Selasa, 19 Ogos 2008

Rintihan seorang pejuang....



Ini merupakan satu luahan dan rintihan seorang teman seperjuangan yang aku kenali. Sengaja aku titipkan diruangan blog ini memandangkan aku juga punya nasib dan rintihan yang sama.





Harap semua teman membaca dan memamhami nasib orang seperti kami.Bacalah dengan hati yang dingin....





Salam Buat yang masih mengaku rakan,Kenapa saya tidak bersama di Permatang Pauh.Berat untuk menaip setiap bait kata disini takur disalah tafsir, "lari dari perang", perlu diingat bacalah dengan tenang dan penuh minat, dan perang yang paling besar adalah perang melawan nafsu.



Saudara-saudara,Rakan rakan memanggil untuk bersama, namun peringkat awal saya masih membuat keputusan untuk pergi, sehingga satu keputusan akhir diambil untuk tidak sama sekali turut serta membuat keputusan muktamad, kenapa begitu drastik? Nanti diperjelaskan.



90% Rakan saya adalah dalam politik dan politik ini bagai "dadah" yang sudah sebati dalam tubuh ini masa mungkin politik dapat dipisahkan, selama 10 tahun masa dihabiskan begitu tinggi harapan untuk melihat satu politik baru dalam persekitaran politik Malaysia, selama itulah masa, wang ringgit, tenaga, digunakan untuk menghadiri mesyuarat perancangan, bulanan, mingguan dll, wang ringgit dilaburkan (bukan tujuan mengungkit tapi memperjelaskan), tenaga dicurahkan bagi memastikan parti kukuh dan dilihat kukuh walau tidak sekukuh mana pun.



Sanggup dipisahkan oleh rakan-rakan yang tidak sama "bendera" tidak apalah, sanggup diasingkan dalam senarai peniaga yang pro-kerajaan, maka bertawakallah dengan rezeki yang ada, hanya ALLAH disandarkan.



Bersandarkan Allah lah, aku melakukan ini, aku tidak akan bersandarkan manusia, kerana manusia tidak kekal, aku bersandarkan ALLAH, maka masa depanku juga ku serahkan kepada Allah untuk menentukan, memang itulah peganganku, adakah selama ini tidak Ikhlas?, bukan itu bila kita melakukan yang terbaik kita akan mengharapkan yang terbaik BUKAN untuk kita, tapi untuk yang selayaknya.



Bukan tidak ikhlas tetapi sekurang kurangnya dihargai, dihormati dipelihara, kita bukan orang yang mahu namanya dijulang dilangit, diletak dipuncak, terbilang, kita hanya mahukan sedikit penghargaan, penghormatan, keterpeliharaan itu saja.



Kenapa tidak bersama, tidak menyesal? cukuplah selama ini saya menyesal, menyesal tidak boleh dua kali, cukuplah sekali, bagi mereka yang bersama pasti esok mereka akan meraikan, rai itulah harapan, apa harapannya? siapa tahu? siapa boleh menentukan semua harapan rakyat tertunai, tidak sama sekali, hanya sebahagian, tetapi perlu diingat, si kudung harapannya adalah untuk dapatkan tangan, tapi kalau orang yang lengkap sifatnya tidak akan dapat merasa harapan dikudung tadi, sudah pasti selepas ini mereka meraikan kemenangan dan mengatakan kamilah yang bersama berjuang, sama seperti kita menawan Selangor dulu, maka kalau ada lagi kuasa menjerit aku, akan aku jeritkan seluruh Dunia supaya dapat didengar akan kegembiraan aku, Sebenarnya aku tidak mahu kecewa buat kali kedua, dan tidak mahu kegembiraan aku ini menjadikan aku menaruh harapan yang paling tinggi, paling sempurna, sehingga mana sekecil kegagalan bagiku gagal yang amat sangat. Rakan-rakan,



Memahami itu, aku sedang bergelut dengan keperluan hidup yang tidak terfikir oleh anda, mereka kata carilah ketenangan maka ALLAH carikan jalan, aku beristiqarah, untuk mencari jalan yang terbaik, ALLAH menjuruskan kepada apa yang aku lakukan ini sekarang maka aku yakin dengan jurusan Allah dengan bertawakallah aku.



Maka membuat keputusan untuk meninggalkan politik ini, pada asalnya amat sukar, 50:50, rakan rakan yang kembali memberi peransang, macam yang aku cakapkan diawal tadi ianya bagai "dadah" jika kita tidak ketemunya lagi, sentuhnya lagi, dampinginya maka kita tidak akan ketagihan lagi.



Mengamati kehidupan kita tidak sama, sama sekali. tanggungjawab kita berbeza, kita ada anak hendak dibesarkan, ada orang tua yang perlu diperhati, ada rumah hendak dibela, ada tanggungjawab yang sememangnya ini tidak boleh dipindahkan kepada orang lain, berbeza dengan tanggungjawab politik ini yang pasti boleh diamanahkan kepada orang lain jika tidak aku.



Aku berjanji tidak menuntut ini adalah kemenanganku, jika ditakdirkan Anwar menang pun, aku berjanji tidak akan menyendeng-nyendeng seperti mereka "muka tak malu", bila aku bercakap aku bikin. Bukan macam "muka tak malu, cakap lain bikin lain".



Untuk pengetahuan teman, sememangnya saya balik kampung Kedah pada 15hb, dan malam itu saya memang melalui BKE sepanjang Parlimen Permatang Pauh juga, malam Rabu hari Selasa 18hb saya kembali dari Kedah ke Klang juga melalui jalan yang sama, semasa dikampung ayahku bertanya samada aku ke penamaan calon, Aku menjawab masa itu tidak, dan memang tidak.



Aku memohon maaf kerana banyak panggilan yang sengaja aku tidak jawab, buat sementara kerana bagi memastikan keputusan aku tidak berubah, aku yakin rakan rakan boleh mengubah keputusan aku selama ini pun aku hanya fikirkan akan rakan-rakan sehingga satu masa aku perlu mengatakan tidak, kerana bukan semua faktor akan difahami rakan yang memerhati dari luar , banyak lagi faktor teknikal yang tidak akan diulas disini.



Sememang Faktor utama sudah pasti rakan rakan memaahaminya, dan saya serahkan ia menjadi teka teki bagi mengasah fikiran atau paling tidak sebagai senaman minda.



Tidak ini mengkhianati amanat DSAI, bagi ku apa yang dikaitkan dengan politik aku perlu pertimbangkan, dan aku bukanlah selayaknya, maka nanti aku tidak layak untuk yang lain juga, tidak begitu? dan sememang selepas ini rakan rakan akan mengecam dengan pelbagai andaian, biarlah kalau sebelum ini aku boleh menelan cercaan UMNO/BN kenapa tidak pula rakan rakan, dan aku sedia memaafkan kerana mereka tidak memahami dan bukan salah mereka.



Dan aku pohon maaf dari rakan-rakan, halalkan bantuan dan sokonganmu selama ini, aku mohon maaf akan pengunduran ini, aku mohon maaf berkali kali, buat Sdr Yahya, Bahrin, Amran, Sufari, Suhaimi, Ali Bon, Ali, Bob, Din, Mus, Zack,Faisal,Arshad, Pak Kudus, Ameng, Hj Ibrahim, Latif, Amkah, Zainal, Aznizam dll yang bukan aku lupa tapi tidak dapat ditulis kerana terlalu panjang, dan janganlah pinggirkan insan ini, mana tahu satu hari aku "merangkak" atau "melutut" mencari apa yang dipanggil rakan, izinkan aku atas dasar rakan, bukan lagi politik. Aku pohon. Izinkan aku menjadi rakan bukan kerana politik kerana aku yakin anda adalah rakan yang terbaik.



Jadi tiada tugasan yang akan saya laksanakan sepanjang tempoh keputusan ini, melainkan, saya sebut melainkan yang akan sendiri memahami.



Sebenarnya aku ada hanya ada satu yang aku pendam dan harapkan, Perubahan!.--



'RAKYAT SELAMATKAN MALAYSIA'

3 ulasan:

  1. Dalam perjuangan perlukan pergorbanan tetapi dalam perjuangan apa-apa pun, utamakan keluarga dahulu, semoga tetap bersemangat, bukan landasan politik sahaja boleh berjuang, pelbagai landasan lagi ....

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam
  2. salam...

    First time layari blog ni..frustlah...sebab saudara berhenti dari perjuangan...

    Saya harap...saudara tidak berhenti menulis..kerana perjuangan tidak hanya melalui fizikal tetapi minda juga...

    Saya kecewa..kerana first time saya layari blog saudara..bahasa saudara guna amat indah tapi sayang..mungkinkah saudara akan berhenti menulis juga...

    BalasPadam
  3. salam..

    Pertama kali saya layari blog ini, pada hemat saya banyak-banyak blog, ini blog terbaik yang saya jumpa..selama ni saya mencari artikel berkenaan Ezam dan sejarah DSAI..saya tak jumpa, tapi dalam blog ini saya jumpa apa yang saya inginkan..

    Tapi bila baca bicara terbaru saudara saya terdiam seketika...sesungguhnya saya bersedih..

    Janganlah kerana mahu berhenti dalam perjuangan, saudara berhenti juga memberi info kepada kami semua rakyat Malaysia...

    BalasPadam