Khamis, 28 Ogos 2008

MAHATHIR DILEMA.

Dengan mendapat mandat terbesar dari rakyat PPauh yang mewakili seluruh rakyat Malaysia, Anwar kini selamat keParlimen.

Peristiwa ini merupakan sejarah buat rakyat Malaysia, Namun tidak pada insan yang bertanggungjawab mengangkat Anwar ke mahligai dan kemudiannya menghumban Anwar kepenjara.

Insan yang dimaksudkan ialah Mahathir yang kini bergelar Tun setelah pencen dari jawatan Perdana Menteri. Tidak seperti warga pencen yang lain, Mahathir masih berminat dengan percaturan politik tanahair.

Ulasannya selepas melihat kemenangan bekas anak emasnya diParlimen PPauh sudah boleh diagak. Mahathir tidak mempertikaikan kemenangan Anwar malah sudah menjangkakannya, tetapi tidak mengganggap ianya keputusan rakyat yang mahukan "perubahan" kerajaan keseluruhan, namun tetap menganggap ianya satu isyarat pada pakLah untuk berundur bagi memberi laluan pada Najib.

Mahathir mendakwa kononnya rakyat PPauh mengalami apa yang disebut "dilema". Kononnya rakyat tidak mahu pada Anwar tapi tidak punya pilihan kerana mahu memprotes kepimpinan Pak Lah.

Pada aku yang berada bersama pejuang perubahan diPPauh tempoh hari, jelas rakyat tidak mahu lagi pada UMNO-BN, suasana selepas tutupnya pusat mengundi kelihatan seperti menyambut kepulangan Tunku dari London membawa "Kemerdekaan". Anak-anak bersama ayah dan ibu memakai topeng Anwar sambil mengibarkan bendera keADILan dan Malaysia. Mereka sekeluarga berdiri disepanjang jalanraya dengan laungan REFORMASI!.

Baik Cina, India dan Melayu turun ke jalanraya menuju kepusat kiraan undi Maktab Tunku Bainun bagi mendengar keputusan rasmi, sudahnya jalanraya sesak teruk. Disana sini kedengaran hon kenderaan bagi menandakan kegembiraan mereka yang menyusuri lebuhraya BKE.

Nah! inikah apa yang dikatakan Mahathir sebagai DILEMA?

Sebenarnya pemimpin UMNO-BN yang sedang dilanda Dilema, Dilema mereka melihat saat kejatuhan rejim UMNO-BN dan kebangkitan rakyat! Mereka berada dalam situasi dilema mencari pemimpin yang boleh menyaingi aura pimpinan PAKATAN RAKYAT.

UMNO-BN sudah ketandusan tokoh,buktinya mereka mengusung bekas orang PKR kehulu hilir bagi mendapat undi .Malangnya bekas orang kuat itu ibarat "ubat yang telah tamat tempohnya", Sumpah mereka menjadikan rakyat semakin benci dengan UMNO-BN keseluruhannya.

Mungkin sudah sampai masanya Mahathir memilih negara yang mahu dijadikan tempat permastautin tetapnya. kerana tinggal beberapa minggu lagi kita akan berada ditarikh 16 September....

6 ulasan:

  1. salam...
    Saya respect saudara..bila saya minta saudara tulis artikel baru, saudara akan buat. Mungkin juga memang saudara mahu menulis artikel baru tanpa perasan permintaan saya sebelum ini.

    Terima kasih dengan artikel ini, huraian yang berbeza, lari dari kebanyakan blog yang pro PR. Baguslah juga sebab saudara cuba lari dari kebanyakan blog-blog pro PR dan menumpukan kepada kes yang jarang di kupas.

    Berbalik kepada isu Tun, saya bersetuju 100% kerana saya orang yang Pro DSAI...Kenapa Tun tak suka DSAI..kerana dia khuatir DSAI akan jadi PM dan segala kepincangan yang dia buat akan didedahkan kepada umum ataupun Tun takut masuk penjara. Ye lah..usia Tun pun dah lanjut..

    Kenapa pulak dia tak suka Pak Lah? sedangkan Pak Lah yang di lantiknya bukan Najib..sebab Pak Lah banyak membuat keputusan yang boleh mendedahkan kepincangannya. Contoh paling dekat DSAI dibebaskan. Dan kenapa pulak dia suka Najib walaupun dia tahu "Playboy Malaysia" ni tak clean, sebab hanya Najib yang mampu menyembunyikan kepincangan semasa pemerintahannya dulu. Senang saja kan???

    Apapun saudara, terima kasih kerana terus menulis. Teruskan usaha anda....

    BalasPadam
  2. Terima kasih kepada saudara kerana artikel ni. Susah menidakkan kehebatan TDM, kerana rakyat telah dimomokkan dengan pembangunan yang beliau buat semasa pemerintahnnya..bagi rakyat dia tetap bagus..ini berlaku kerana media kita tak bebas dan dikongkong sepanjang masa. Mereka di tuduh tidak patriotik jika tak sokong UMNO BN.

    Bagi yang merdeka kan minda, mata dan telinga maka TDM boleh dianggap baik dari segi zahirnya, buruk dari sudut dalamannya kerana pada zaman beliau lah bermula rasuah di kalangan ahli UMNO, ahli UMNO takut memberi pandangan..ketua salah mereka cakap belakang, bila berdepan mereka mengangguk..

    Apa yang TDM tulis dalam blog dia sebenarnya menceritakan keburukan zaman pemerintahannya bukan zaman Pak Lah.

    BalasPadam
  3. Good article.....

    AKU MELAYU

    BalasPadam
  4. Ha Ha...Tun mesti mengamuk bila baca artikel ni...anak dia Mukhriz mesti gugur rambut sebab terkejut bapa dia terpaksa menetap dekat India

    -WS-

    BalasPadam
  5. Betul ke Mahathir macam ni....
    Confuse aku..

    BalasPadam
  6. Aku bersetuju dengan artikel ini, bagi aku Tun ini masih lagi mahu mempopularkan diri beliau yang populiritinya semakin menurun dan rakyat tidak lagi memperdulikan beliau. Beliau sekarang seperti menyalahkan diri sendiri kerana menurunkan orang yang berkaliber dan menaikkan orang yang tidak berkemampuan dalam apa segi pun. Tun merupakan pemimpin dan ahli politik yang bagus tetapi tersilap dalam penilaian manusia. Keupayaan Tun sama handal dengan DSAI. Tiada siapa yang boleh mengalahkan mereka apabila mereka menjadi regu. Lihat sahaja buktinya dalam tahun 1982 - 1998.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam