Isnin, 4 Ogos 2008

PERMATANG PAUH: ezam takut jumpa ANWAR


Benarkah Ezam nak Lawan Anwar di Permatang Pauh? Kalau soalan ini diajukan pada aku, jawapan ikhlas aku ialah:-TIDAK!!. Sebenarnya Ezam terpaksa memukul canang kesana-sini kononnya sangup berdepan dengan mentornya itu, dek kerana mahu mengelak dari dipilih menjadi calon UMNO-BN.

Ezam juga tahu bahawa seluruh pengundi Permatang Pauh sedang menantinya untuk dimandikan. Maka Ezam terpaksa mencari jalan keluar yang selamat .Menyedari kemasukkannya masih diragui oleh ramai pimpinan tertinggi malah bahagian dan cawangan UMNO-BN,Lalu Ezam sengaja memekik menyatakan kononnya bersedia untuk BERTANDING menentang mentornya itu.

Dengan cara ini sudah tentu pimpinan UMNO akan menolak permintaan Ezam , kerana takut kekalahan besar Ezam membawa keruntuhan moral kepimpinan UMNO-BN. Akibatnya Anwar akan disanjung serta moral penyokongnya untuk membenamkan UMNO-BN bertambah kuat.

Ezam juga mahu menjaga reputasinya selaku pemain politik popular, Kiranya Ezam tidak dipilih menentang gergasi rakyat itu,kredit politiknya akan naik mendadak.

Dengan rengekkan pimpinan UMNO bahagian Permatang Pauh yang mahukan calon tempatan, membuatkan Ezam menarik nafas lega. Taktik putar alamnya berjaya lagi, taktik ini samalah dengan peristiwa 6 kotak, dulu kata ada! sekarang kata pernah nampak dalam simpanan Anwar Ibrahim. alahai...

2 ulasan:

  1. Memang takut, setakutnya, kalau dah dasar sang penakut hanya tahu patuk mangsa yang telah mati, serah kat ezam ...

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam
  2. percayalah..takde sape yg berani lawan anwar nanti.
    sume dah kecut perut..takde individu yg betul2 wibawa utk bertanding nanti!

    BalasPadam