Jumaat, 29 Ogos 2008

saat diambang Merdeka...

Tanggal 31 0gos, Saban tahun seluruh rakyat Malaysia akan menyambutnya sebagai hari Merdeka. Kerajaan pula akan mengeluarkan peruntukkan jutaan ringgit bagi membeli bendera dan diagihkan pada rakyat secara percuma untuk Dikibarkan dikediaman , pejabat serta kenderaan masing-masing.



Kemudian direncana aktiviti yang kononnya bercorak patriotic,sesuai dengan apa yang disebut sebagai "Modal Insan", kerajaan prihatin akan menjemput para artis dalam dan luar Negara untuk membuat persembahan, tepat jam 12 malam percikan bunga api mula menyinari ruang udara ibukota menandakan “kita sudah merdeka”.kesemua acara Retorik ini berlanjutan hingga ke pagi.



Anak muda pula kebanyakkannya menghabiskan masa dikelab malam sambil menyanyikan lagu Negaraku dengan tangannya memegang arak. Remaja tidak melepaskan peluang malam yang penuh makna ini,mereka berlumba- lumba menyedekahkan darah dijalanraya.

Media bertindak selaku agen informasi, pelbagai hiburan disusun demi mencapai rating tertinggi. Filem,dokumentari dan cereka berkaitan Merdeka sentiasa disulam dengan aksi para artis dalam dan luar Negara yang adakalanya menjelekkan. Para anak seni yang sememangnya berseni hanya diberikan slot ringkas sekadar mendeklamasi sajak dan puisi-puisi berkaitan kemerdekaan.

Manakala artis segera yang hanya popular dengan cerita sensasi dijulang laksana pahlawan. Mereka ditunggang semahu mahunya oleh media bagi mengaut keuntungan, dianjurkan pelbagai bentuk kuiz kononnya untuk senaman minda penonton, maka berpusu-pusulah yang menelefon dan menghantar SMS bagi menjawab soalan dangkal demi meraih hadiah yang tidak seberapa. Manakala sang artis segera akan terlompat-lompat meraih sokongan penonton.

Masjid-masjid dan surau-surau yang sepatutnya mengisi malam kemerdekaan dengan kuliah ataupun munajat kepada Allah Lengang , Rumah-rumah Allah itu adakalanya dikunci dengan rapat atas alasan mengelak tabung surau dilarikan.

Saat matahari mengambil tugas rutinnya, bertebaranlah sampah-sarap dimerata tempat. Hospital pula laksana peristiwa selepas perang, Ibubapa mengerumuni melihat anak-anak mereka yang terlantar akibat aksi berani mereka.

Bilik Mayat juga tidak ketinggalan menyaksikan tangisan ibubapa, suami atau isteri yang terkorban dimalam bersejarah tersebut, acara ini sudah menjadi kebiasaan dipagi 31 ogos.

Umpama tawanan perang, lokap -lokap balai Polis dipenuhi dengan majoritinya anak MELAYU dengan pelbagai kesalahan jenayah "malam Merdeka".



Kesemua ini terjadi akibat persepsi rakyat terutama generasi muda terhadap sambutan kemerdekaan hanyalah merupakan cuti umum. Lalu ku ucapkan selamat bercuti wahai sekalian anak muda Malaysia! Semoga tabah menempuh peristiwa – peristiwa diatas yang sudah menjadi rutin tatkala diambang sambutan kemerdekaan…


Dikesempatan ini, aku juga ingin mengucapkan selamat berjuang kepada: Khairil Azuar (Anak Muda Parlimen Batu), SHANA, Jai, Ashraf, Fair, Kerajaan Rakyat dan seluruh teman-teman pengunjung. Semoga diketemukan satu hari nanti InsyaAllah...



5 ulasan:

  1. Golongan ini juga, yang kibarkan jalur gemilang, dan berlagak seolah-olah mereka berjiwa Patriotik, walhal, tidak memahami apa erti patriotik. Golongan ini juga, yang apa bila di apikan sentimen perkauman oleh politikus UMNO, mereka bangkit, tunjuk kewiraan, KONON MEMBELA NASIB BANGSA sedangkan, mereka lah PERINTIS yang MEROSAKKAN BANGSA!

    BalasPadam
  2. Salam Eddie,

    Menjelang Ramadhan Al-Mubarak, maaf dipohon.

    Salam persaudaraan
    Kerajaan Rakyat

    BalasPadam
  3. Sering kali kita disogokkan oleh perayaan sebegini untuk menyambut kemerdekaa, bukan salah penganjur tetapi salah orang Islam itu sendiri, mengapa mereka tidak mengisikan kemerdekan ini dengan mengucapkan syukur kepada Allah dengan IzinNYA kita telah dan masih lagi merdeka.

    Selamat Berpuasa rakanku Eddieputra....

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam
  4. salam...
    wow..thanks sebab ucapan selamat berjuang..rupanya saudara perasan akan kewujudan komen saya dalam blog saudara...

    Selamat menyambut Ramadhan dan teruskan menulis artikel yang jarang-jarang di kupas oleh kebanyakan blogger. Idea saudara yang bernas itu sentiasa saya dan rakan-rakan nantikan!!!

    SELAMAT BERJUANG..

    SHANA

    BalasPadam
  5. Anak-anak melayu..orang-orang melayu..inilah didikan Mahathir yg memomokkan rakyat dengan kemodenan dan kesenangan hinggakan mereka berkhayal dengan kekayaan yang sebenarnya bukan diusahakan oleh orang melayu tetapi orang lain..

    Orang melayu hanya tahu berhibur dan bercita-cita menjadi artis dan boleh kaya sekelip mata..bila dah kaya fikir pulak bagaimana nak berbini empat..masyarakat melayu yang miskin semakin tidak terbela.

    -WS-

    BalasPadam