Isnin, 19 Oktober 2009

jihad dalam kehidupan

Mengimbau detik kejayaan islam suatu waktu dahulu,pasti kita ketemu dengan sikap para pemimpin terdahulu yang punya jiwa besar dan berhikmah. Memahami erti jihad yang mendalam dengan menjadikan keseluruhan kehidupannya untuk berjihad atas nama Allah.

Dalam konsep jihad, jika diteliti ianya punya makna dan cara yang luas serta pelbagai.Perang adalah jalan terakhir kerana Islam amat menghargai nyawa. Keberanian berdepan dengan musuh tidak semestinya dimedan perang semata-mata, sebaliknya berhujah dengan fakta yang kukuh serta memahami bahawa Islam adalah agama yang membawa kebenaran dan pencerahan.

Memandang musuh dengan sifat kasihan diatas kejahilan mereka merupakan ketinggian akal budi umat islam.Pemimpin islam hendaklah membuang sejauh yang mungkin sifat prejudis dan menghargai percanggahan pendapat sebagai suatu lumrah kehidupan.
Tidak sedikitpun maruah islam tercalar jika berterusan menganjur perundingan, sebaliknya ia akan menaikkan martabat Islam sesuai dengan penganjurannya kearah kebaikkan.Sebagai umat islam, kita seharusnya memberikan kaedah atau alternatif kepada sesuatu perkara yang ditegah.

Sebagai contoh, Allah mengharamkan Riba manakala Rasullullah S.A.W pula memberikan kaedah yang lain dalam urusan jual beli bagi mengelakkan berlakunya Riba. Dengan cara itu islam terlihat sebagai suatu agama yang membimbing dan tidak mengongkong.Ibarat empangan air, sudah tentulah empangan tersebut tidak mampu menahan takungan air selama-lamanya.Maka dilorongkan air tersebut dengan teratur dan sesuailah dengan sifat air yang sememangnya mengalir.

Oleh yang demikian, umum menyedari bahawa setiap manusia mempunyai nafsu dan keinginan.Makanya tiap keinginan itu harus dibimbing agar ianya teratur dan tidak melanggar etika islam seterusnya mendatangkan musibah kepada manusia.Janganlah kita hanya memandang kepada hukum semata-mata, sebaiknya melihat kepada jalan alternatif penyelesaiannya seperti yang pernah dilakukan Rasullullah serta imam 4 yang lain.

Menghukum tanpa menyelesaikan sesuatu perkara akan mengakibatkan pemberontakkan dan mengundang musibah, samalah seperti empangan yang hanya menyekat tanpa mengalirkan air.Nescaya empangan tersebut pasti akan pecah dan akan mengakibatkan malapetaka besar kepada kehidupan sekelilingnya.

Justeru itu, kesanggupan berwacana secara ilmiah dalam mencari titik penyelesaian juga dikira jihad.Sepertimana yang kita tahu jihad bukanlah dimata pedang semata-mata, ianya harus diadaptasi kepada seluruh kehidupan kita dalam meniti cabaran selaku hamba Allah S.W.T.

Rabu, 14 Oktober 2009

Perhimpunan UMNO Hanyalah Retorik Edan!

Bagan Pinang sudah selesai,Perhimpunan UMNO pula sedang berlangsung, tiada apa yang menarik melainkan kata-kata berupa retorik seperti selalu.Caci maki terhadap pimpinan Pembangkang sudah sememangnya lumrah dalam Perhimpunan Agung Umno.Cumanya kali ini ada sedikit kelainan, UMNO mula bicara soal perubahan!

Laungan kearah proses perubahan kelihatan tawar, penekanan berhubung perubahan sikap menunggu dan meminta sudah acapkali disebut oleh semua Presiden UMNO sebelum ini.Malah ianya sudah menjadi tajuk yang wajib disentuh dalam kertas ucapan masing-masing. Malangnya perlaksanaan kearah itu tiada.

UMNO kelihatan kali ini sukar mencari rentak 1Malaysia yang menjadi produk barunya.Isu pembelaan bangsa masih menjadi taruhan, sedang sudah 50 tahun berlalu nasib Melayu miskin dan terpinggir kekal mendominasi carta kemiskinan tegar.Kelunakan menghamburkan kata-kata semangat demi menunjukkan kesungguhan kerah pembelaan namun skandal korupsi masih terpalit dimuka.

Isu kehilangan tanah rezab Melayu, kehilangan saham bumiputra serta gejala sosial dikalangan pemuda akibat pengangguran tidak dibicarakan. Plan untuk meraih kembali dukungan anak muda untuk menyokong UMNO kelihatan menaikan sentimen golongan itu kekal menjadi agenda utama.Perlaksanaannya pula dengan menabur gula-gula seperti kononnya menyediakan peluang pekerjaan dilihat jelas tidak realistik.

Umum mengetahui bahawa kondisi ekonomi negara tidak begitu sihat, tambahan pula iklim ekonomi global masih tidak menentu.Dengan mempunyai hasil bumi dan punya dagangan bahan mentah,sewajarnya Malaysia mampu mengekalkan paras KDNK sekitar 5% sekurang-kurangnya.Namun Kerajaan tidak mengambil inisatif untuk mempertingkatkan eksport negara sebaliknya berterusan mencurahkan puluhan bilion wang Negara keatas projek bertaraf meganya.lihat projek F1 Malaysia.

Dengan itu mana mungkin mampu mewujudkan sebegitu banyak peluang pekerjaan? Harapan untuk mendengar para jaguh UMNO menyentuh penyelesaian kepada ekonomi orang Melayu jauh sekali.Yang hanya dikupas lebih berkisar kepada isu menaikkan sentimen kepartian dan kebangsaan yang sudah terbukti tidak kemana.

Karya Ronggo Warsito "Zaman Edan" yang menyentuh perihal sikap masyarakat gemar mengangkat puak zalim, sebenarnya merupakan sebuah karya yang mahu memecah kebuntuan minda takut yang sekian lama membelenggu masyarakat.Menyeru dalam lenggok sastera agar bangkit dari zaman gila dengan berani menolak fikiran jumud.Gesaan dengan keluhan pula semata-mata mahu menyedarkan masyarakat agar berani keluar dari kepungan kezaliman dan berani membuat perubahan kearah kebaikkan.

Jika UMNO benar-benar memahami karya tersebut,molek kiranya para ahli UMNO mengangkat martabatnya dengan menyiasat longgokan harta para pimpinan atasannya selama ini.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Siapa wajib berterima kaseh??

Entah mengapa perkataan "rakyat harus berterima kaseh pada Kerajaan" atau "rakyat harus mengenang budi Kerajaan" sering dijadikan modal sang penguasa.Peringatan tersebut pada aku amatlah dangkal.

Ini kerana dalam sistem Demokrasi, rakyat punya kuasa untuk memilih sesiapapun untuk menerajui mereka.Oleh itu,sudah tentulah rakyat akan memilih sesiapa yang dirasakan boleh menjamin kehidupan mereka menjadi lebih baik. Manakala mereka yang dipilih harus menjalankan tanggungjawab seperti membina infrastruktur selain menjana pertumbuhan ekonomi demi keselesaan rakyat tadi.

Oleh yang demikian, mereka yang diangkat mentadbir harus berterima kaseh kepada rakyat kerana memberi peluang kepada partinya untuk mentadbir Negara.Makanya tidak timbul sama sekali bahawa rakyat harus berasa terhutang budi pada sipenguasa.

Selama Malaysia Merdeka, negara ini hanya dipimpin oleh sebuah parti gabungan yang dinamakan BN.Selama itulah kelihatan para pimpinannya mempunyai gaya hidup mewah hasil menjadi pemerintah.Akibat terlalu lama berkuasa jugalah membuatkan pimpinan penguasa hilang pertimbangan dalam membezakan hak rakyat dengan hak mereka. Sering terjadi dalam pengagihan ekonomi terutama bagi kaum terbesar negara ini iaitu Melayu terpamer kecurangan. Laungan pembelaan hanyalah bersifat retorik semata-mata, ianya dilaungkan bertujuan mengelabui penglihatan rakyat daripada mempertikaikan kemewahan luar biasa mereka.

Selama lebih 50 tahun rakyat memberi peluang kepada mereka untuk mengangkat martabat rakyat, malangnya selama itu jugalah orang melayu maseh mendominasi peratusan yang tinggi dalam carta kemiskinan tegar.Dalam tempoh yang panjang itu juga, tidak sekalipun rakyat menerima ucapan terima kaseh sebaliknya disuruh berterima kaseh! Untuk apa Terima Kaseh? apakah hanya kerana pembinaan sekolah,universiti, jalanraya,sistem pembentungan,elektrik,pengangkutan awam dan banyak lagi kemudahan yang sememangnya wajib disediakan?

Bukankah rakyat memilih penguasa untuk mendapatkan keselesaan tersebut? jika gagal diberi nescaya rakyat akan memilih yang lain untuk mentadbir sekaligus mendapatkan prasarana tersebut.Harus diingat!dalam sistem Demokrasi rakyatlah yang menjadi tuan, rakyat punya hak untuk memilih siapa sahaja yang dirasakan layak.

Mari renung sedalamnya,Jika diselediki kesemua kemudahan awam tersebut telahpun diswastakan, ini bermakna kesemua pembinaan dan penjanaan infrastuktur telah menjadi satu projek yang berprofil tinggi untuk diagihkan.Nah! disinilah membuatkan para pimpinan tersebut mampu hidup mewah hasil wang rakyat yang dilaburkan dalam tiap projek tersebut.

Justeru telah lama berada dipuncak kuasa sehinga mendapat pelbagai kebesaran, penguasa sebenarnya amat terhutang budi dengan rakyat.Makanya adalah lebih baik penguasa mula belajar untuk berterima kaseh pada rakyat!



Khamis, 8 Oktober 2009

PEMUDA PAS DITETAK: tercipta yang baru atau ulangan sejarah lampau?

Umum telahpun mengetahui bahawa suatu serangan telahpun dilancarkan terhadap markas induk Pemuda PAS lewat malam tadi.Serangan ganas itu telah menyebabkan beberapa pemuda terutama unit amal PAS cedera parah akibat ditetak.

Jika kita menyingkap sejarah, PAS sememangnya sering menjadi sasaran kaum anarki seperti ini.Lihat pada serangan Memali dan beberapa lagi siri keganasan yang meragut korban dipihak PAS. Kali terakhir ialah diBatu Burok Terengganu, dimana serangan peluru hidup telah menyinggah tepat ketubuh pemuda PAS.Alhamdullilah serangan tersebut tidak berupaya menaikkan lagi statistik korban dipihak Pemuda PAS.

Aku setuju dengan pendapat pemuda PAS, bahawa serangan malam tadi bermotifkan provokasi. Ini kerana laporan khas tinjauan sekitar PRK Bagan Pinang yang terbaru, PAS berjaya memecah dominasi UMNO diDUN tersebut. Keadaan disana mulai seimbang iaitu 50-50 diantara PAS dan UMNO,manakala laporan tidak rasmi menyebut pihak tentera yang menguasai undi POS mula condong kearah PAS.

Makanya peristiwa kemunculan kaum anarki semalam merupakan manifestasi dari laporan-laporan tersebut.Tambahan pula Anwar dan Tok Guru Nik Aziz diberitakan akan diturunkan malam esok untuk bersama jentera Pakatan Rakyat disana. Nah! apakah ini yang menggusarkan mereka? barangkali pihak tertentu mulai bimbang dengan impak yang bakal diberikan oleh kedua tokoh pembangkang ini, dan serangan kaum anarki itu sekadar mengulangi sejarah lampau.Harus juga kita semua ingat tentang bagaimana sikap disaat penguasa zalim mula terdesak, mereka sering hilang pertimbangan.Buktinya renunglah sejarah Firaun dan Namrud!

Selasa, 6 Oktober 2009

Tinjauan keBagan Pinang:AMUK dan AL-BAKISTANI

Semalam aku berkesempatan turun keBagan Pinang bersama Al-Bakistani bagi meninjau suasana disana.Dengan membatalkan kesemua program kami bertolak selepas Maghrib menuju Port Dickson.Sepanjang perjalanan aku melayan keletah Al-Bakistani yang asyik melayan lagu berbentuk metal dari kumpulan AMUK.Terpegun melihat Al-Bakistani turut sama menyanyi lagu jeritan Batinku versi metal.Hahaha...tersembul urat leher tatkala beliau cuba meniru suara Bandi!!Sejurus tiba di pekan PD, aku dan Al-Bakistani solat diMasjid Bagan Pinang,berhampiran Masjid tersebut dimaklumkan oleh jemaah disana adalah ceramah Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Aku melihat suasana agak suram walaupun sudah masuk hari ke-3, PAS maseh meneruskan pendekatan ceramah manakala UMNO kekal dengan program berkonsepkan bangsawan.Disana-sini terdapat khemah-khemah yang mewah disediakan oleh UMNO disamping makanan dihidangkan KHAS buat pengunjung dan pengundi Bagan Pinang.

Kurang pasti samada artis turut diheret sama kemajlis kempen UMNO kali ini,tapi itu bukanlah perkara luar biasa bagi parti penguasa itu.Jentera PR secara peribadinya aku melihat agak perlahan. Mungkin itu adalah strategi atau mungkin sahaja lemah sebaik melihat lambakan Undi POS yang terlampau.

Pada hemat aku, kita tidak seharus gusar dengan penangan tersebut.Kita telah dididik sekian lama agar terus berjuang waimma apa terjadi sekalipun.Bak kata pepatah "membujur lalu melintang patah" mungkin UMNO akan menang dalam PRK kali ini.Tetapi biarlah kita kalah kerana MELAWAN!

Selamat berjuang sahabat seperjuangan diBagan Pinang, Semuga dilimpahkan kekuatan dalam menempuh cabaran dari penguasa UMNO.

LAWAN TETAP LAWAN!!!

Isnin, 5 Oktober 2009

sayu buat sicomel.

Setelah kian lama berusaha....malam tadi suatu kenyataan tepat menyinggah ketelinga.Kenyataan yang bisa membuat aku lemah serta hilang upaya....ianya bagai halilintar yang menerkam mangsa tanpa sedikit ehsan.

Aku mula tertarik dan mula menyayanginya kerana terpikat dengan sikap nakal dan keanak-anakkan yang dipamerkan olehnya.Menyingkap kenangan awal pertemuan tatkala aku berada dalam kekusutan, dia menerpa masuk kedalam lingkunganku.Aku saat itu cukup buntu memikirkan masalah serta kehilangan yang bakal aku tempuh.

Namun dia amat tangkas mengisi ruangan itu, dia benar-benar membuat perasaanku tenang.Dengan caranya itu, ditambah pula pengalamanku yang pernah kehilangan, aku mula bimbang. Kebimbangan bahawa apakah mungkin aku juga akan kehilangan sicomel ini?

Bertitik tolak pada itu,perasaan yang sepatutnya tenang mula berasa sedikit risau.Aku benar-benar mahu memilikinya, hati aku begitu kuat menjerit mengarah agar aku berbuat sesuatu.Aku mula berusaha sedaya upaya untuk memiliknya secara mutlak, namun ia bukanlah suatu yang mudah....kelihatan seolah ada sesuatu yang menghalang.

Dan malam tadi berita akan kebenaran bahawa sememangnya telah lama wujud tembok pemisah antara kami berdua.Hmmm....aku bingung..dan sukar untuk membuat keputusan.Sicomel itu telah benar-benar menjerut hatiku hingga sukar akalku membuat pertimbangan.Apakah aku patut MELUPAKANNYA? atau mungkin saja terus berusaha? entahlah...

Jumaat, 2 Oktober 2009

Menjelang Bagan Pinang

Menjelang PRK Bagan Pinang, esok adalah hari penamaan calon bagi merebut kerusi DUN tersebut. Lazimnya jika kerusi itu adalah kawasan UMNO, Maka hari penamaan calon dan membuang undi akan jatuh pada hari cuti umum.Ini bagi memudahkan penyokong UMNO keluar mengundi dengan begitu selesa sekali.

Laporan utusan menyebut SPR mensasarkan sebanyak 80% pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada 11 okt depan. Aku setuju dengan sasaran tersebut, almaklumlah cuti umum. Oleh yang demikian, secara peribadi aku juga ada membuat perkiraan bagi meramal keputusan PRK kali ini.

Memandangkan kawasan PRK ini sudah dipenuhi dengan undi POS, manakala UMNO kelihatan semakin terdesak memerlukan kemenangan ekoran kekalahan demi kekalahan yang diterimanya pada PRK lepas. Sudah tentulah Undi POS akan memihak kepada mereka dan aku yakin ianya sebanyak 90% akan jatuh memihak kepada UMNO.

Justeru memiliki undi bonus sebelum memasuki medan pertarungan, UMNO hanya perlu menggerakkan ahlinya untuk keluar mengundi ,dan hari yang dipilih oleh SPR amatlah membantu jentera UMNO kali ini.

Makanya UMNO akan menang besar dan mungkin mencecah 8 ribu undi setelah dicampur dengan Undi POS sebanyak 4ribu.Manakala calon PAS akan hanya mampu meraih sekitar 4ribu lebih sahaja TANPA KEHADIRAN UNDI POS kedalam kantungnya.Pada Masa itu UMNO akan mendabik bahawa rakyat sudah bersama mereka. Media milik penguasa pasti akan mencanangkan "1Malaysia" yang menjadi produk terbaru selepas Hadhari sudah mendapat dukungan penuh rakyat Malaysia.HAHAHAHAHA.....

Malangnya kemenangan melalui undi POS ini hanyalah akan disambut dengan girang oleh Pak Abu Seman dan Pak Ipin cawangan Sri Indah. Manakala rakyat 1Malaysia akan menyambutnya dengan melaungkan POOOODAAAHHH!