Selasa, 9 September 2008

Sitcom Mat Ezam kembali lagi!

Beberapa malam yang lepas, aku terlalu sibuk memenuhi jadual. Hingga aku terlepas peluang menyaksikan satu wawancara di tv9. Aku berasa agak terkilan kerana terlepas peluang itu, kerana bagiku ianya merupakan satu lagi hiburan mesti tonton.Tambahan lagi pelakonnya terkenal dengan aksi menyumpah, justeru rugi yang teramat sangat bila terlepas peluang menonton sitcom terbarunya.

Namun aku diberikan satu akses rakaman dihalaman internet dari rakan yang juga terlepas siaran hiburan ini. Tidak membazir masa, aku pantas mengakses ke halaman tersebut.

Seperti diduga, rakaman ini cukup menarik... ianya melibatkan seorang manusia yang cukup terkenal dengan lafaz sumpahnya. "Wawancara Mat Ezam!" begitulah lebih kurang bunyinya dan dalam slot 'hujjah" kali ini Ezam dipasangkan dengan seorang bertaraf Profesor (kangkung).

Tajuknya sudah boleh mengeletek perut ku yang sedia slim ini, "Melayu dalam ketakutan" (UMNO yang dalam ketakutan,sebab nak karam)Dalam hujah ini, ezam digasak oleh moderator dengan pelbagai soalan Panas, antaranya berkenaan DEB (Dasar Ekonomi Barua). Dengan berlagak bijak, Ezam mendabik dada mengatakan bahawa beliaulah satu-satunya insan diMalaysia yang masuk penjara kerana menentang rasuah!.Alahai...Mungkin Mat Ezam terlupa nak sebut yang beliau juga merupakan insan pertama yang kembali kepangkuan perasuah yang pernah dia sumpah-seranah dulu.

Mat Ezam seperti biasa akan tercungap malah kadang tersembur air liur, bilamana cuba mendeklamasikan suara dan gaya bekas sifunya dahulu (Anwar Ibrahim).Dalam rancangan ini juga Mat Ezam tidak keseorangan, Beliau ditemani seorang rakan yang bertaraf profesor ( Sijil beli kot) untuk mengharungi perjuangan sitcom kebangsaannya.

Prof tersebut juga nyata seorang yang lebih bijak dari Ezam. Buktinya, bila moderator mula mengaju soalan berkaitan 16 Sept dengan pantas beliau menjawab:-"ianya langsung tidak demokratik". Moderator bertanya lagi, bagaimana dengan perkara yang sama pernah dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN diperingkat Negeri (kejatuhan Pas bilamana 2 ahli DUN melompat masuk kedalam sangkar UMNO-BN),adakah ianya Demokratik?

Maka laksana insan yang maha bijak,Prof(kangkung) menjawab dengan rasa tanpa segan silunya bahawa:- "Ianya tidak mengapa,kerana perbezaan kerusi terlalu kecil (dua kerusi je, Anwar minta 30) tambahan lagi gabungan itu baru dan bukannya lama seperti UMNO-BN"...Pulakkk dohh..

Demikianlah ringkasan dari rancangan yang bersiaran diTV9 tempoh hari. Jelas ianya setanding dengan drama telenovela hindustan Penang yang agak hangat sekarang ini. Walaupun Rancangan bualbicara Mat Ezam tidak bersiri, namun ia tetap mampu membuatkan aku ketawa.Tahniah diucapkan pada Mat Ezam kerana kekal dengan momentum mengarutnya.Buat Profesor(kangkung) syabas! kedangkalan anda menghiburkan.

4 ulasan:

  1. salam...ini artikel yg saya tunggu-tunggu. Saya sangat berminat kalau kes Mat Ezam ni...nak tergelak pun ada bila baca ulasan penulis. Yelah Ezam tu bukan kah garang orangnya???bila tengok muka Ezam dah nampak sangat semangat membaranya seperti sifu nya DSAI..Tapi betul kata penulis, Ezam jadi sesumpah, menjadi orang yang kelakar kerana berpaling tadah dan mengungkit-ungkit jasanya pada DSAI. Nampak sangat tak ikhlas..Apapun thanks pada penulis, sebab dalam beberapa hari ini saya tak berkesempatan melayari blog saudara dan artikel ini saya copy dan bagi pada bos saya yg pro BN. Biar dia tahu siapa UMNO/BN dan orang-orangnya.

    SHANA

    BalasPadam
  2. Ha ha ha...nak tergelak baca ulasan saudara bila saudara kata Ezam bercakap sambil tersembur air liur...teringat dgn debat DSAI dgn Shabery...Agaknya memang trademark BN...yg pemimpin mereka ni suka sangat menyembur air liur..ataupun mereka ni dah kekenyangan dengan wang ringgit rakyat kot?:

    -WS-

    BalasPadam
  3. Ezam..biasalah..orang yang kecewa macam tu lah lagaknya..

    Dia tu betul ke?????macam tak keruan jer.

    BalasPadam
  4. sALAM aIDIL-fITRI

    Saya tak heran sebab memang Ezam ni sudah mematerikan dirinya sebagai "GURKHA UMNO TERAKHIR", biasa la kalau dia melalak bukit...


    Teruskan perjuanagn!

    sudi mampir ke blog saya

    thx!

    BalasPadam