Ahad, 14 September 2008

ISA??? biasalah tu...

"Saat penguasa mula terdesak" merupakan antara artikel aku yang mendapat rating tertinggi pembacaannya.Kerana apa? Artikel itu menceritakan sejarah, bagaimana perilaku sang penguasa zalim akan bertindak bila berdepan dengan situasi mendesak.

Sejarah juga membuktikan bagaimana arus kebangkitan rakyat serta musibah yang Allah turunkan hingga membawa kepada runtuhnya kerajaan zalim, walaupun sang penguasa "cuba menongkat langit" mempertahankan kekuasaan dengan cara mencengkam rakyat dengan lebih keras.

Namun kuasa Allah melebihi segalanya, suara rakyat merupakan suara keramat.kebangkitan rakyat menentang pemerintah zalim adalah merupakan antara musibah yang Allah janjikan kepada sang penguasa penindas.

Beberapa hari ini kita ditayangkan dengan siri tangkapan para pejuang perubahan. Seperti biasa mereka ditahan tanpa bicara, dan alasan klisenya "mereka boleh mengancam keselamatan negara".hmm...

Bagi aku, dalam melihat senario terkini politik Malaysia, ini merupakan perkara biasa. aku akan berasa aneh kiranya tiada adegan tangkapan seperti sekarang. Mengapa? Kerana, jika Malaysia ini sistem kehakimannya punya ketelusan, punya kebebasan media, punya hak bersuara dan I.S.A. dimansuhkan, bermakna UMNO telahpun selamat dimuziumkan.

Jadi Sekarang UMNO masih berkuasa, maka kita terpaksa akur... bukankah majority pengundi Malaysia yang memilih UMNO-BN untuk terus berkuasa! walau tidak punya 2/3 suara diparlimen? Oleh yang demikian kita wajib taat kepada penguasa UMNO yang jelas zalim, walaupun kita tidak memangkah malah memandangpun lambang dacing semasa pilihanraya umum yang lalu.

Kita harus hormati para pengundi yang harga maruahnya mungkin sekitar RM200, dengan modal sebanyak itulah mereka telah menggatalkan tangan memangkah lambang dacing tersebut. Kerana mereka mahu dilayan selaku RAJA SEHARI, dipayung dan dihantar oleh kereta berlambang dacing..diberikan wang saku maka kita semua terpaksalah menjalani kehidupan seperti KHADAM selama 5 tahun.

Kini ekonomi negara kian parah, inflasi tinggi seiring dengan harga bahan api yang merupakan keperluan asas rakyat. Menjelang sambutan hari raya tahun ini, mula terdengar rintihan hati rakyat yang mengeluh.. mungkin terpaksa membatalkan niat beraya dikampung.

Air mata ayah dan bonda juga pastinya turun mencurah dipagi raya mengenangkan rengekkan cucu kesayangan yang terpaksa beraya dibandar.

Sampai bila kita akan berkeadaan begini? sampai kapan pak! entahlah... nasib...nasib...

4 ulasan:

  1. Nak buat mcm mana Eddie, kalau sudah terdesak, apa pun boleh buat, xkiralah halal atau haram, dah Islam Hadhari kat boleh ...

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam
  2. ISA Biasalah tu.....tak faham kenapa Khir Toyo dan Ahmad Ismail tak di sumbat masuk dalam penjara ISA...Tapi sekurang-kurangnya ini membuktikan kepada rakyat bahawa penindasan dan kezaliman sememangnya berlaku dlm pemerintahan BN.Mereka sebenarnya lupa, bahawa golongan belia sekarang adalah rata-rata mereka yg berjuang semasa era pemecatan DSAI...Jika dulu rakyat boleh dibohongi tapi sekarang tidak lagi. Letaklah sesapa pun yg jadi PM Malaysia dari Parti BN, Rakyat pasti menolaknya. Mereka ta faham, rakyat nak DSAI...

    Gunakanlah ISA bagi mengekang individu yg mereka fikir mengancam kedudukan mereka, rakyat tidak akan berhenti membenci mereka (BN/UMNO).

    Kepada sauadara Eddie...jika satu hari blog saudara dikenakan pelbagai sekatan dan jika saudara di ancam untuk dikenakan tindakan ISA, Harapan saya agar saudara jangan takut dan jangan mengalah, seperti kata DSAI, Jika takut dengan risiko jangan bicara soal perjuangan. Jadilah pejuang yg akan diingati sampai bila-bila. Saya dan rakan-rakan akan mengenang perjuangan pena saudara sampai bila-bila.

    SHANA

    BalasPadam
  3. ISA..lambang kezaliman da ketakutan BN...

    Satu hari nanti DSAI akan lenyapkan ISA dari bumi Malaysia ini. Saya menyokong ISA jika ia digunakann untuk menangkap pemimin BN yg korup ataupun Najib dan Saiful yg bertindak membohongi rakyat dgn sumpah mereka.

    AKU MELAYU

    BalasPadam
  4. HARAPAN SAYA KEPADA SAUDARA EDDIE DAN SEMUA BLOGGER-BLOGGER YG PRO PR SUPAYA JGN BERHENTI MENULIS ARTIKEL, MESKIPUN MENGHADAPI ANCAMAN TINDAKAN ISA. JGN TAKUT MEMBERI MAKLUMAT YG BETUL BAGI SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

    -WS-

    BalasPadam