Isnin, 31 Ogos 2009

Kearah meruntuhkan tembok perkauman!


Dato Onn Jaafar adalah anak tempatan yang begitu berjaya dalam sejarah penyatuan umat melayu.Pada tarikh 11 Mei 1946 bertempat diistana besar Johor bharu, impian umat melayu untuk bersatu menjadi kenyataan sebaik UMNO ditubuhkan dengan jayanya.


Namun pada tanggal 26 Ogos 1951, tokoh ini bertindak drastik dengan melepaskan jawatan YDP (Presiden) parti melayu tersebut.Pengumuman tergempar ini dibuat dalam persidangan UMNO ke-6 yang berlangsung selama 2 hari bermula 25 Ogos 1951. Keputusan Dato Onn tika itu ekoran dari kegagalannya mendidik UMNO kearah "Meruntuhkan tembok pemisah kaum". Dalam persidangan terakhir itu, beliau telah mencadangkan agar keahlian UMNO dibuka kepada semua kaum manakala UMNO ditukar kepada "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu".Antara alasan Dato Onn ialah "Kita tidak boleh mengamalkan dasar - dasar perkauman semata-mata.Sebaliknya kita harus melihat dengan skop yang lebih besar, Hanya dengan penyatuan seluruh bangsa akan menjadikan Tanah Melayu (Malaysia) lebih kukuh dan kuat untuk berdiri setanding bukan sahaja dengan Negara Eropah malah British!"

Malangnya sikap perkauman tampak kukuh dalam sanubari perwakilan UMNO saat itu. Mereka kelihatan gagal untuk menghadam dengan baik gesaan Dato Onn, Oleh yang demikian bagi menyatakan kekesalannya, Dato Onn memberi peringatan bahawa "Peta Tanah Melayu yang tuan-tuan saksikan pada hari ini tidaklah sama dengan apa yang saya lihat.Malangnya mulut saya terkunci untuk nyatakan perbedaan itu."

Itulah serba sedikit tentang sejarah "kearah meruntuhkan tembok pemisah antara kaum", Ianya telahpun cuba digerakkan oleh Dato Onn yang juga pengasas parti tersebut.Hari ini seperti tahun-tahun yang sudah, setiap PM akan menghamburkan kata-kata penyatuan ataupun perpaduan. Dikala itu mereka seolah terlupa bahawa mereka sendiri sedang mengetuai "Tembok Pemisah" tersebut.

Dan pada aku secara logiknya ialah, jika kita gagal melepasi tembok tinggi, maka adalah molek jika berganding bahu memecah dan menghancurkan tembok sialan itu! Dengan cara itu sudah pasti kita dapat menyeberang dengan selesa seterusnya mendepani era gemilang yang sekian lama menjadi harapan rakyat!

Tembok pemisah antara UMNO,MCA,MIC dan semua komponen BN haruslah diruntuhkan bagi menyahut seruan PM! Kesemua parti ini haruslah bertindak segera dengan menyatukan semua Parti itu menjadi Sesuailah ia dengan konsep Pm 1 Malaysia dewasa ini, Jika gagal berbuat demikian dan mahu mengekalkan konsep 1 Tembok tidak mengapa,Teruskanlah menjaga ketuanan tembok itu.

Kisah Tsunami 8 Mac 2008 mungkin menjadi igauan ngeri sipenjaga tembok, namun tidak buat marhaen yang sudah sekian lama mual dengan kepungan tembok tersebut.Gesaan PM sudah disambut rakyat sejak dari Mac 2008, sudah tentu rakyat tidak sabar untuk meruntuhkan Tembok-tembok itu sekali lagi.



Jumaat, 28 Ogos 2009

REFORMASI MERDEKA!


Beberapa hari lagi seluruh rakyat Malaysia bakal menyambut hari keMerdekaan. Telah dikhabarkan bahawa sambutan tahun ini amatlah sederhana temasyanya.Alasanya ialah menghormati bulan Ramadhan disamping bahana penyakit H1N1.

Merdeka bererti bebas! lebih 52 tahun lalu, seluruh rakyat Malaysia mengejar kemerdekaan. Mereka mahu bebas dari belenggu penjajahan, mereka mahu bebas menentu halatuju negara.Mereka mahu segala hasil mahsul negara diagihkan dengan adil serta menyeluruh tanpa campur tangan penguasa penjajah.Ketuanan yang dilaungkan ialah kerajaan rakyat yang bisa membela sekaligus mengangkat martabat rakyat marhaen.Itulah antara penyebab utama yang menjadikan seluruh umat tanah melayu begitu bernafsu mahu MERDEKA!

Ketika itu seluruh umat tanah melayu begitu impikan sebuah negara yang dapat menjadi payung buat mereka berlindung.Ketuanan yang didominasi oleh bangsawan telah menjadikan rakyat begitu jelek dan mual.Makanya Inggeris yang selama ratusan tahun menjadi Tuan dimuka bumi tanah Melayu ditolak dengan tekad.

Selesai kejayaan tuntutan tersebut, 52 tahun berlalu...rakyat dialaf baru mula menyemak kembali hak mereka yang terkandung didalam perlembagaan.Timbul sedikit keinsafan tatkala menyedari ada antara hak mereka yang jelas terpampang disitu telahpun dilitupi oleh undang-undang.Kebebasan bersuara dikekang kemudiannya oleh pelbagai akta yang menyesakkan seperti ISA,OSA dan berbagai lagi.

Terkenang masing-masing sewaktu Inggeris melepaskan Tanah Melayu dahulu, kebanyakkan orang melayu masih tinggal dan punya tanah.Ini diperkuatkan lagi oleh British bilamana penjajah itu sempat menitipkan suatu akta berkaitan tanah rezab melayu.Akta ini mempastikan tanah-tanah milik masyarakat Melayu tidak akan sesekali mampu digugat oleh sesiapapun.Melalui akta ini jugalah yang memperuntukkan bahawa setiap inci tanah yang terpaksa diambil wajiblah diganti.

Malangnya semua rezab melayu mula berkurangan sebaik penjajah beredar,Mengapa begitu? bukankah sepatutnya ia lebih terperlihara memandangkan kita sudah MERDEKA? Persoalan-persoalan itu mula bermain diminda rakyat sambil menyaksikan kehilangan kampung abdullah hukum yang bertukar menjadi mid Valley, kampung kerinchi menjadi kerinchi link dan banyak lagi penempatan melayu hilang ditelan arus retorik pembangunan.

Dasar ekonomi baru yang digarap bagi mengangkat martabat melayu marhaen telah bertukar menjadi sebaliknya.Dasar yang murni itu telah mencipta sekumpulan bangsawan baru. Bangsawan yang baru lahir ini hanya tertumpu disebuah daerah parti elit, hanya bersandarkan kemampuan bermain kata-kata manis maka mereka telahpun menjadi begitu kaya meninggalkan bangsa yang semakin hari semakin layu.

Kejayaan serta kemewahan yang dikecapi kelompok ini adalah dengan meminggirkan masyarakat yang lemah.Segala yang sepatutnya menjadi hak masyarakat diratah dengan rakus tanpa segan.Rakyat yang membuka tanah untuk membina pondok agar menjadi tempat berteduh sekeluarga dituduh penceroboh, manakala sebuah syarikat konglemerat merampas tanah tersebut digelar pemaju.

Kesemua yang berlaku itu telah mematangkan rakyat, zaman penjajah telah tamat - rakyat punya hak untuk menentukan siapa yang layak meneraju negara.Kini lambakan kain pelikat mahupun sekampit beras tidak lagi membutakan rakyat terhadap tuntutan perubahan.Taburan wang juga tidak lagi menjamin sesuatu pihak untuk terus berkuasa, Rakyat kini tidak mudah disogok barangkali.Seolah sikap ini menunjukan bahawa rakyat mahukan perubahan! rakyat mahu merdeka dari penindasan, rakyat mahukan ekonomi yang membela nasib dan mampu mengangkat martabat marhaen!



pak long:Merdeka!

Merdeka!

Reformasi!

Selasa, 25 Ogos 2009

Gema suara 1 Permatang Pasir!!!!


Maka dengan ini diucapkan tahniah kepada UMNO BN kerana berjaya meletakkan calon bagi N11 Permatang Pasir. Sesungguhnya kejayaan ini amat bermakna untuk warga UMNO yang sedang hebat mencanang isu "KETUANAN MELAYU" walaupun presidennya melaungkan 1Malaysia!


Adapun keputusan N11 seperti dijangka telahpun memihak kepada PAS PR dengan majorti lebih 5000 undi.Kendatipun begitu, keputusan rakyat Permatang Pasir kali ini tidaklah dapat dipastikan samada mereka menolak konsep KETUANAN ataupun 1Malaysia! Namun yang teramat pasti ialah mereka sekali lagi telah bangkit menyuarakan "suara keramat" milik mereka dengan menolak UMNO-BN.


Diharap dengan kemenangan berterusan gagasan Pakatan Rakyat ini, dapatlah difahami oleh UMNO yang mutakhir ini kerap mendabik dada kononya mereka amat diperlukan rakyat!


SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!


silaap angkat bendera!

Sebaik gedung kartun mempamer juadahnya yang berbentuk satira untuk langganan khalayak, satu serbuan telah dilakukan terhadap gedung tersebut.Kesalahan kukira hanya kerana satu watak yang terkhilaf mengangkat bendera barangkali, menjadi penyebab utama juadah itu dirampas.

Kepantasan pasukan yang menjalankan serbuan sebaik menghidu juadah gedung kartun amatlah membanggakan.Namun kiranya difikir sejenak, ada ketikanya serbuan itu kelihatan suatu bentuk lelucon baru dibulan mulia ini. Alangkah molek sekiranya serbuan tersebut juga berlaku keatas kes PKFZ, MAHLIGAI 24 Juta dan banyak lagi juadah-juadah sumbang yang lain. Juadah sumbang ini sudah sekian lama menjadi barah kepada khalayak Malaysia, bahkan ianya juga menerjah ruang keangkasa dan mengakibatkan Negara dunia mula menjauhi Malaysia tercinta ini.

Apapun tanggapan, jika benar disebabkan juadah tersebut sumbang mengangkat bendera diharap siempunya resepi tidak lagi mengulangi kesalahan tersebut.Ini kerana kesalahan itu akan mengundang bahana berbentuk publisiti meluas untuk juadah satira tersebut.Dengan demikian juadah itu akan menjadi rebutan khalayak serta dibimbangi akan hilang upaya untuk memenuhi permintaan pasaran.

Selamat berkarya wahai gedung kartun,semuga gedung akan membiak melahirkan gudang.

Isnin, 24 Ogos 2009

LUNAS: bila kalah semua pilihanraya kecil...

Setelah gagal dalam kesemua pilihanraya kecil, kini UMNO mula gelabah. Pilihanraya yang sepatutnya menjadi medan pertarungan sudah mula dijauhi.LUNAS hanyalah satu lagi hikayat mainan UMNO, keputusan yang dibuat kononya kerana hilang percaya kepada Anwar Ibrahim sudah diduga dari awal. Apa lagi alasan selain itu?

Jika direnung kembali kepada kesemua ADUN LOMPAT tersebut, mereka akan menjadi begitu teruja tatkala skandal mereka berkumandang melalui media penguasa. ADUN LOMPAT Perak misalnya, kedua mereka kononya dituduh dan punya bukti bahawa sememangnya mereka terlibat dengan kegiatan rasuah.Tuduhan tersebut dilemparkan oleh UMNO dan disiasat oleh SPRM. Akhirnya kedua mereka insaf barangkali, tempat perilaku seumpama mereka bukanlah PKR tetapi UMNO. Bertitik tolak dari tekad itulah kedua mereka isytihar selaku ADUN bebas (LOMPAT) yang cenderung kepada UMNO BN sambil disaksikan oleh 1Malaysia.

Kini gendang LOMPAT mula berkumandang diSelangor, Khabarnya seorang dua kononya kepingin benar mahu meLOMPAT. Pada aku biarlah, aksi mereka itu jelas menunjukkan maruah mereka hanya bernilai melalui kepingan-kepingan wang. Aku walaupun sudah dapat menduga akan nasib Brader Jono, abg Man dan ramai lagi marhaen Selangor jika UMNO berjaya meLUNASkan hajatnya untuk merampas negeri ini, aku berkeyakinan bahawa tidak akan sesekali mereka melutut menyembah UMNO seperti ADUN LOMPAT! Maruah mereka cukup tinggi....

Pak Long: maruah kami lagi mahal dari mahligai 24 juta tu!!!!!!

Sabtu, 22 Ogos 2009

Bila tiba PILIHANRAYA:SIAPA RAJA SIAPA HAMBA?

Pada tiap kali Pilihanraya samada umum atau kecil, pernahkah kita sedar bahawa calon - calon itu akan bertandang kerumah kita bagi merayu undi itu sebenarnya sedang memohon ihsan kita?

Hmm... merenung kembali wajah mereka yang berseri sambil mempamerkan sikap rendah diri, tentunya sukar kita bayangkan sikap ini akan berubah sama sekali tatkala kepercayaan kita diberikan pada mereka. Inilah hakikat...kita akan dikenang selaku tuan pabila tiba musim pemilihan...mereka akan merayu dan mengemis undi bagi survival politik mereka.Ketika itu kita begitu bebas menemubual para politikus ini, sudah tentu pelbagai janji akan dilontarkan mereka pada kita sehingga kita menjadi begitu teruja.

Proses merayu undi ini samalah dengan proses memohon kerja,dikala itu rakyat adalah bos atau majikan manakala calon tersebut merupakan pekerja yang akan melunaskan sebarang permintaan kita.Tetapi malangnya ialah, peristiwa ini akan berubah sekelip mata sebaik mereka diumum selaku wakil rakyat baru! kalau dulu mereka merayu tetapi kali ini rakyat terpaksa mengemis dan adakalanya melutut memohon pertolongan. Apakah kita sedar akan hal ini?

Inilah yang telah berlaku selama 51 tahun!

Khamis, 20 Ogos 2009

Al-fatihah buat adik Nurul

Setelah berhempas pulas selama 3 tahun 2 bulan usianya menahan derita penyakit jantung, akhirnya adik Nurul dijemput pencipta sekitar jam 9 malam tadi dikatil ICU IJN. Ketika adik Nurul bertarung dengan sakaratul maut, ayah dan ibunya turut berada disamping anak kecil dengan debaran sambil berdoa memohon perlindungan dari yang maha esa.Namun sudah ketentuan ilahi...Allah lebih sayangkan anak kecil itu.

Penyakit yang ditanggung semenjak lahir dan telah menghadapi 3 pembedahan begitu sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Sang ayah yang merupakan buruh dibengkel, adakalanya buntu memikirkan kos perubatan anaknya yang cukup tinggi berbanding pendapatan mereka yang tidak seberapa.Ibu tidak bekerja, tetapi tetap berusaha menjaja kuih demi meringankan beban yang dipikul suami tercinta.

Sesekali Nazrul berasa seakan putus asa, mengenangkan kerenah kehidupan.Tiap kali terdengar ada bantuan yang disediakan untuk marhean sepertinya, maka berusunglah segala fail berkaitan anaknya kepremis atau penguasa bagi merayu sedikit bantuan.Malangnya walau mengemis dan melutut sekalipun masih belum ketemu bantuan yang digembar-gemburkan,semuanya hanya janji retorik penyedap semata. kebiasaanya Nazrul setelah melalui proses birokrasi serta sikap agensi mahupun penguasa....mereka sekeluarga akan tetap merasa kehampaan....sudahnya.

Semuga roh adik Nurul dicucuri rahmat Allah SWT, Manakala takziah buat Nazrul Ismail sekeluarga pastinya ada hikmah disebalik ujian ini. Sebagai Marhaen, penderitaan sebegini apakah ianya merupakan perkara biasa.....?

Al-Fatihah