bercuti dan tak tahu apa-apa news...

    SHANA

    BalasPadam
  2. Sememangnya ini satu bonus utk PKR, kalaulah sudah ditakdirkan PKR menang, si mamat ini akan menjadi salah satu penyumbang besar kemenangan PKR.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam
  3. salam...
    mana new article????penat tunggu

    BalasPadam